Halu. Miss me?
•••
Dajung mengerutkan dahinya apabila dia terus wajahnya dijilat-jilat. Matanya masih tertutup seraya dia menolak tubuh TaeTae memandangkan dia tahu itu adalah anjing peliharaannya.
"Erm." Dajung membangkitkan tubuhnya daripada terus terbaring lalu dia mengangkat pandangan matanya yang layu ke arah cermin meja solek di hadapannya.
"Aish. Ni mesti aku mabuk teruk semalam." Dajung mengurut kepalanya yang terasa berat dan berdenyut itu.
Telefon pintarnya yang masih berada di dalam beg tangannya tiba-tiba berdering. Dengan pantas, dia menggapi beg tangannya i atas meja sisi katilnya lalu dia mengeluarkan telefon pintarnya itu.
"Erm. Kenapa?" Dajung terus mengajukan soalan kepada Sojin yang berada di hujung talian.
"Kau selamat sampai tak kat rumah?" Soal Sojin.
"Ye. Aku selamat je sampai. Ni pun baru terjaga."
"Haih. Ada baiknya kau buka laman sesawang yang aku bagi dekat kakaotalk."
"Ada apa pula? Aish. Yelah, yelah. Aku buka. Lepas mandi."
"Sekarang!"
"Eee, yelah! Tak payahlah jerit."
Terus dimatikan panggilan tersebut sebelum aplikasi kakaotalk dibuka. Belum sempat Dajung mebuka ruangan mesej bersama Sojin, matanya terhenti pada nama seseorang di bawah nama Sojin.
"Semalam?"
-
"Ahh. Taehyung. Nah, minum ni, Taehyung."
...
"Yah! Kim Taehyung! Sanggup awak tinggalkan saya?! Awak ingat saya apa?! Baju yang awak boleh pakai bila awak suka dan buang bila awak tak suka?!"
...
"Sanggup awak tinggalkan saya, kan? Awak tahu tak saya suka awak sangat-sangat? Awak kata awak suka saya juga. Tapi kenapa awak cakap macam tu pula lepas luahkan perasaan awak? Kenapa, Taehyung? Kenapa?!"
...
"Hehe. Hai, korang! Inilah Kim Taehyung! Kim Taehyung yajg terkenal tu. Ya, boyfriend kesayangan saya."
...
"Kenapa, Taehyung? Kenapa?!"
-
"Fuck. Apa aku dah buat semalam?" Dajung mencarut perlahan sebelum dia teringat kata-kata Sojin. Pasti ada kaitan dengan kejadian semalam.
Dengan pantas dia membuka ruangan mesej dia bersama Sojin lalu lama seswang yang dihantar oleh Sojin ditekan.
"Jeon Dajung dan Kim Taehyung BTS dikatakan dalam krisis perpisahan?"
"Benarkah bahawa Jeon Dajung dan Kim Taehyung BTS sudah putus?"
"Terdapat beberapa saksi ketika kejadian malam semalam menyatakan bahawa Jeon Dajung dan Kim Taehyung BTS bergaduh serta menyatakan mereka sudah putus di dalam mabuk."
"Ini semua bodoh."
-
Surat khabar dibaling di hadapan wajah Kim Taehyung oleh Bang PD usai membaca berita tentang kejadian semalam sudah tercetak di media akhbar.
"Apa yang kau dah buat ni, Kim Taehyung?! Kau tahu kan imej BTS tercalar dengan tindakan bodoh kau ni?! Kenapa kau bodoh sangat?!"
"Itu masalah aku. Kau jangan masuk campur."
YOU ARE READING
|√| Love Shot - KTH
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] Completed (2020) Kim Taehyung X Jeon Dajung -mengejutkan! Kim Taehyung BTS tidak lagi single mingle triangle?