Survivor

204 22 71
                                    

   "Aku tak nak cakap apa-apa, tapi aku rasa kau yang perlu beritahu aku.

   "Beritahu apa?" Dia menyoal aku, senyuman sinis terukir di bibirnya.

   "Hali, aku tak ada masa nak main-main dengan kau." Aku mengeluh perlahan. Hali kelihatan seperti mahu mengelak daripada menjawab soalan aku.

   "Kau kan yang bagi aku kamera ni? Apa tujuan kau eh?"

Hali menjongketkan bahunya lalu meboloskan dirinya ke dalam bilik air. Aku meneliti setiap penjuru biliknya yang boleh dikategorikan sebagai kemas itu. Sudahlah! Takde function pun kau tunggu jawapan dia, baik blah! Tombol pintu ku genggam erat.

   "Kau nak pergi mana tu? Kau keluar dari bilik ni, siap kau!" Tergencat segala tindak-tanduk aku apabila suara Hali bergema. Aku palingkan wajah aku, menatap ke arah bilik air tersebut. Tahu pula dia? Ada lubang untuk dia intai ke?

Kaki aku mula melangkah ke arah sofa yang berada di dalam biliknya. Punggung aku dilabuhkan atas sofa yang empuk itu.

Krek!

Jangan toleh! Mulut aku terkumat-kamit melantunkan kata-kata itu secara perlahan. Badan aku yang tadinya santai, terus menegak bagai seorang tentera.

   "Amboi cik adik, sesedap hati berulam jantung kau je duduk situ." Kekehan kecil menyapa deria pendengaran aku. Bulu roma aku sudah terpacak macam tiang elektrik dah dengar dia ketawa. Serem sia!

   "Habis tu? Nak suruh aku berdiri terpacak macam tugu negara depan pintu tu?" Dengan keberanian yang masih tersisa, aku membidas. Ya, Aira Michelle bukan spesies menyerah kalah. Pantang ditantang! Walapun sebenarnya dah kecut bagai nak mati dah ni.

   "At least, peluang untuk kau selamatkan diri lebih tinggi. Cik adik, cik sekarang tengah berada dalam kandang singa yang tengah kebuluran nih~" Aku segera berdiri menghadapnya dengan mata yang membuntang luas.

   "Kau main-main dengan aku. Jangan sampai meja kopi ni terbang dekat muka kau!" Jari telunjuk ku tunding tepat ke wajahnnya.

   "Pft- Bwahahahahahahaha!!!" Dia ketawa kuat, tuala yang tersangkut di lehernya digosok kuat pada rambutnya. Lega aku apabila melihat dia dalam keadaan yang lengkap berpakaian. Tak adalah mata aku nak tergolek tengok dia.

   "Sis ni, garang tak boleh bincang la... I like." Katanya sambil memicingkan matanya.

EEEEEEEEEEEIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!! DIA NI MEMANG SENGAJA NAK MENGUJI KESABARAN AKU! KANG AKU NAIK ANGIN, SI TAUFAN PUNYA RIBUT PUN KALAH DENGAN AKU.

   "Fuwah! Sedap kalau dapat tidur ni." Dia menghempaskan tubuhnya ke atas sofa dengan mata yang terpejam. Cerlungan tajam aku, tidak dia hiraukan.

   "Yang kau tengok aku bagai nak telan tu kenapa? Apa kau nak tahu?" Aku diam tidak berkutik. Wajahnya aku pandang dengan penuh tiada perasaan, serius.

Dia tersenyum penuh makna sambil menatap aku lama. Aku kadang-kadang pelik dengan sikap dia. Sikap dia yang dingin di khalayak ramai boleh bertukar kepada err... gatal, apabila hanya tinggal dia dengan aku.

Solar pun tak kurang merenyamnya tapi, berbeza dengan si Halilintar.

   "Aira Michelle, untuk pengetahuan kau. Kau disahkan menghidap amnesia." Kaki disilangkan, dagunya ditopang sambil memandang aku dengan wajah yang serius.

   "Kau merepek ap-"

   "Aku serius." Kali ni wajahnya tiada secalit senyuman. 'Aku-tak-main-main' itulah apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh air mukanya sekarang.

Kaki aku bagaikan digam, langsung aku tak dapat gerakkan. Aku hanya berdiri dengan wajahku memandang lantai.

   "Kau tak percaya? Aku nak tanya kau, macam mana kau boleh tak ingat sepupu kau sendiri? Ish, ada ke dalam dunia ni orang yang tak kenal sepupu dia sendiri?" Aku terpana dengan soalan Halilintar. Betul apa yang dia katakan, Uncle Amato adalah abang kepada mama, mustahil kalau mereka tak kenal.

   "Oh, thanks. Aku keluar dulu." Ku gagahkan kaki untuk melangkah ke arah pintu. Tanganku memutar tombol pintu tersebut, tapi tidak terbuka. Aku merentap kasar untuk membuka pintu, tapi hasilnya tetap nihil.

   "Hali, buka pintu ni." Dahi aku lagakan dengan permukaan pintu sambil tanganku memukulnya lemah. Ah! Down, tak pernah aku rasa macam ni. Rasa bagai semua tenaga aku disedut keluar.

   "Kalau aku buka pintu ni, apa kau nak buat? Lari keluar dari rumah?" Dapat aku dengar dengan jelas suara dia. Dia sekarang tengah berdiri di belakang aku.

   "Kalau aku jawab 'ya'?" Aku masih lagi membelakanginya. Mata aku berkaca tapi, tiada setitis pun air mata yang keluar.

   "Ingatan kau boleh pula hilang separuh, tapi perangai bodoh kau tu tak hilang pula?" Dia mencapai tangan aku. Badan aku dibalik, mengadapnya. Wajah aku usah dibahas, berkerut seribu. Dia tertawa kecil sebelum menarik tubuhku ke dalam dakapannya.

   "6 tahun lalu, perkara yang sama terjadi. Aku, takkan biarkan benda yang sama terjadi lagi," Samar-samar kedengaran dia berbisik di telinga aku. Badannya digerakkan ke kiri dan ke kanan, seolah-olah sedang mendodoiku.

Badan aku terasa semakin longlai, mataku mula memberat. Aku,

Penat.

Penat dengan keadaan, lelah dengan kenyataan, letih dengan keadaan diriku. Sudahlah.

   "Aku- tak nak kehilangan kau." Kata-kata terakhir dari dia yang sempat aku dengar sebelum aku hanyut ke alam mimpi.

🌸🌸🌸

Kreuz POV

   "Kau buat apa tu?" Pandangan aku yang tertumpu pada skrin hologram, terus beralih kepada suara yang menegur. Dia sedang menyandarkan tubuhnya di muka pintu dengan wajah yang masam mencuka.

   "Bukan main kau, sebelum ni akak bagai kau panggil. Sekarang mana title tu semua?" Dia mencebik lalu masuk ke dalam bilikku.

   "Kecoh ah, sebelum ni kau tak pernah kisah pun." Dia melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan meja kerja aku. Jari aku yang tadinya menari dengan lincah di atas papan kekunci, terus terhenti.

   "Oh, macam mana kau nak dapatkan Hali?" Keluhan dilepaskan. Wajahnya kelihatan serabut.

   "Entahlah. Kan kau kata kau yang nak tolong?"

   "Tolong dik, bukan handle dari A-Z! Bengap." Puas aku dapat kutuk adik aku. Amboi, orang nak tolong boleh dia nak serah bulat-bulat kerja dia dekat aku?! Dia ingat aku takde kerja lain agaknya?

   "Ha yelah! Aku dah ada plan, tapi susah sikit." Aku menjongketkan kening. Okey, kita dengar dulu.

   "Perempuan tu..." Tahulah siapa yang dia maksudkan, aku mula tersenyum senget.

   "Perempuan tu, biar aku yang handle." Bibir adikku mula memekarkan senyuman. Jarang nampak dia tersenyum begini. Dengan gembiranya, dia mengucapkan terima kasih lalu keluar dari bilikku. Apa yang kau mahu pasti aku akan tunaikan kerana kau, satu-satunya keluarga yang aku ada.

Aira Michelle, kau tak sedar yang kau sendiri adalah pembawa bala untuk keluarga kau. Kita tukar gamelah, the only suvivor is Boboiboy Halilintar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sorry, aye memang suka merapu tengah-tengah malam macam ni.

Pendek je dan tak best ye... bye.

Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)Where stories live. Discover now