Dan tiba-tiba perempuan di atas buaian mula menyanyikan lagu Pulang dari Misha Omar.
Tiada kemaafan di sini, Kau ragut degupan hatiku ini, Akan ku jejaki mu ke mana jua, Hingga akhir masa sayang.
Kasyaf memanggil kami semua dengan nada yang tegas. “Woi korang balik sekarang!”
Tanpa Kasyaf sedari, aku terus berjalan mendekati perempuan di atas buaian tersebut. Nyanyian dia membuatkan aku tertarik.Aku mula menangis, “Puteri. Patik datang menghadap Puteri”, kataku dalam nada yang sedih.
Kasyaf terus menolehkan mukanya ke arahku lalu dia terus panik. Dia menarik tangan aku dan terus menghayunkan penumbuk ke mukaku. “Iman! Dah balik!”, kata Kasyaf. Aku terus tersedar dari lamunan panjang. Yang lain tidak dibelasah oleh Kasyaf kerana mereka semua telah sedarkan diri sebelum aku. Kami semua terus lari menuju ke penghujung lorong hutan itu.
Bunyi hilaian tawa yang muncul dari makhluk di dalam hutan menggugat keberanian kami. Ada di antara kami sudah mengeluarkan air mata jantan dari kelopak mata kerana terlalu takut. Kami mempercepatkan langkah untuk segera sampai ke penghujung lorong hutan tersebut.Namun, Kasyaf tersungkur disebabkan akar kayu yang tumbuh berselerak. Daus dan Amir terus memapah Kasyaf dan melangkah pergi jauh daripada hutan. Aku orang terakhir yang keluar daripada hutan terus namun aku terus menoleh ke belakang. Aku melihat seorang kanak-kanak berambut panjang, mempunyai mata yang bulat dan besar, bergaun putih dan kemas. Dia melambai kearah ku. Aku tersenyum dan membalas lambaiannya.
Kedengaran Afiq memanggil nama aku. Aku terus berlari ke arahnya untuk melihat keadaan Kasyaf. Kasyaf mengalami beberapa kecederaan di siku kirinya dan beberapa calar di pipinya. “Hm, Nampak gangster”, kataku dalam hati.
Wan terus bertanya dalam keadaan cemas, “Kasyaf luka ni. Takkan nak suruh dia balik jugak. Lagipun dah nak maghrib dah ni. Korang masih ada keberanian ke nak balik rumah masing-masing time macamni?”
Mereka semua menggeleng dengan keadaan yang cemas. Aku berniat mahu mengajak mereka semua berehat di rumah aku memandangkan rumah aku paling dekat dengan penghujung lorong hutan tersebut jika dibandingkan dengan mereka berenam. Aku terus menyampuk, “Dahlah. Jom lepak rumah aku dulu. Lagipun parents aku pergi outstation. Lusa baru balik. Siapa nak tidur rumah aku dipersilakan. Bab baju jangan risau. Pinjam je aku punya. Tapi korang bagitau la parents masing-masing korang tido rumah aku ni”
Mereka semua bersetuju. Sampai sahaja di depan rumah aku, aku terus membuka kunci manga dan menolak pintu pagar lalu ia berbunyi “kriutttt”. Shahrul terus memeluk Daus. “Bunyi apa tu?”, kata Shahrul. Daus terus membalas, “Bunyi pintu pagar Iman la pandai. Penakut sangat la kau ni.”
Aku terus mempelawa mereka masuk. Apabila aku ingin menutup pintu rumahku, mataku menangkap sosok tubuh kanak-kanak. Bila aku mengangkat kepala, rupanya budak tadi. Jantungku berdegup kencang. Tanganku mula menggigil. Tiba-tiba kedengaran suara Kasyaf memanggilku dengan lemah, “Iman. Baca ayat kursi. Lepastu terus tutup pintu.”Aku terus membuat apa yang disuruh oleh Kasyaf. Selesai sahaja tugasan aku, aku terus menutup pintu. Bila aku menoleh kepala ku kearah geng aku, masing-masing sibuk dengan telefon bimbit di tangan. Memberitahu kepada parents masing-masing tidak balik ke rumah ialah untuk mengelakkan mereka risau dengan keadaan anak mereka.Oh ya mesti korang tertanya, kenapa di tangan kami semua ada telefon bimbit walhal kami baru balik dari sekolah? Kami kan budak nakal. Bawa sahaja la telefon ke sekolah. Bila ada ‘spotcheck’ sorok la telefon masing-masing. Apa susah. Ok berbalik kepada situasi sekarang.
“Apa benda tadi tu? Kenapa Kasyaf sorang je sedar. Kenapa Iman sibuk nak dekat dengan benda kat buaian tu? Kenapa…”, belum sempat Shahrul mengemukakan soalan dia, azan maghrib sudah berkumandang.Wan terus menyelit, “Bro sekalian. Jom la mandi dulu lepastu solat Jemaah. Shahrul, ye aku tau kau takut dan cemas. Kita semua pun sama. Tapi dahulukan kewajipan bro. Lepastu baru kita bincang.”