e n a m

1.4K 168 37
                                    

"Senyum sikit, Kim Taehyung." Bang PD berkata kepada Taehyung yang dari tadi hanya membuat muka beku.

"Okay. Get ready, Kim Taehyung." Ujar Namjoon pula lalu dia mula menarik pintu van yang dinaiki oleh mereka itu supaya terbuka luas.

Taehyung mula melangkah keluar dengan hati yang sebal, rimas akan para wartawan yang mula menggerumuninya di van tersebut.

"Kim Taehyung dah sampai!"

"Ha tu dia dah sampai!"

"Boleh Encik Kim Taehyung terangkan dengan lebih teliti apakah benar khabar angin yang disebarkan beberapa hari ini?"

"Apakah ini benar-benar hubungan berdasarkan cinta ataupun dipaksa demi kebaikan kedua-dua belah pihak?"

"Macam mana Encik Kim Taehyung boleh bertemu dengan Cik Jeon Dajung?"

Pelbagai lagi jenis soalan yang dilemparkan oleh para wartawan namun, Taehyung hanya mampu membetulkan cermin mata hitamnya lalu dia berjalan di dalam kepungan para pengawal yang melindungi dirinya daripada para wartawan itu.

-

"Akhirnya, Kim Taehyung dan Jeon Dajung dirasmikan mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih dan ini telah dibuktikan dalam persidangan media yang dijalankan oleh pihak BigHit Entertainment pada pagi ini."

Dajung mematikan televisyen di dalam biliknya itu bersama rengusan. Badannya dihempas perlahan untuk berbaring di atas katilnya.

Bunyi deringan telefon pintarnya membuatkan tangannya mula meraba permukaan katilnya bagi mencari telefonnya yang berdering itu.

"Erm." Dajung terus sahaja menjawab panggilan tersebut.

"Bangun. Aku ada depan rumah kau." Daripada matanya yang terpejam, terus terbuntang akibat mendengar suara yang mengetuk gegendang telinganya di hujung talian.

-

Taehyung menyelubungi tubuhnya di dalam selimut. Badannya yang sudah berpakaian hoodie tebal tidak menghalangnya daripada terus berselubung di dalam selimut.

Peluh merinik di wajah tidak dihiraukan malah dia cuba untuk melelapkan matanya. Penat dengan realiti yang baginya hanyalah mimpi ngeri.

"Keep going on dates with her. Tunjukkan pada khalayak ramai yang korang tu betul-betul ada hubungan."

"Arghh! Stop ganggu akulah!" Taehyung menolak selimut yang menyelimuti tubuhnya menggunakan kaki sehinggalah selimut itu jatuh ke atas lantai.

Dia terus duduk bersila di atas katil bersama rambutnya yang serabai. Dia meniup kecil rambutnya yang menutupi pandangannya.

"Ingat Kim Taehyung. Aku buat semua ni untuk kau, aku dan BTS. It's all for our own good."

"Aish. Menyusahkan betullah." Taehyung tetus menggapai telefon pintarnya berserta kunci kereta miliknya sebelum dia melangkah keluar dari biliknya.

-

Dajung menghentakkan kakinya di atas permukaan katil saat Taehyung terus mematikan panggilan usai mengarahkannya untuk turun ke bawah.

"Eee, lelaki ni. Memang aku rasa nak cekik-cekik je dari dulu." Dajung merengus geram sebelum dia mula membangkitkan dirinya daripada terus berada di atas katilnya.

Rambutnya diikatkan kepada sanggul kecil dan cardigan panjang digapai memandangkan dia hanya memakai baju tanpa lengan bersama seluar pendek bawah punggung.

Terus dia melangkah keluar dari biliknya dan membawa langkah kakinya keluar rumah.

"Dajung sayang. Nak pergi mana?" Soal Puan Jeon apabila dapat menangkap anaknya seperti bergegas ingin keluar rumah.

|√| Love Shot - KTHWhere stories live. Discover now