Gambar Misteri

1.8K 100 2
                                    

Alicia POV

Semasa aku pulang ke rumah,aku putuskan untuk siasat identiti sebenar Law Kuan Kheng tanpa pengetahuan papa.

Sebenarnya,aku tak suka pun nak siasat pasal orang yang aku tak kenal ni.Tapi sebab nama dia ada kaitan dengan aku, jadi aku rasa aku patut cuba siasat.

Oh kalau korang tertanya-tanya mana aku dapat tahu pasal Law Kuan Kheng ni,aku ternampak nama dia waktu bukak fail biodata aku.

Sayangnya,disebabkan Ali, aku tak sempat nak baca helaian seterusnya.

Tapi aku bernasib baik sebab Ali tak tahu langsung yang aku ada bukak fail yang sepatutnya aku tak boleh bukak.

Dan buat masa ni,aku tak rasa aku perlu bagitahu sesiapa pasal Law Kuan Kheng ni.

Malam tu,aku buat keputusan untuk masuk bilik papa.Mana lah tau kalau jumpa info-info pasal Encik Kheng ni.

Jangan risau,papa tu jarang balik rumah.Kalau balik pun seminggu atau dua minggu sekali je.

Aku bukak almari papa,takde pape yang mencurigakan.Aku cuba bukak setiap laci dalam almari tu tapi masih takde tanda-tanda tentang info Encik Kheng tu.

Kebanyakan gambar pun cuma ade papa dengan geng mamak je.

Aku cek semua tempat termasuk bawah katil, dalam sarung bantal,atas almari,belakang almari,belakang cermin, celah-celah katil....dan banyak lagilah.Tapi semua takde apa-apa yang pelik.

'Hmmm....mungkin aku yang banyak sangat fikir.Takkanlah papa nak sorokkan benda-benda macam ni dari aku kan?'Fikirku hairan.

Baru sahaja aku nak keluar dari bilik papa,tiba-tiba aku ternampak sebuah pasu yang agak........familiar?

......................................

Flashback 8 tahun lepas

Alicia yang baru sahaja berumur 4 tahun masuk ke dalam bilik General Rama secara diam-diam.

"Alicia?di mana kamu?papa dah siapkan sarapan ni."Panggil General Rama.

Alicia hanya berdiam diri dan menyorok dibawah katil memikirkan bahawa dirinya mahu bermain sorok-sorok dengan General Rama.

"Icha?oh Icha...haih tidur kot budak tu." General Rama mengeluh.

Alicia yang sedang menyorok dibawah katil tertawa kecil mendengar keluhan bapa angkatnya itu.

Tiba-tiba Alicia terdengar pintu bilik General dibuka.

'Tu mesti papa.'Fikir Alicia.

"Kejap lagi saya datang."kata General Rama di dalam telefon.

Baru sahaja Alicia mahu membuat kejutan untuk papanya,niatnya terus berubah setelah melihat pintu rahsia bawah tanah terbuka selepas General Rama memusingkan sebuah pasu.

Kelihatan General Rama yang sedang memasuki pintu rahsia bawah tanah itu.

Pintu rahsia terus tertutup selepas General Rama masuk.

Alicia yang dari tadi melihat adegan itu membulatkan matanya tanda tidak percaya.

Alicia keluar dari bawah katil General Rama dengan perasaan yang sangat teruja.

Dia melihat pasu itu dan ingin memusingnya supaya pintu rahsia terbuka lagi.

Malang sekali Alicia terlalu pendek untuk mencapai pasu tersebut.Alicia cuba sedaya upaya untuk mencapai dan memusingkan pasu itu tetapi tetap gagal.

"Nanti aku dah besar,aku akan pusing kau,pasu rahsia papa."

Flashback off

Alicia POV

Alahai,dah 8 tahun rupanya aku lupa pasal pasu ni.Tanpa membuang masa,aku capai pasu tu dan terus memusingnya perlahan-lahan.

Seperti yang dijangkakan,pintu rahsia terbuka dan aku terus masuk ke dalam.

Dalamnya taklah besar sangat lebih kurang base MATA je.Tapi kat dalam ni banyak buku dan fail yang aku tak pasti pasal apa.

Aku mengambil salah satu buku yang kulitnya agak keras dan tertera tajuk 'Projek Pembinaan Bandar CyberRaya'di hadapannya.

'Oh jadi buku-buku kat sini banyak pasal sejarah CyberRaya rupanya.Menarik!'Fikirku teruja.

Aku melihat satu persatu buku yang ada di dalam bilik ni.Kebanyakannya memang menarik untuk dibaca.

'Aku akan cuba cari masa lapang untuk baca buku-buku ni.'Fikirku lagi.

Semasa aku sibuk membuka helaian buku-buku yang ada dalam bilik ni,tiba-tiba sehelai gambar terjatuh.

Aku mengambil gambar tersebut dan terus melihat isinya.

Kelihatan wajah papa dan seorang lelaki berbadan sasa dan berkulit putih tersenyum dalam gambar itu.

'Aku tak pernah nampak wajah lelaki ni selama aku hidup.Siapa dia ni?Apa hubungan dia dengan papa?Geng mamak kenal ke dia ni?Dia ni ejen ke?'Fikirku penuh hairan.

Beribu soalan yang aku fikirkan pasal lelaki yang ada dalam gambar ni.

Tapi benda yang paling menarik perhatian aku adalah.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kenapa dia ada parut dekat dahi yang sama dengan aku?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Dan...."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Kau ke Law Kuan Kheng?"

Jangan lupa untuk comment dan vote yaa.Author tengah berusaha nk buat chapter yg panjang dan best.Tapi semuanya memerlukan masa dan idea.Huhuhu

Naikkan semangat author dengan vomment!Terima kasih.

Alicia Side Story(Spoiler EATM)Where stories live. Discover now