e m p a t

1.5K 192 48
                                    

"Amacam?" Jimin tiba-tiba menerpa Taehyung yang baru sahaja pulang ke rumah mereka.

Taehyung yang sedang mencabit topeng mukanya bersama wajah yang menampakkan dia dalam mood yang tidak baik itu memandang Jimin sebelum berdecit.

"Perempuan tu memang mencabar kesabaran aku betullah." Taehyubg meluapkan rasa amarahnya kepada Jimin.

"Sabarlah, Tae. Ni. Kau cakap tak lagi fasal benda tu?" Soal Jimin kepada Taehyung membuatkan Taehyung mengeluh lalu menggeleng kecil.

"Halah, Tae. Kenapa pula? Takkan baru jumpa sekali dah gaduh teruk? Kalau Bang PD tahulah fasal kau pergi jumpa perempuan ni, mengamuk teruk dia nanti."

"Aku tahulah. Aku dah cover sehabis baik dah." Balas Taehyung sebelum mindanya tiba-tiba diterpa oleh kejadian tadi di hadapan farmasi.

Dia memejamkan matanya rapat, cuba menenangkan jiwanya yang kian meronta akibat tidak sedap hati akan perkara tadi.

Sabar, Taehyung. Tadi kau pakai topeng muka. Takkan kau diviralkan lagi.

Kan?

"Okaylah. Kalau macam tu. Aku nak pergi-"

"Yah! Kim Taehyung!" Pintu bilik Taehyung terbuka luas apabila diterpa oleh seseorang.

Nampak dah bala tu datang.

"Apa ni?!" Namjoon terus datang menerpa ke arah Taehyung lalu menayangkan skrin telefonnya ke hadapan wajah Taehyung.

"Nampak, semuanya sudah terbukti bahawa Jeon Dajung Yang ternyata merupakan anak perempuan tunggal kepada pemilik syarikat makanan terkemuka di Korea Selatan, ialah teman wanita kepada Kim Taehyung BTS."

"Para ARMY semuanya meminta pihak BigHit Entertainment menyegerakan proses membuat sidang media untuk merasmikan berita terkini berkenaan Kim Taehyung BTS."

-

"Cik Dajung. Tuan minta Cik Dajung turun ke bawah sekarang." Ketukan di pintu membuatkan Dajung mengeluh.

Janganlah papa nak cakap fasal kes aku dengan anak Kim tu.

"Ah, ya. Kejap lagi, saya turun." Dajung membalas sebelum keluhan berat dilepaskan. Dia mengeliat kecil saat tubuhnya dibangunkan dari katilnya.

"Aish." Dajung mula melangkah keluar dari biliknya dan mula menuruni anak tangga.

"What is this, Jeon Dajung?" Soal papa melemparkan telefon pintarnya ke atas meja kopi di hadapannya itu.

Dajung pula hanya menunduk, tidak mampu memandang wajah ebngis ayahnya. Yang pasti, ayahnya memang pantang apabila dia terlibat dalam skandal murahan seperti ini.

Manakan tidak jikalau dia sudah diberi amaran supaya belajar dengan bersungguh-sungguh di universiti dan mengumpul sijil dekan setiap semester.

Menjalinkan hubungan? Dilarang sama sekali!

"I'm asking you, Jeon Dajung!"

"Pa." Puan Jeon mengusap perlahan paha suaminya, bagi menenangkan suaminya itu.

"D-dajung tak kenal dia pun, pa."

"Tak kenal apa dah dua hari berturut-turut muka kamu saja yang naik di paparan laman web syarikat kita?!" Jerkah Tuan Jeon lagi dengan dadanya yang berombak.

Dajung mengeluh perlahan lalu dia mula mengangkat wajahnya. Apahal dia yang perlu hadap semua ini kalau ini semua bukannya salah dia?

"Tak, pa. Sekarang ni, kalau papa tak nak percaya pun tak apalah. Tapi, yang Dajung boleh terangkan, semua ni hanya salah faham. Okay? Dajung terjumpa dia masa nak beli lipbalm. Lepastu orang snap gambar, viralkan dan cakap kami ni pasangan kekasih. I don't even know who the hell is Kim Taehyung until this news spread out!"

Dajung menerangkan satu per satu kepada ayahnya walaupun dia tahu ayahnya tidak akan percaya secebis pun yang dipeekatan olehnya itu.

Tanpa, membuang masa, dia terus bangkit dari duduknya lalu dia berlalu pergi dari situ.

Bukannya pulang ke biliknya, malah dia keluar terus dari rumahnya. Penat melayan tingkah laku ayahnya yang kerja ingin menyalahkannya.

Semuanya sebab satu perkara. Imej syarikat ayahnya.

Tch.

"Yah! Jeon Dajung!" Dajung hanya menghiraukan panggilan ayahnya dan mamanya itu malah dia terus melangkah keluar dari rumahnya itu.

Dajung membawa diri sehingga dia tiba di taman berdekatan dengan rumahnya. Buaian di situ didudukinya dan langit yang dipenuhi bintang dipandangnya lama.

Cuba menenangkan hati yang sakit dan minda yang bercelaru.

"Eh? Akak Dajung?" Teguran seseorang menyebabkan kepala Dajung terus beralih arah.

"Ouh. Hai, Sojung." Dajung melambai tangannya ke arah Sojung dan Sojung dengan senyuman terus berjalan ke arah Dajung dan buaian di sebelah Dajung didudukinya.

"Akak minta maaf." Tiba-tiba, Dajung mengeluarkan kata-kata maaf itu. Sojubg mengerutkan dahi memandang ke arah Dajung, tidak faham.

"Kenapa pula, kak?"

"Yelah. Fasal khabar angin akak dengan idola kesayangan Sojung tulah. Sumpah, akak cakap. Akak tak kenal dia langsung sampailah hari akak jumpa Sojung tu. Percayalah." Dajung kelihatan bersungguh-sungguh mahu menerangkan kepada Sojung.

Sojung tergelak kecil melihat Dajung berkata-kata dengan tangannya yang diangkat tanda bersumpah.

"Ye, kak. Sojung faham. Jangan risaulah. Biasalah kita hidup dalam komuniti yang canggih. Semua benda tu kalau viral, boleh dapat duit. Itu yang orang nak sangat cari perkara yang boleh diviralkan tentang artis-artis ni."

Terang Sojung sebelum dia tersenyum memandang Dajung. Lega Dajung dengar kata-kata Sojung.

Takut juga dia diserang seperti petang tadi. Haih. Mohon dijauhkan.

"Amacam, kak? Ada rasa jadi ala-ala artis tak lepas dah famous ni?" Soal Sojung membuatkan Dajung menampar lengan Sojung kuat sebelum tergelak kecil.

"Ish. Saja je kan mengusik orang." Dajung berkata lalu senyumannya pudar bersama keluhan berat.

"Dari semalam, akak diserang pihak media dan para ARMY. Entah dari mana diorang dapat nombor telefon akak." Terang Dajung, cuba melepaskan sedikit bebanan yang dia lalui dari semalam.

"Biasalah tu, kak. Orang kalau dah minat, apa pun boleh dibuat, kak." Sojung tersenyum nipis.

Kini, mereka hanya senyap, bagaikan menikmati angin malam yang menyapa wajah mereka. Dajung hanya memandang langit yang gelap bercahayakan bintang manakala Sojung di sebelah pula sedang sibuk bermain telefon pintarnya.

"Wah, kak. Cuba tengok ni!" Sojung menarik-narik tangan Dajung membuatkan Dajung berdecit kecil.

"Apa pula? Mesti fasal gambar akak jumpa dia tadi, bukan?" Tebak Dajung memandangkan gambar itu sudah ditayangkan oleh ayahnya tadi.

"Tu satu. Ni ada lagi satu artikel! Akak kena baca! Tak, tak! Wajib baca!" Sojung bagaikan tidak sabar ingin menunjukkan artikel yang mengejutkannya itu kepada Dajung. Dajung pula yang naik rimas.

"Ish, ye, ye. Akak baca. Apa dia?" Dajung menggapi telefon pintar milik Sojung yang dihulurkan kepadanya itu sebelum membaca artikel yang terpapar di skrin telefon pintar tersebut.

Hampir terlepas pegangannya pada telefon pintar itu sebaik sahaja membaca artikel tersebut.

"Mengejutkan! 95% ARMY menyokong hubungan Kim Taehyung BTS dan Jeon Dajung anak kepada pemilik syarikat makanan terkemuka di bumi Korea Selatan!"

"What the fucking hell?"

|√| Love Shot - KTHWhere stories live. Discover now