"Hah...hah...hah..." Aku berlari apabila seseorang sedang mengejar aku. Setelah penat berlari, aku berhenti untuk mengambil nafas. Tercungap-cungap aku bernafas.
"Kau dah tak boleh lari, Michelle!" Suara garau itu lagi! Aku mula berlari lagi. Tetapi, langkah aku terhenti kerana tiada jalan untuk aku berlari lagi, seperti berada di atas sebuah bangunan yang tinggi. Aku memandang ke bawah dan yang aku nampak hanyalah kegelapan seperti tiada penghujung.
Aku menoleh ke belakang memandang figura yang berada di belakang aku. Dia semakin mendekati aku manakala, aku perlahan-lahan berundur ke belakang. Cuba untuk menjauhinya. Dia menapak mendekati aku sehinggalah dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Aku cuba mencari wajahnya disebalik bayang yang menutupi tetapi, gagal.
Senyuman sinis yang ditayangkan jelas dapatku lihat. Tanpa sempat berkata apa-apa, dia menolak tubuhku jatuh ke dalam kegelapan yang tiada penghujung.
🌸🌸🌸🌸🌸
"HAH!" Mata aku terbuka luas. Aku segera bangun dari pembaringan dan memandang sekeliling. Bilik? Macam mana aku boleh ada dekat sini? Bukankah-
"Argh..." Aku meringis perlahan sambil memegang kepalaku yang masih sakit.
Kreek!
Bunyi pintu dibuka menarik perhatianku. Aku memandang ke arah pintu sambil menanti orang yang bakal muncul.
"Eh, akak! Akak dah sedar?" Aku memandang Vienna yang menatang dulang dengan wajah yang berkerut.
"Sedar? Apa jadi?" Aku menyoal Vienna. Dia meletakkan dulang yang ditatang tadi di atas meja yang terletak bersebelahan dengan katilku. Kemudian, dia duduk di birai katil sambil menatap ke arahku.
"Akak pengsan masa keluar dengan abang Boboiboy tadi. Lepas tu, terus diorang call driver suruh jemput korang!" Wajahku jelas menunjukkan reaksi tidak percaya. Seriuslah, aku pengsan! Aku tak pernah-pernah pengsan boleh pulak hari ni, dalam sejarah aku pengsan!
"Takpelah, akak makanlah! V keluar dulu." Vienna meletakkan semangkuk bubur di antara kedua tangan aku sebelum beredar dari bilik aku. Mangkuk bubur itu ku genggam erat, memikirkan mimpi yang aku alami sebentar tadi.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi tapak kaki orang berlari kedengaran jelas di telingaku.
BAM!
Perh, pintu bilik aku macam kena rempuh dengan kereta kebal. Nasib baik tak arwah. Aku memandang wajah 3 orang yang sedang tercungap-cungap di hadapan aku.
"Michelle... Kau, kau... Okey?" Taufan menyoal tersekat-sekat. Nafas pun tak cukup ada hati nak tanya aku okey ke tak. Sekarang ni diorang yang tak okey. Sampai terduduk atas lantai, mengah punya pasal. Macam orang nak putus nyawa pun ada!
"Haih. Michelle, kau dah okey?" Mata aku kembali memandang ke arah daun pintu apabila terdengar bunyi keluhan.
"Gempa, aku okeylah!" Aku menjawab soalannya sambil tersenyum bagi meyakinkannya. Dia masuk bersama 3 lagi kembarnya yang lain.
"Err... Kitorang ada cakap dekat kau yang kitorang nak bagitau kau something, kan?" Aku hanya mengangguk sebagai jawapan untuk soalan Solar. Aku memandang mereka bertujuh yang sedang berbaris memanjang ke tepi sambil menundukkan kepala masing-masing. Dah kenapa puak-puak ni?! Nak berkawad ke apa?
"Errr... Kenapa dengan korang ni?" Aku yang nak makan pun tak jadi bila tengok keadaan mereka sekarang. Kenapa? Aku tak nak tanggung risiko tersedak atau tersembur makanan, kalau diorang buat benda pelik-pelik masa aku makan. Bukan boleh percaya diorang ni!
YOU ARE READING
Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)
FanficBila kau terpaksa hidup satu bumbung, satu rumah, satu ruang tamu, satu dapur dan satu- aip, lain-lain bilik bersama keluarga sepupu kau. Semua kerana rancangan si datuk yang mahu ahli keluarga kau berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama. "Mic...