Bab 3

263 5 1
                                    

"Weyh Iman kenapa? Apasal dia pengsan tetiba", kata Wan.
Afiq balas, "Manalah aku tau! Habis takkan kita nak tinggalkan Iman dekat sini je."
Kasyaf segera memberi arahan. "Kita semua kena hantar dia ke bilik kaunseling sekarang. Wan, Afiq, Kau angkat badan Iman. Shahrul, Daus kau angkat kaki Iman. Amir kau angkat kepala Iman. Afiq memuncungkan mulutnya, "Habis! Kau buat apa?". Kasyaf membalas dengan tegas "Haish aku nak g minta kebenaran kaunseling la. Bagi Iman rehat kat bilik kaunseling. Tapi jap. Bukan si Hairi tu cikgu kaunseling ke?" Afiq terus gelak,"Hahahhahahahah cikgu kesayangan kau sia. Patut excited nak minta kebenaran". Kasyaf terkedu, "Weyh sumpah aku lupa weyh. Tak pelah Amir. Biar aku pegang kepala Iman". Amir membalas, "Ah tak de. Kau pergi minta kebenaran. Tadi seronok sangat"
Aku terus membuka mata secara perlahan-lahan walaupun pening kepala sedikit setelah mendengar geng aku berkelahi antara satu sama lain. Aku terus membuka mulut, "Apa korang gaduh sangat ni? Tambah pening kepala aku je". Mereka semua terus berpaling kepada aku. Kasyaf terus menjerit, "Iman! aku rindu kau. Lain kali kalau pening tu bagitau aku. Janganlah main rebah je. Kalau kau rebah lepastu mati siapa pulak nak jadi kawan aku?".
Sambil Kasyaf membebel, kawan aku yang lain terus meletakkan aku ke bawah dan biarkan aku jejak ke tanah menggunakan kedua kaki ku yang sado. Maaf terlebih memuji diri sendiri.
Shahrul membalas, "Yelah memang Iman je kawan kau."
"Mana ada, korang semua kawan aku cuma aku sayang Iman lebih sikit", kata Kasyaf.
"Dahlah penatlah aku tengok drama korang. Dah jom makan. Aku dah lapar. Waktu rehat tinggal 15 minit lagi", kata Daus.
Sedang kami sibuk menjamu makanan di kantin, Afiq membuka cerita, "Weyh korang semalam aku layan detik 12 malam. Dia cerita pasal macam mana dia dapat saka. Saka apa aku lupa. Dia cakaplah satu malam tu dia mimpi ada nenek kebayan datang kat dia. Pastu nenek tu cakap dengan budak tu nak pedang tak. Budak tu excited la nak dapat pedang sebab dia peminat anime macam weebs gitulah. Kira ada pedang bolehlah dia show off. So budak tu terima. Nenek tu cakap janji jaga dia dengan penuh kasih sayang. Budak tu hulur tangan tanda dia terima apa yang nenek tu cakap. Bangun je dia daripada tido, dia nampak benda ghaib dan sekarang ni dia kemurungan yang sangat-sangat teruk. Bila parents dia bawa jumpa ustaz rupanya dalam badan dia ada saka. Fuh meremang bulu roma aku"
Mereka semua mentertawakan Afiq. Namun aku hanya mendiamkan diri. Kasyaf yang perasan tentang peruhan diri aku terus yang diam sejak dari tadi. Dia mengetuk meja untuk menarik perhatian yang lain. "Geng, Iman ada benda nak explain dekat korang", kata Kasyaf.
Aku terus membuntangkan mata, "Explain pasal apa?".
Kasyaf memandang aku dengan lirikan mata yang tajam, "Nenek." Aku meghembus nafas dengan perasaan pasrah. Mereka semua terus menumpukan perhatian kepada aku.
"Cakap Iman",kata Kasyaf.
"Sebenarnya cerita yang Afiq bagitau korang lebih kurang macam mimpi aku malam tadi. Cuma apa yang aku terima tu ubi kayu bukan pedang. Dulu aku gelakkan member aku sebab kenapa dia tak mampu nak cakap taknak. Sekarang bila kena kat batang hidung aku sendiri, baru aku tahu. Makhluk seperti mereka pandai menipu manusia serta licik. Dan sekarang aku boleh nampak benda yang aku tak nampak sebelum ni. Mereka sangat-sangat mengerikan.", kata Iman.
Afiq terus menyangkal kata-kata aku, "Confident je kau kene. Cuba kau pergi jumpa ustaz then baru kau tau sama ada betul kau ada saka atau tidak. Jangan terus jump to conclusion. Aku tau kau baik-baik sahaja".
Kasyaf terus menyelit, "Iman ada. Aku nampak. Aku dapat rasa. Kau tau kan aku ada deria keenam."
Kami semua terdiam.
Terkedu.
Iman menyoal dirinya sendiri, "bagaimana cara untuk aku selesaikan masalah aku kali ini?"

Nenek?Where stories live. Discover now