"Kan korang yang plan untuk bunuh Ejen Amisya dan Ejen Kheng?"Kata Ali selamba.Perkarangan HQ MATA menjadi senyap sunyi.
Semua ejen termasuk ketua-ketua teras putus kata.
"Korang tahu tak reaksi Alicia waktu dia tahu semua ni?"Tanya Ali.
Keadaan masih senyap.
"Dia senyum macam takde apa-apa pun jadi."Kata Ali dengan suaranya yang mulai serak.
"Kenapa?.........Kenapa korang tak halang pihak berkuasa dari teruskan projek bodoh tu?!"Suara Ali mula meninggi.
"Tanamkan cip dalam otak Amisya semata-mata nak majukan CyberRaya......"Tangannya digenggam menahan amarah.
"KORANG TAHU KAN RADIASI DARI CIP TU HASILKAN SEL KANSER?!!!!"
Tengking Ali.Air matanya jatuh membasahi pipi.
.
."Last-last,projek tu cancel."Suaranya kembali normal.
"Sebab kecuaian korang,Amisya jadi mangsa."Kepalanya tertunduk.
Tidak habis dengan itu,Ali menambah lagi.
"Macammana dengan kes letupan yang kononnya penyebab Ejen Kheng mati?"Ujar Ali.
"Tu semua pun rancangan korang ke?"Tanya Ali sambil kepalanya diangkat.
Kesan air mata di pipinya masih kelihatan.
Setelah sekian lama berdiam diri,salah seorang ejen akhirnya bersuara.
"Bukan."Balas Ejen Dayang.
Mata Ali tertumpu pada ketua teras tekno.
"Habistu-"
"TIIINGGG!!!"Siren bergema menyebabkan semua ejen terkejut.
"PERHATIAN KEPADA SEMUA EJEN!
ADA SATU SERANGAN BERBAHAYA TELAH DILANCARKAN KEPADA DATO' OTHMAN DI MENARA XXX! SAYA ULANGI.ADA SATU SERANGAN BERBAHAYA TELAH DILANCARKAN KEPADA DATO' OTHMAN DI MENARA XXX! EJEN-EJEN DIMINTA PERGI KE SANA DENGAN SEGERA!""BERTINDAK SEGERA!!"
Ali POV
Aku mendengar arahan mengejut dari General Rama melalui mic utama HQ.
Aku tidak tahu apa-apa mengenai serangan ke atas Dato' Othman.
Aku melihat semua ejen sedang bersiap untuk pergi ke Menara XXX.
.
."Grrrr..."Aku mengetap gigi geram apabila aku ditinggalkan seorang diri di HQ.
Mereka tidak mahu langsung melepaskan ku.
Lebih menyedihkan,gari-gari ini sepertinya tidak akan terbuka dengan sendiri.
Badanku mula terasa gatal.
"Tidak.......tidak......."Aku mula panik apabila belakangku terasa gatal yang amat.
"Argh!"
Ia sungguh menyerabutkan.
"Tang!"
"Eh?"
Aku perasan akan gari ku yang tiba-tiba terbuka.
"Gedebuk!"Aku jatuh tersembam.
Aku perlahan-lahan berusaha untuk berdiri.
Aku melihat Comot yang turun dari meja utama HQ.
YOU ARE READING
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanfictionContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...