Pesanan Terakhir

1.7K 156 24
                                    


Keesokan harinya,

Rumah Dr.Ghazali(Ali POV)

Jam 1530

Aku berjalan ke dapur untuk mengambil bekas makanan kucing untuk diberikan kepada Comot.

Dia terlihat lapar semasa aku sibuk meneliti balistik Alicia yang sedikit rosak.

Jadi,aku memberhentikan aktivitiku dan turun ke tingkat bawah untuk memberi makan kepadanya.

"Comot....ooo Comot...."Panggilku.

Dia sepantas kilat turun ke bawah.

Sekarang dia betul-betul berada di hadapanku.

"Ush! Lajunya kau."Kataku sedikit terkesan dengan kelajuan Comot.

Bekas yang dipegangku dibuka lalu menuang sedikit isi di dalamnya ke dalam bekas makanan Comot.

Comot yang lapar meratah makanannya bak seekor pemangsa.

Aku membelai tubuhnya yang gebu itu.

Mengingati yang Comot telah menginjak usia 5 tahun,aku sedikit risau.

Dia sudah agak tua untuk mengikut ku menjalankan misi.

"Terima kasihlah Comot.Sebab tak pernah tinggalkan aku walau apapun jadi."Monologku sambil mengusap lembut bulunya.

"Ting!"Aku terdengar loceng rumah berbunyi.

"Eh? Ayah dah balik ke? Awal betul."Gumamku lalu berjalan ke arah pintu depan.

Ibu jariku di scan lalu pintu kaca itu terbuka dengan sendirinya.

"Eh Viktor?! Mia pun ada sekali?!"Ujarku teruja.

"Ada apa korang datang ni?"Tanyaku.

Mia membuka beg sandangnya lalu mengambil sepucuk surat.

"Kami jumpa surat ni bawah meja Alicia.Ada nama awak kat sini."Kata Mia sambil menunjukkan namaku yang ditulis kemas diatas surat tersebut.

Surat itu dihulurkan kepadaku.

Aku perlahan-lahan mengambilnya.

"Jangan risau.Kitorang tak baca pun."Ujar Viktor tersenyum nakal.

Aku menjegilkan mataku ke arahnya.

"Okeylah,kitorang balik dulu.Kerja rumah tak siap lagi maa..."Kata Viktor.

"Ye lah tu.Padahal nak gi dating."Balasku mengusik.

"Mengarut saja tahu."Kata Viktor dari jauh.

"Enjoy your time."Tambahnya sambil melambai tangan dari belakang.

Aku melihat ke arah Mia yang sedang membuka langkah untuk mengikut Viktor.

"Kejap Mia!"Kataku dengan nada yang kuat.

Dia menoleh memandang ku.

"Terima kasih untuk surat ni."Kataku sambil tersenyum.

"Haha sama-sama."Balasnya berlalu pergi.
.
.






















Aku dengan pantas berlari menuju ke bilik lalu duduk di atas katil.

Aku melihat surat itu.

Di depannya dituliskan 'Ali Ghazali' iaitu namaku dengan pen hitam.

Aku menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembusnya perlahan-lahan.

Surat itu aku buka dengan penuh sabar.

Alicia Side Story(Spoiler EATM)Where stories live. Discover now