Taehyung menyerabutkan rambutnya geram di saat rakan kepada Dajung itu terus mematikan panggilannya tanpa menunggu dirinya membalas.
Ting.
Satu mesej buatnya naik dan itu adalah lokasi tempat di mana Dajung kini berada.
"Ah, Taehyung. Abaikan. Dia sudah tiada apa-apa hubungan lagi dengan kau. Ada baiknya kau tidur." Taehyung terus menghempaskan tubuhnya kembali ke atas permukaan katil sebelum menutup matanya rapat.
Tapi, macam mana kalau dia cedera? Macam mana kalau dia betul-betul cari aku sampai kemalangan? Macam mana kalau-
"Arghh!"
Terus dia duduk bersila di atas katilnya, merenung dinding yang berada di hadapannya tanpa riak. Rengusan dilepaskan seraya dia mengeluarkan kakinya dan dibawa ke lantai.
Dengan kelajuan sepantas kelajuan cahaya, dia terus keluar dari biliknya usai mempersiapkan diri dan mengambil barang keperluannya.
-
"Yah, Kim Taehyung. Saya sayang awak. Saya cintakan awak. Tapi, kenapa? Kenapa?" Itulah yang sering diulangi oleh Dajung sejak dari tadi.
"Haih. Tak pengsan lagi ke kawan aku ni?" Sojin mengurut kepalanya melihat Dajung di sebelahnya itu.
Dalam hati sedang memaki hamun Kim Taehyung kerana sudah hampir 30 minit namun lelaki itu masih tidak memunculkan dirinya.
"Ish. Awak dengar tak apa saya cakap ni, Kim Taehyung?" Dajung terus mengangkat kepalanya dari atas meja lalu dipandang lelaki di sebelahnya itu.
"Sojin. Tolong buat sesuatu." Lelaki itu berkata dan disokong oleh semua ahli kumpulan mereka.
Sojin hanya mengangkat bahu sebelum dia menongkat kepalanya dengan kedua tapak tangannya di kepala sambil pandangan ditundukkan ke atas permukaan meja.
"Yah, Kim Taehyung." Dajung memanggil nama Taehyung pada lelaki itu sekali lagi.
Pintu restoran tersebut tiba-tiba dibuka kasar dan menarik perhatian semua pasangan mata yang berada di dalam restoran itu termasuklah ahli kumpulan Dajung.
Dalam hati Sojin, dia hanya mampu mengucapkan kata-kata syukur melihat Taehyung kini sidah memunculkan diri.
"Huh. Huh. Yah, Jeon Dajung." Taehyung memanggil Dajung membuatkan Dajung yang masih dalam keadaan mabuk itu mengalihkan pandangan ke arahnya.
Matanya dikecilkan, seperti cuba menganalisa wajah Taehyung dengan lebih jelas.
"Eh? Haha. Taehyung!" Dajung mula bangkit lalu tubuhnya yang todak stabil hampir jatuh membuatkan Taehyung menyambut tubuh gadis itu.
"Kau kenapa mabuk sangat ni, Dajung?" Soal Taehyung kepada Dajung lalu dia mendongakkan kepala Dajung lalu diusap perlahan. Dajung tersengih sebelum dia membetulkan tubuhnya dan mula memandang ke arah semua ahli kumpulannya.
"Hehe. Hai, korang! Inilah Kim Taehyung! Kim Taehyung yajg terkenal tu. Ya, boyfriend kesayangan saya." Dajung berkata kuat dan kini memang mereka menjadi tumpuan orang ramai di dalam restoran itu.
"Yah!" Taehyung emmandang Dajung dengan wajah tidak percaya.
"Weyh. Tak tipu do. Tu memang Taehyung BTS."
"What the hell? Jadi semua tu betullah?"
"Weyh. Untung gila Dajung."
"Ish. Dah. Jom aku hantar kau balik." Taehyung memeluk erat pinggang ramping milik Dajung sebelum dia mengambil beg tangan milik Dajung dan memaksa Dajung keluar dari restoran itu sambil menutup wajahnya yang tidak bertutup.
YOU ARE READING
|√| Love Shot - KTH
Fanfic[idaekim's romance angst fanfiction] Completed (2020) Kim Taehyung X Jeon Dajung -mengejutkan! Kim Taehyung BTS tidak lagi single mingle triangle?