Cip! Cip!
Aku menikmati angin yang berhembus. Sungguh menyamankan. Korang mesti tertanya-tanya aku di mana, kan? Sekarang aku berada di taman sekolah.
Bersama dengan 2 orang rakan baru aku, kitorang ponteng kelas. Sekali-sekala tak apa kan?
Author: Ish, ish, ish! Tak patut. Jgn ditiru ya😉
Michelle: Eh, Author! Lama kau lenyap. Sekarang baru muncul?!
Author: Nanti kita bincang ye. //Poof//
Michelle: Eh, hilang lgi?! Bertuah pnya Author!
(Back to the story)
"Weh, apa pasal kau blah camtu je? Kau tau tak yang diorang tu presiden sekolah." Lina membuka mulut. Emi hanya menganggukkan kepalanya.
"Oh, ye ke? Biarlah, dah lepas pon!" Aku meneguk minuman yang aku beli dari vending machine di sebelah bangku taman tersebut. Tiba-tiba...
Splash!!
Pergh! Hujan turun celah mana pulak ni?!
Aku pandang baju kemeja putih aku yang sudah bertukar warna merah. Terus aku mengangkat wajahku memandang ke depan."Eh, kenapa basah ni? Main hujan ke?" 7 ekor hantu tepung sedang berdiri di hadapan kami dan salah seorangnya memegang sebuah gelas. Serius la hantu ni pergi beli air, lepas tu datang sini semata-mata untuk simbah aku?
"Apa masalah kau?" Nada suaraku sudah berubah dingin. Mataku memandang satu persatu wajah mereka dengan tajam. Orang tak cari pasal, kau pulak yang cari nahas. Silap oranglah!
"Erm... Apa yang korang buat dekat sini?" Emi tiba-tiba bersuara. Senyuman yang terpalit di wajahnya penuh rasa gentar. So, aku syak tujuh ketul manusia yang berdiri di hadapan aku sekarang adalah kaki buli.
"Biar kami perkenalkan diri. Aku Julie. Dan ini Mimi, Amira, Kiera, Diela dan Sara." Wah, bagus ye si Juling (Julie)! Tolong kenalkan kawan-kawan dia sekali. Macam dah takde mulut je.
"Dan ini adalah Linda. Ketua kami." Juling- eh, Julie memperkenalkan manusia yang berdiri di tengah-tengah sebagai ketua mereka. Oh, ketua diorang rupanya! Patutlah dengan senang hati datang bawak ribut. Tak pasal-pasal aku kena hujan!
"Jadi apa masalah korang?" Aku berdiri betul-betul di hadapan mereka. Wajah yang macam hantu tepung itu aku perhati dalam-dalam. Kau fikir aku takut dengan mata korang?! Hei, dekat rumah pun dah puas aku tatap mata pelangi la!
Sekurang-kurangnya, mata anak-anak Aunty Lia semuanya original. Bukan macam mata hantu-hantu ni. Contact lens je lebih!
"Okey, disebabkan kau student baru di sini kitorang akan bagi kau warning. Jangan berani dekat dengan diorang bertujuh. Kalau kau langgar warning ni, kitorang akan kerjakan kau!" Mereka terus beredar sebaik saja menerima arahan daripada ketua mereka.
YOU ARE READING
Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)
FanficBila kau terpaksa hidup satu bumbung, satu rumah, satu ruang tamu, satu dapur dan satu- aip, lain-lain bilik bersama keluarga sepupu kau. Semua kerana rancangan si datuk yang mahu ahli keluarga kau berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama. "Mic...