e n a m b e l a s

1.1K 138 40
                                    

Dajung berbaring di atas katilnya. Tangannya bermain dengan TaeTae, anjing yang dibelinya tempoh hari.

Kini, sudah hampir seminggu sejak kejadian malam Taehyung memutuskan hubungan mereka.

"TaeTae. Kenapa TaeTae rasa lelaki tak guna tu putus dengan mummy eh? Dia kata dia suka dekat mummy. Tapi, kenapa?" Itulah soalan yang hampir setiap hari dia bertanya kepada anjing peliharaannya itu.

"Ahhh! Persetankan manusia bernama Kim Taehyung itu! Jom kita tidur!" Dajung berkata riang, cuba untuj mengeluarkan nama lelaki itu daripada mindanya.

Namun, hakikatnya, dia tidak mampu.

Mata yang tadinya tertutup dibuka semula. Keluhan berat mula terlepas dari dua ulas bibir Dajung.

Tiba-tiba, telefon pintarnya berdering lalu dia dengan pantas menjawab panggilan dari Sojin itu.

"Hmm. Kenapa?" Soal Dajung kepada rakannya yang berada di hujung talian itu.

"Yah. Kau lupa ke buat-buat lupa hah?" Soal Sojin dengan nada keras membuatkan Dajung mengerutkan dahinya, pelik.

"Kenapa? Apa yang aku lupa?" Soal Dajung tanpa berlengah.

"Ish, aku cepuk kau juga kejap lagi. Malam ni kan kita ada makan malam sekali sempena kita tamatkan projek akhir semester tu? Ingat tak?"

"Weyh!" Terus terbangun Dajung dari perbaringannya sehingga membuatkan TaeTae jatuh ke pahanya.

"Kejap aku siap. Aku pergi ke korang! Sorry weyh! Aku sjmpah lupa! Kau bagi location. Nanti aku pergi." TaeTae merengek kecil lalu menggosok kepalanya pada perut Dajung membuatkan Dajung mengangkat tangannya lalu mengusap lembut bulu milik TaeTae.

Dajung terus mengeluh saat dia mematikan panggilan. Pantulan dirinya pada cermin meja solek di hadapannya dipandang sebelum dia tersenyum nipis.

"Takpa. Cuba lupakan dia untuk malam ni! Kau boleh!" Dajung memberi semangat untuk dirinya sebelum tubuh TaeTae dianhkatnya lalu dia mencium mulut TaeTae, bergurau manja.

"TaeTae jaga bilik mummy ye? Nanti mummy balik. Hehe." Dajung terus meletakkan tubuh anjing peliharaannya itu di sebelahnya lalu dia terus bangun dari katil untuk mula bersiap ke makan malam.

Usai bersiap, dia terus memandu ke tempat makan malam yang telah ditetapkan mengikut alamat tempat yang dihantar oleh Sojin itu.

-

"Tahniah untuk semua kerana kita berjaya tamatkan projek akhir semester kita ni. Jadi, malam ni, saya belanja! Enjoy, korang!" Senior yang paling tua adan merupakan ketua projek akhir semester kumpulan mereka itu bersorak sambil mengangkat gelas berisi air beralkohol itu ke udara.

"Wooo!" Kata-kata senior itu mula mendapatkan sorakan daripada ahli-ahli kumpulan mereka twrmasuk Dajung dan Sojin sebelum semua meneguk dengan sekali teguk air beralkohol tersebut.

"Arhh." Semua melepaskan rasa nikmat usai meneguk air terswbut lalu mula menjamu selera itu hidangan daging salai serta nasi.

"Dajung. Kau jangan minum banyak sangat tau. Kau tu light drinker." Nasihat Sojin kepada Dajung lalu Dajung hanya mengangguk.

Namun, apa yang diharapkan tidak berlaku akhirnya berlaku. Ya. Apa lagi kalau bukan Dajung mabuk selepas lima teguk gelas kecil berisi air beralkohol.

"Yah, Dajung. Berhentilah minum." Sojin mula ingin menghalang Dajung namun tangannya ditepis terus oleh Dajung.

"Ish, tepilah. Ahh. Taehyung. Nah, minum ni, Taehyung." Dajung tanpa sedar memberi gelasnya yang sudah diisi dengan alkohol itu kepada lelaki yang berada di sebelahnya.

|√| Love Shot - KTHWhere stories live. Discover now