Hari-2 ketiadaan AliciaSMT CYBERAYA (Ali POV)
Jam 0900
Aku mengantuk.Hampir sahaja menguap semasa cikgu sedang bercakap di hadapan.
Semalam aku sibuk menganalisis mesej yang dihantar Alicia.
Aku tidak dapat mengenalpasti sesuatu yang aneh dari apa yang dihantarnya.
Cuma 2 bilik bawah tanah yang membuatku sedikit curiga.
Tetapi Alicia memesejku semula dan memberi tahu bahawa Encik Kheng telah memberitahunya tentang bilik tersebut seolah-olah ia bukan sesuatu hal yang penting.
Tambahan pula,Alicia mengatakan bahawa Encik Kheng menyambut kehadirannya dengan baik sekali.
Itu membuatkan kepalaku sedikit berserabut.
"Ali."
Kenapa dia memberitahu Alicia perkara yang kebiasaannya dirahsiakan?
"Ali."
Adakah dia telahpun move on dari kejadian tersebut?
"Ali."
Ah! Ini memang betul-betul memeningkan.
"Ali Ghazali!"Panggil guruku dengan nada yang kuat.
"Ye,cikgu!"Aku dengan sendirinya berdiri dari tempat dudukku.
"Kamu kenapa? Tak sihat ke?"Tanya guruku kelihatan risau.
"Tak.Cuma kepala saya pening sikit."Balasku menggeleng sambil tersengih.
"Kalau macamtu....tolong jawab soalan di hadapan."Katanya sambil menuding jari ke arah soalan yang dipaparkan.
Aku yang telahpun bangun berjalan ke arah skrin kaca itu.
Aku meneliti soalan tersebut selama beberapa saat.
Tanpa ragu,aku menuliskan jawapan di ruang kosong skrin tersebut.
Aku menoleh ke arah guruku yang kelihatan agak terkejut.
"Mengagumkan."Katanya sambil menepuk tangan.
"Terima kasih dan maafkan saya cikgu."Ucapku sambil membongkokkan badan.
"Baiklah,kamu boleh duduk."
Balasnya.Aku berjalan ke tempat dudukku.
Mataku tertumpu pada Viktor yang sedang tersenyum sambil mengangkat 'Thumbs Up'.
.
.Kantin SMT CYBERAYA
Jam 1030
Sebagai pengawas,aku kebiasaannya rehat 5 minit lebih awal.Jadi,tidak hairanlah jika pelajar lain baru sahaja ingin membeli makanan,aku telahpun meneguk air dengan pinggan yang licin.
Aku melihat tablet milikku sambil menunggu kehadiran Viktor.
Aku sebenarnya telah mengubah tabletku supaya dapat mengakses berbagai peranti milik sekolah.
Itu untuk memudahkan ku menangkap murid-murid yang ponteng dan juga untuk keluar menjalankan misi.
Walaupun kelihatan cukup hebat,kemahiran ku tidak hampir langsung dengan kebolehan Alicia yang mampu menggodam hampir kesemua peranti yang dijumpainya.
Tidak terkecuali dengan teknologi tinggi milik MATA.
Sebab itulah identiti kami sebagai kumpulan bertopeng dapat bertahan selama hampir 2 tahun.
.
YOU ARE READING
Alicia Side Story(Spoiler EATM)
FanfictionContains Ejen Ali The Movie Spoiler "Jangan tengok apa yang kau hilang,Tapi tengok apa yang ada depan mata"-Alicia Kheng Mengisahkan Alicia yang cuba membongkarkan rahsia disebalik kematian kedua ibubapanya yang tidak pernah dia ketahui identiti seb...