Bab9

87 0 0
                                    

Amaran Kasyaf sering berlegar-legar di dalam kepala aku. Ya, aku mengaku, aku masih berkawan dengan “mereka” yang tinggal di hutan. Should I say 3 orang atau 3 ekor? Nah I prefer 3 rakan seperjuangan. Mereka sangat berguna sebenarnya. Sering memberi amaran menggunakan “telefon” yang aku tidak tahu dari mana ia wujud namun aku dapat melihatnya menggunakan mata aku.

Perlu ke aku memperkenalkan mereka? Oh ya. Perlu juga kamu tahu mengapa Kasyaf berkata begitu kepada aku. I tell u that these things, I don’t know. They don’t have a name. So I named them.

The first one is Firas. A boy, tall, big, muscle boy. Firas masuk badan aku masa aku pergi berubat. Aku terasa badan aku berotot masa dia masuk dalam badan aku. First meet aku dengan Firas masa aku tido di ruang tamu. Dia terpacak di luar rumah berhadapan cermin tingkap. Ya, aku tahu dia dari hutan. Kami sempat berborak sebentar bersama kitkat. Oh gurau. Hambar bukan?

The second one is Fina. The most beautiful “friend” I’ve ever met. She’s a princess. With white gown and a flower crown full of daisy. I just like her straight hair so much. We met at the forest. Fina time tu main buaian and tali buaian tu full of daisy. It’s just amazing.

The last one is Fifi. Secara jujurnya, aku tak rapat sangat dengan Fifi. Fifi is a friend yang 24 hrs akan ada alatan memanah dengan dia. I met her masa aku lepak dengan Fina dan Firas.

Aku tak pernah pergi tempat mereka. Aku mahu pergi. Tapi Fina tak benarkan aku. Katanya, kalau aku pergi ke tempat mereka, aku tidak boleh keluar dari dunia mereka. Tapi mereka memberitahu yang tempat mereka cantik sangat-sangat. Selalu kita dengar bahawa makhluk seperti ini jahat bukan?

Tidak. Mereka baik sangat. Mereka juga ada di sisi aku semasa aku “sakit” dahulu. Mereka juga sering memberi amaran jikalau ada perkara yang buruk akan berlaku atau menimpa aku.

Namun aku tahu. Aku tidak seharusnya berkawan dengan mereka. Manusia harus berkawan dengan manusia. Aku sayang mahu meninggalkan mereka. Namun aku sedar, jikalau aku berkawan dengan mereka, kemungkinan besar akidah aku mungkin terpesong kerana aku sedar iman aku senipis kulit bawang.

Aku tidak tahu hendak menerangkan pada kamu semua bagaimana aku berkomunikasi dengan “kawan-kawan” aku. Aku tahu yang mereka mendengar suara aku dan aku mendengar suara mereka. Tidak logik bukan?

Setelah berbulan-bulan dengan mereka, aku berasa susah untuk meluahkan hasratku yang terbuku di dalam hati. Aku memberitahu “kawan-kawan” aku yang aku tidak seharusnya berkawan dengan mereka kerana ia melanggar hukum alam semestinya. Mereka hanya tersenyum dalam keadaan pasrah. Aku berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepada aku untuk merasai bagaimana rasanya berkawan dengan makhluk selain manusia. Mereka hanya mengangguk. Aku melambai ke arah mereka. Mereka melambai kembali dan kelibat mereka beransur pergi. Tanpa aku sedari air mata aku menitis dan terus menitis. Terasa sayu di hati. Terpaksa memutuskan hubungan silaturrahim hanya kerana mereka bukan manusia.

Aku menghembuskan nafas lega. Akhirnya aku mampu mematuhi amaran yang Kasyaf berikan kepadaku dengan lancar. Terasa hilang rasanya beban yang aku pikul di dalam diri ini.

Sekarang aku cuba memikirkan, “makhluk” mana lagi yang aku ada hubungan sesama mereka. Haduh! Aku terasa ingin memarah diriku sendiri! Kalau la aku mengekalkan jarak aku dengan mereka. Kalau lah aku mengabaikan dan tidak melayan mereka. Mesti aku tidak terlalu attach dengan mereka.

“AH TAK KISAHLAH PASAL MEREKA. AKU PERLU BERUBAT! AKU PERLU BERUSHA MEMBETULKAN AKIDAH AKU KEMBALI SUPAYA AKU TIDAK TERPESONG TERLALU JAUH!”,bisik aku di dalam hati.

Aku terus mencari nama Kasyaf di dalam contact aku. Ya aku tau Kasyaf di rumah. Sama jugak dengan geng aku yang lain. Misi aku sekarang adalah meminta tolong mereka agar menemani aku untuk berubat.
Ustaz yang pernah ubatkan aku pernah memberitahu ayah aku bahawa kalau nak merawat perkara yang melibatkan msitik, jangan di waktu tengah hari. Aku tak tau la tapi mungkin ya? Sebab masa Firas dalam badan aku, aku tidak rasa apa-apa semasa dirawat malah semakin kuat dan ingin ketawa sahaja.

Aku terus menelefon Kasyaf untuk menyuruh dia memberitahu geng yang lain untuk menemani aku untuk ke rumah ustaz bagi tujuan berubat pada pukul 5 petang.

Aku menuju ke bilik air bagi membersihkan diri. Selesai sahaja daripada bersiap, aku terus berlari menuju ke bilik ibu bapaku. Tanpa mengetuk pintu aku terus berlari dan memeluk mereka berdua. Aku kan anak tunggal. Mesti la aku nak bermanja. Selagi ada masa dengan mereka, aku akan luangkan semaksimum mungkin kerana mereka sering sibuk dengan urusan perniagaan. Aku mencium pipi mereka dan beransur ke bilik aku. Aku menarik selimut dan memandang tingkap. Tanpa aku sedari mulut aku berbicara sendiri, “selamat malam nenek.”, dan aku terus memejam mataku tanpa dipaksa.

Aku harap semua berjalan lancar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 26, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nenek?Where stories live. Discover now