Keesokan harinya,Hari-1 ketiadaan Alicia(Alicia POV)
Jam 0630
Aku keluar dari tandas selepas selesai membersihkan diri.
Tuala mandi aku letak di leher.
Aku menghampiri meja tempat laptop aku diletakkan.
Aku menghidupkan laptop tersebut.
Sementara menunggu laptop itu benar-benar hidup,aku berjalan ke arah katil dan mengambil telefon pintarku yang sedang dicas.
Aku kembali semula ke tempat laptop itu berada dan menyambungkannya dengan telefon pintarku.
Aku menaip kod rahsia untuk mengakses jarum yang telah kucucuk di kotak suis utama semalam.
Aku melihat sesuatu yang dipaparkan di skrin laptop tersebut.
"9 bilik dengan 2 dekat bawah tanah."Gumamku selepas melihat paparan skrin itu.
"CCTV takde......aishh....susah sikit nak hack."Ujarku kecewa.
Tiba-tiba aku mendapat idea.
"Tapi lagi senang nak menyelinap."Kataku tersenyum sendirian.
.
.
.Aku melihat jam yang dipaparkan di skrin laptop tersebut.
"Dah pukul 7.30.......patut ke aku turun?"Tanyaku pada diri sendiri.
Aku mematikan laptopku dan mengambil telefon pintar lalu memasukkannya ke dalam poket seluar.
Aku membuka pintu bilik dan perlahan-lahan turun ke tingkat bawah.
.
.
.Aku berjalan ke arah dapur hanya ingin dikejutkan dengan Encik Kheng yang sedang menyiapkan sarapan pagi.
Aku terus duduk di kerusiku sambil melihat tubuhnya yang sedang seronok memasak.
Dia menoleh kebelakang berniat untuk mengambil pinggan,namun terkejut dengan kehadiranku secara tiba-tiba.
"Oh Alicia....awal kamu harini....sekejap ye saya ambilkan pinggan."Kata Encik Kheng sambil memegang dadanya kerana terkejut tadi.
"Izinkan saya untuk tolong....."Ujarku sopan.
"Silakan."Balasnya sambil tersenyum.
Aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan mengambil 2 bentuk cawan.
Aku melihat sekotak susu yang telah diletakkan di atas meja.Tanpa ragu, aku menuang susu tersebut kedalam cawan yang telah ku ambil.
Aku melihat Encik Kheng yang seperti kesulitan mengangkat keempat-empat pinggan yang berisi makanan untuk sarapan pagi.
Aku berjalan ke arahnya dan menghulurkan tangan untuk mengambil dua dari empat pinggan yang dipegangnya.
Aku kembali semula ke tempat dudukku sambil meletakkan pinggan itu tadi ke tempat kami.
Dia juga meletak sepinggan pancake di tempatku dan sepinggan lagi di tempatnya.
Aku menahan perasaan terujaku semasa melihat betapa sempurnanya makanan yang Encik Kheng buatkan.
Pinggan pertama diisi dengan dua telur yang dibentuk sempurna dan beberapa ulas limau mandarin.
YOU ARE READING
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanfictionContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...