Dajung tidak habis-habis terbatuk kecil bersama tubuhnya yang kesejukan.
Ni mesti sebab semalam ni. Bodoh punya artis fake.
"Yah, Dajung. Kau okay tak ni?" Soal Sojin di sebelah Dajung dan Dajung hanay menggeleng perlahan menandakan yang dia tidak apa-apa.
Tangan Sojin terus menampar perlahan pada dahi Dajung lalu Dajung dengan pantas terus menepis tangan rakannya itu.
"Weyh. Kau demam ni." Ujar Sojin membuatkan Dajung mengeluh lemah. Aish.
"Takda apalah. Nanti kebahlah tu. Jomlah keluar. Aku penat. Nak balik rehat." Ujar Dajujg sebelum begnya dibetulkan di bahu lalu dia bangkit dari duduknya.
Sojin hanya mengikuti langkah Dajung dengan wajah yang risau. Suah lama dia berkawan dengan Dajung dan dia tahu apa yang selalu terjadi apabila kawannya itu mula demam.
Sambil berjalan, Dajung menyelukkan tangannya di dalam begnya untuk mencari kunci keretanya.
"Aish. Mana ni?" Dajung berkata sendirian sebelum kepapanya mula diserang rasa pening. Pandangannya agak berpusing namun dia cuba untuk melihat dengan lebih jelas bagi membolehkan dia berjalan.
"Yah, Dajung. Kau okay tak?" Soal Sojin apabila Dajung mula menggapai dinding berdekatan dengan mata yang dipejamkan.
"A-aku okay. Pening sikit je." Balas Dajung agak tersekat-sekat.
"Jeon Dajung!" Panggilan seseorang adalah perkara terakhir yang didengari oleh Dajung sebelum tubuhnya rebah ke atas lantai.
-
Taehyung mengesat peluhnya yang merinik di dahinya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Seokjin sebelum dia menyambut air mineral yang dilemparkan oleh Jungkook.
Diteguk dengan rakus air mineral tersebut, penat selepas melakukan latihan menari.
"Amacam, Tae?" Hoseok menyenggol lengan Taehyung membuatkan Taehyung mencebik.
"Apa yang amacamnya?" Soal Taehyung kembali kepada Hoseok sebelum diteguk kembali air mineral di tangannya.
"Halamak, buat-buat tak tahu pula. Hubungan kau dengan Dajung." Jawab Hoseok lagi dan itu membuatkan Taehyung menghempas botol air mineral itu ke lantai dengan genggaman di botol itu diketatkan.
"Jangan pernah tanya pasal perempuan tu dekat Tae." Terus sahaja Taehyung bangun lalu meninggalkan mereka dalam keadaan terkejut.
-
Taehyung masuk ke dalam biliknya lalu kunci kereta dilempar ke atas katil bersama tubuhnya.
Ting.
Satu mesej masuk buatnya mmebuatkan dia mengeluarkan telefon pintarnya daripada poket seluarnya.
Jiminnie
Bro.
Lek lek lu
Aku dengan Kook ada plan boek punya
Nanti aku dengan Kook datang bilik kau
It's time to have fun ;)Taehyung tergelak kecil sebelum menekup mukanya pada permukaan katil.
Rancangan Jimin dengan Jungkook selalunya padu membuatkan dia pula yang tidak sabar walaupun hatinya masih panas memikirkan hubungan palsunya yang merimaskan jiwa.
-
Dajung mengerang kecil apabila sakit di kepala mula menyerangnya saat matanya cuba dibuka luas.
"Dajung. Kau dah sedar?" Soal Sojin dengan nada risau. Dia mengusap dahi Dajung yang agak berpeluh sambil menyelit rambut Dajung yang serabut ke belakang telinga.
"Kenapa kita ada dekat sini?" Soal Dajung sebelum dia mula berusaha untuk bangkit dari perbaringan.
"Yah, yah. Janganlah bangun. Kau tu masih sakit." Ujar Sojin lagi lalu Dajung hanya menghiraukan nasihat rakannya itu.
"Sekarang dah pukul berapa?" Soal Dajung lalu Sojin terus melihat ke arah jam yang terletak kemas di pergelangan tangannya.
"6 petang."
"Weyh. Aku dah lambat. Jomlah balik. Kejap lagi mama aku cari nak makan malam." Dajung mula kalut lalu kasutnya yang berada di lantai bilik sakit universitinya itu disarungkan pada kaki.
Skreett.
Pintu bilik sakit itu terbuka luas memampangkan wajah Yeonjun. Yeonjun memandang Dajung lama.
"Kau nak pergi mana ni? Rehat dulu boleh tak?" Arah Yeonjun membuatkan Dajung mengalihkan pandangannya daripada terus melihat wajah lelaki yang dibencinya itu sebelum berdecit perlahan.
"Aku nak pergi mana, takda kena mengena punlah dengan kau." Jawab Dajung, menyampah.
Dia mula bangun dari katil namun ditarik tangannya lalu tubuhnya ditolak oleh Yeonjun supaya duduk kembali di atas katil bilik sakit itu.
"Yah, Choi Yeonjun! Kau ni kenapa?!" Marah Dajung lalu melemparkan pandangan tidak percaya kepada lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
"Boleh tak sekali kau dengar cakap aku? Kau tu demam! Sekali ni boleh tak, jangan bagi aku risaukan kau?!" Jerkah Yeonjun geram.
Sojin di situ hanya mampu diam kerana dia juga buntu apa yng mahu dijawab olehnya bagi membela Dajung.
"Kenapa kau nak risau pula? Jangan buat macam kita ni ada apa-apa. I'm not your girlfriend nor your wife. So shut up and mind your own business." Jawab Dajung sebelum dia bangkit semula lalu begnya digapai.
"Jom Sojin." Ajak Dajung lalu dia terusnmelangkah keluar dari bilik sakit itu. Pintu dihempas kuat oleh Dajung membuatkan bahu Sojin agak terhinjut akibat terkejut.
"Aish!"
Sojin memandang Yeonjun yang sedang meramas rambutnya geram itu.
Sojin membetulkan beg di bahunya sebelum melangkah keluar meninggalkan Yeonjun di dalan bilik sakit tersebut.
-
"So, apa rancangan korang berdua yang boek sangat tu?" Soal Taehyung kepada Jimin dan Jungkook yang duduk di atas sofa biliknya dengan kaki yang disilangkan.
Jimin dan Jungkook memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum sinis.
"Aku tahu kau stress dengan hubungan palsu kau dan Jeon Dajung."
Taehyung yang sedang melipat selimutnya itu terhenti tindak-tanduknya apabila kata-kata Jimin menerpa masuk ke dalam rongga pendengarannya.
Aish. Pasal perempuan ni lagi.
"Hmm."
"Tapi, kami ada rancangan boek punya so that kau akan enjoy je teruskan hubungan fake tu." Ujar Jungkook pula, masih memberi muqadimah.
"Ha, apa dia?" Soal Taehyung, tiba-tiba tidak sabar dengan rancangan yang dibuat oleh Jimin dan Jungkook itu.
"Apa kata kau buat dia jatuh suka dekat kau?"
"Apahal pula?!" Taehyung mula terkejut. Apa punya rancanganlah siap punya bengap?
"Dengar dulu. Lek lek lu." Jimin berkata lagi membuatkan Taehyung bersila elok di atas katilnya bersama tangannya yang berpeluk tubuh. Wajahnya sungguh seperti tidak menunjuk minat terhadap rancangan tersebut.
"Kau buat dia jatuh suka pada kau, tidur dengan dia." Jimin berkata lalu disambung pula oleh Jungkook.
"Then, you dumped her."
•••
Short update je. Hehe😂
Siapa rasa nak lempang Jimin dengan Jungkook, asilalah angkat tangan anda😌
Do wait for next update to know more😉💜
YOU ARE READING
|√| Love Shot - KTH
Fanfic[idaekim's romance angst fanfiction] Completed (2020) Kim Taehyung X Jeon Dajung -mengejutkan! Kim Taehyung BTS tidak lagi single mingle triangle?