Welcome New World!!

681 29 19
                                    

   "Mama, kita nak pergi mana?" Aku menyoal mama yang dari tadi sibuk menyusun barang-barang ke dalam kotak. Macam nak pindah rumah pun ada... Ish, tapi aku rasa memang itu pun! Apa lagi kalau orang dah susun barang-barang dalam kotak? Takkan nak buat kenduri kot!

Mama berhenti menyusun barang, lalu berpaling menghadap anak kesayangannya.

Author: Acewah😏
Michelle: Mohon jgn dengki please...

(Back to the story)

   "Kita akan tinggal dengan atok, sayang." Mama menjawab sambil mengusap lembut kepala aku.

   "Hah?! Habistu sekolah macam mana?" Aku menyoal semula dengan nada terkejut. Mana taknya, semuanya berlaku secara mengejut dan penuh kejutan.

Cuba kau bayangkan, elok-elok kau tinggal dalam rumah yang sederhana dengan kehidupan yang indah bersama keluarga kau. Tiba-tiba, hari ni kau kena pindah tinggal dengan atok kau. Okey, itu satu masalah. Lagi satu masalah adalah, macam mana hidup aku lepas ni?! Memang sah-sah la kena conquer😭

   "Mama dan papa dah uruskan semuanya. Jadi jangan risau ye, Michelle." Jawapan mama tenang je. Tapi, bagi aku ini adalah situasi paling gawat sepanjang aku hidup! Huwaaaa!!!! Habislah aku!

Aku memerhati mama yang tangannya kembali ligat menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Haih, murunglah aku macam ni!

   "Dah sayang, pergi kemas barang-barang kamu. Barang-barang lain semua dah siap." Kata-kata mama menyentak aku yang sedang asyik merenung nasib. Barang-barang lain dah siap?! Lajunya, semangat betul nak pindah!

   "Bi-bila kita nak pindah, mama?" Gagap pulak dah! Haish, macam-macamlah! Tangan mama terhenti lagi. Hehehe... Kalau macam ni, memang tak selesai jugaklah kerja mama😂.

   "Hurm... papa cakap dekat mama, hari ni jugak nak pindah." What?! Ternganga luas aku dengar jawapan mama. Hari ni?! Aku sudah mula musykil. Mesti ada sebab musabab bin asbab di sebalik semua ni.

Michelle: Apa kau merapu ni Author?!😭
Author: Aku pon x tahu weh😂😭

(Back to the story)

Aku hanya mampu berpasrah dengan takdir hidupku ini. Sob.. sob... Aku melangkah longlai menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas. Sebaik sahaja aku tiba di bilik, dengan berat hati aku mula mengemas barang-barangku ke dalam kotak yang muncul dari mana entah.

Author: Aku yg letak.
Michelle: Amboi, semangat kau nak halau aku ea!
Author: Memang pon!😜
Michelle: Jahat😭

Sebaik sahaja selesai mengemas, aku membawa kotak-kotak tersebut turun untuk diletakkan bersama barang-barang yang lain. Aku terus duduk di sofa selepas mengangkut segala kotak-kotak itu. Penat kot!

   "KAKAK!!" Terkejut aku mendengar seruan membawa maut itu. Dengan suara yang mampu menggegarkan gegendang telinga dan melonggarkan jantung. Siapa yang tak terkejut? Pokok yang elok berdiri pon boleh tumbang!

   "Ish, kau ni! Longgar jantung aku." Jelingan maut aku berikan percuma kepada budak yang sedang tersengih macam kerang busuk di sebelah aku. Entah bila pulak la budak ni muncul.

Aku perhati dalam-dalam wajah adikku yang seorang ini. Rambut hitam pekat dan warna mata coklat gelap yang buatkan aku cemburu terhadapnya. Jangan kata aku alien pulak. Rambut aku juga hitam seperti adik-adikku. Namun, warna mataku yang membuatkan aku berbeza daripada mereka.

Aku mewarisi warna mata mama iaitu hazel. Aku bersyukur kerana mempunyai kelebihan yang satu itu. Tapi, kadang-kadang aku berasa tersisih juga. Ah, pedulikan!

Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now