Pembelot

1.3K 127 20
                                    


Hari-4 ketiadaan Alicia

HQ MATA(Ali POV)

Jam 2030

Aku menghembus nafas.

"Aku dah bersedia."Gumamku di depan pintu besi utama milik HQ MATA.

Hoodie yang menutupi kepalaku ditanggal supaya memperlihatkan wajahku.

Tanganku perlahan-lahan di dekatkan kepada pintu besi tersebut.

"Shushh!"Pintu itu terbuka dengan sendirinya.

Semua mata kini tertumpu padaku.

Wajah mereka menunjukkan reaksi terkejut yang amat.

Semua Ejen Muda memandangku risau.

Menyedari akulah orang yang dikatakan 'pembelot' tersebut,mereka mengangkat senjata dan mengacukannya kepadaku.

Aku memasuki perkarangan HQ itu.

Aku menyeluk poketku dan membaling sesuatu di depan mereka.

IRIS.

Kedua-dua tanganku diangkat tinggi.

Aku melihat mentor-mentor,Ejen Fit,Ejen Bobby dan kedua-dua ketua teras memasuki perkarangan tersebut melalui pintu utama ke bilik kawalan.

Ejen Fit mengetap giginya geram dan berjalan laju ke arah ku.

"KAU-"Baru sahaja dia mahu memberi penumbuk di wajahku,niatnya berhenti apabila Ejen Dayang memetik jarinya.

"Sabar Fit.Ali,ikut kami ke bilik kawalan sekarang."Kata Ejen Dayang kepadaku.

Aku tidak berganjak.

"Cakap kat sini je,boleh?"Ujarku tersenyum lebar.

"BUK!"Wajahku ditumbuk kuat oleh Ejen Fit.

Ejen Ganz datang menghampirinya.

Dia memegang kolar Ejen Fit.

"KAMU SABAR BOLEH TAK?!"
Tengking Ejen Ganz kepada Ejen Fit.

Ejen Fit diam seribu bahasa.

Ejen Ganz melepaskan genggamannya pada kolar Ejen Fit.

"Baiklah,jika itu yang kamu inginkan."Balas Ejen Dayang.

"Tapi,izinkan kami untuk menggari seluruh badan kamu."Tambahnya tersenyum penuh makna.

"Silakan."Ujarku tenang.

Dia sedikit terkesan dengan riak wajahku yang tenang,tapi dia hanya membiarkannya sahaja.
.
.




















Badanku sekarang digari pada dinding HQ MATA.

Mereka benar-benar menggari ku agar aku tidak terlepas.

Ejen Leon sekarang berada di depanku.

"Beritahu kami Ali,apa tujuan kamu belot MATA?"Tanyanya masih terdengar tenang.

"Belot?Belot yang macammana tu?"Ujarku sambil membuat riak wajah hairan.

"Tsk!"

"Kamu telah mencederakan kami semasa misi di Makmal Navigasi."Kata Ejen Leon.

"Dan kamu telah mencuri banyak teknologi canggih dari pelabuhan."Tambahnya lagi.

"Oooh."Aku mengangguk faham.

"Apa kata korang dengar sikit rakaman ni."Ujarku sambil tersenyum palsu.

Dahi mereka berkerut.
.
.






Alicia Side Story(Spoiler EATM)Where stories live. Discover now