No One POV
PRANG!!!
"ARGHH!!! TAK GUNA KAU MICHELLE!" Bunyi kaca berderai diselangi dengan pekikan seseorang, memecahkan keheningan pada petang itu. Keadaan rumah yang berantakkan bagai dilanda badai, tidak dihiraukannya.
Bip! Bip!
Dia memandang ke arah telefon bimbitnya yang berada di atas sofa. Tangannya pantas mencapai lalu menjawab panggilan yang masuk.
"Kau dah selesaikan tugas kau?" Suara di talian membuatkannya semakin panas hati.
"Kau tak payah nak soal banyak, aku tahu kerja aku. Lambat-laun, kau akan dapat. Tapi, kau jangan sentuh Hali!" Dia mengancam si pemanggil, menyebabkan si pemanggil tertawa kuat.
"Fine! Aku tak kisah kau nak buat apa dengan 7 jantan tu. Yang pasti, aku mahukan benda tu. Aku bukan apa, dah 6 tahun aku tunggu!" Dia mengertap giginya, geram. Benci apabila dia diarah bagai kuli.
"Eh, kau dengar sini. Aku bukan kuli kau. Aku tolong kau pun, sebab aku mahu Halilintar jadi milik aku! Kau tahu tak yang Aira Michelle masih hidup lagi?!" Nafasnya semakin tidak teratur. Dada berombak kencang, menahan emosi yang semakin tidak terkawal.
"Pfftt- Maaflah kalau aku buat kau macam kuli. Aku tak berniat pun. Chill lah, kita satu geng! Cuma dengan matlamat yang berbeza. Kalau kau tak nak kotorkan tangan kau, kau gunalah orang." Dia terdiam seketika. Ada betulnya. Kalau dia kotorkan tangan, mesti Halilintar tidak akan mahu dengannya.
"Hmm... Bernas juga idea kau." Dia tersenyun penuh makna.
"Apa-apa saja. Asalkan misi kita berjaya." Panggilan diputuskan. Dia menyerigai sendiri. Otaknya sudah ada pelbagai cara untuk menghapuskan musuhnya.
"Tahniah Aira Michelle! Kau berjaya buat aku hilang sabar."
🌸🌸🌸🌸🌸
Michelle POV
10 budak hitam, main tepi jalan, satu kena langgar, tinggallah 9.
9 budak hitam, main dalam sampan, satu jatuh sungai, tinggallah 8.
8 budak hitam, makan gelojoh-gelojoh, satu tercekik, tinggallah-!
"MICHELLE!!!" Mata aku terbeliak sebaik sahaja nama aku diseru kuat. Bergegar gegendang telinga aku woi!
"Ish, panggillah slow-slow! Aku tak pekak lah!" Aku menengkingnya semula. Apa? Kau ingat kau sorang je ada suara? Aku pun adalah! Nak lawan? Ha, meh ah!
"Panggil slow-slow?! Aku panggil kau sampai nak terkeluar anak tekak, kau tau tak?!" Dia menengking aku semula. Mata kelabunya mencerlung aku, tajam. Macam nak telan aku. Nasib mata kau cantik je kalau tidak, dah lama aku cucuk guna pen.
"Apa bising-bising ni?" Seseorang yang terganggu dengan suara kami yang berdentum, datang menegur.
"Solar ni ha! Panggil aku kuat-kuat! Dia ingat aku pekak ke apa?" Aku mengadu kepada pemilik iris emas yang sedang berdiri tegak di hadapan pintu.
"Eh, aku pulak! Kau mengelamun tak ingat dunia." Aku-! Speechless... Hehe... Memang aku mengelamun pun. Aku menggaru kepala aku yang tiba-tiba terasa gatal sambil tersengih, memandang ke arahnya.
YOU ARE READING
Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)
FanfictionBila kau terpaksa hidup satu bumbung, satu rumah, satu ruang tamu, satu dapur dan satu- aip, lain-lain bilik bersama keluarga sepupu kau. Semua kerana rancangan si datuk yang mahu ahli keluarga kau berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama. "Mic...