Dajung cuba menggapai telefonnya yang berbunyi itu. Alarm untuk dia bangun. Sudahlah Dajung merupakan salah seorang manusia yang liat ingin bangun pagi.
Sedang sibuk mencari kelibat telefon pintarnya, tiba-tiba, tangannya terlanggar telefonnya dan mengakibatkan telefonnya terjatuh ke lantai.
Terus terbangkit Dajung dari katil lalu diambil telefonnya yang jatuh ke lantai itu.
Okay. I'm fine. I'm sorry, mama. My new iphone 11 pro max cracked, mama. Baru pakai tiga hari, mama. I'm sorry again, mama.
"Ah. Ni semua anak Kim tu punya fasal. Bodoh punya, artis." Dajung mula menyalahkan Taehyung lalu dengan hati yang penuh kebencian, dia mula bangkit daripada terus duduk di atas katil.
Nak pergi mana? Nak pergi neraka buatan Kim Taehyung.
Tak lama kemudian, Dajung sudah siap berpakaian blaus berwarna putih dengan corak bunga-bunga berwarna merah jambu dan hijau bersama seluar jeans bawah punggung berwarna biru pekat. Nampak elok terletak pada tubuhnya.
Telefonnya mula berdering menandakan ada panggilan masuk buatnya. Dia memandang nama si pemanggil.
Fake Artist
Dia berdecit kecil sebelum beg tangannya yang bersaiz kecil digapai lalu dia mula keluar dari biliknya tanpa menjawab panggilan daripada Taehyung itu.
Buka sahaja pintu pagar, dapat dia lihat Taehyung sudah berada di hadapan pintu pagar tersebut bersama senyuman.
Tiba-tiba, dia mengeluarkan tangannya dari belakang tubuhnya lalu sejambak bubga dihilurkan kepada Dajung.
"Apa dia ni?" Soal Dajung dengan muka tak berapa minat melihat jambakan bunga di tanagn Taehyung itu.
"Bungalah. Buta ke apa, sayang oii?" Jawab Taehyung, masih lagi di dalam senyumannya.
"Eee, saya tak suka bunga. Dah pergi buang." Dajung menolak sedikit jambakan bunga itu daripada terus dihulurkan oleh Taehyung.
"Alahhh. Ambillah. Penat aku beli tau?" Taehyung mencebik lalu bunga itu dihukukurkan kembali ke arah Dajung.
"Siapa suruh beli? Saya tak suruh pun, kan? Dah pergi buang. Saya tunggu satu minit dalam kereta. Kalau awak tak datang balik, saya sambung tidur." Dajung berpeluk tubuh menyoal Taehyung sambil kening kirinya yang sengaja diangkat.
"Eee. Ambillah. Aku ikhlas ni." Dia menggoyangkan bunga itu di hadapan wajah Dajung membuatkan Dajung tiba-tiba terbersin kuat.
"Ish. Kan saya dah cakap saya tak suka bunga?! Apa pekak sangat telinga tu?! Eee, sabar jelah!" Dajung terus menolak tubuh Taehyung lalu terus dia masuk ke dalam kereta milik lelaki itu, meninggalkan Taehyung yang terpempan.
"Halah, bodohnya, Kim Taehyung." Taehyung mengetuk kepalanya beberapa kali sebelum dia terus mencari tong sampah berdekatan dan membuang bunga tersebut.
Dengan pantas dia berlari ke arah keretanya semula, takut juga jika Dajung betul-betul akan pulang ke rumahnya untuk sambung tidur.
Dajung berpeluk tubuh memadang Taehyung yang sedang berlari itu lalu dia terus menjeling. Tanpa dia sedar, senyuman keil mula terukir di bibirnya dan pudar kembali apabila Taehyung sudah memasuki kereta di sebelahnya.
"Huh, huh. Okay. Huh. Jom."
-
"Halamak. Buat apa pula dekat sini?" Dajung berdiri di sebelah Taehyung di hadapan sebuah bangunan yang dipanggil aquarium.
"Datelah. Apa lagi?" Jawab Taehyung acuh tak acuh. Dia mula membetulkan topeng mukanya dan topi di atas kepalanya.
"Ha, dah. Jom?" Taehyung membetukkan tangan kanannya kepada bentuk gelung untuk Dajung melingkarkan tangannya pada lengan Taehyung.
YOU ARE READING
|√| Love Shot - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] Completed (2020) Kim Taehyung X Jeon Dajung -mengejutkan! Kim Taehyung BTS tidak lagi single mingle triangle?