SMT CyberRayaJam 1030
Sekarang merupakan waktu rehat bagi sekolah menengah teknologi itu.
Alicia berjalan menuju ke perpustakaan yang terletak di tingkat 2 blok A.
Alicia POV
"Ali tu rapat betul dengan Alicia."Kata seseorang.
Langkahku terhenti.
Aku diam-diam melihat arah datangnya suara tersebut.
'Junior form 1'Fikirku.
Aku menyorok di belakang blok dan hanya mendengar perbualan mereka.
"Tapi diorang memang serasi pun."
"Kan.......Aku dengar Ali memang pendam perasaan kat Alicia."
"Tapi tak tahu pulak macammana dengan Alicia."
"Nak tahu tak apa lagi menarik?"
"Apa dia?"
"Setahu aku,diorang dulu benci satu sama lain.Tak boleh jumpa....kalau tak mesti gaduh."
"EHHHH!.......Biar betul?"
"Iya.Kakak aku cakap."
"Wah.....sekarang dah macam adik beradik aku tengok."
Mereka tertawa.
Mataku hanya tertumpu ke arah buku sambil mendengar perbualan mereka yang seterusnya.
"Tapi kan.....macammana diorang boleh rapat Eh?"
"Yang tu aku tak tahu.Kakak aku cakap Ali dulu selalu kena marah dengan Alicia."
"Result periksa dia pun selalu gagal."
"Kau biar betul? Dia kan top student sekali dengan Alicia sekarang? Dua-dua pengawas pulak tu."
"Tulah.Aku pun tak percaya."
"Alicia dulu garang gila kakak aku kata!"
"Tipulah.Dia baik je dengan semua orang aku tengok."
"Kan......aku admire gila-gila kat dia.Dahla baik,cantik,pandai pulak tu."
"Betul betul betul."
.
.
.Tidak berniat mendengar lebih lanjut,aku membuka langkah beredar dari situ.
Tanganku digenggam.
Aku masuk ke dalam tandas berdekatan dan melihat pantulan wajahku di cermin.
Tangan kananku menutup separuh wajahku.
Aku menyentuh rambut ku yang berserabut.
Aku merasakan sebak di dada yang menyebabkan mata kiriku mula dikaburi air mata.
"Aku dah penat berlakon."
.......................................................................
Sebaik sahaja waktu persekolahan tamat,Ali dan Alicia segera ke base rahsia General untuk menyiapkan tugasan bagi strategi mereka.
.
.
.Base Rahsia General Rama
Jam 1530
Ali mengambil gadjet ciptaannya yang diletakkan diatas meja.
Dia dengan tekunnya menilik gadjet itu.
Setelah puas menilik,dia memanggil nama Alicia yang sedang sibuk meneliti monitor di depannya.
"Alicia,tangkap!"Kata Ali sambil membaling sepucuk pistol.
YOU ARE READING
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanfictionContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...