"Jadi koranglah yang serang Thorn? Hmm... berani betul eh." Taufan menelengkan kepalanya sedikit, penumbuknya digenggam erat. Tajam matanya menikam satu demi satu tubuh yang bergelimpangan di hadapannya.
"Cepat bagitau, siapa yang hantar korang?" Ais tanpa berbasa-basi lagi terus meluru ke arah sang ketua yang cuba berdiri semula. Kaki Ais automatik hinggap di belakang badan lelaki itu, menahan tubuh itu daripada cuba untuk bangun.
"Wo! Sabar dulu. Jangan biadab sangat, diorang tua daripada kita." Ais mengalihkan kakinya setelah dinasihatkan oleh abang kembarnya. Pandangan dingin masih tajam menikam. Taufan berjongkok sambil tersenyum manis.
"Abang, apa nama abang?" Lelaki itu hanya berdecit lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Oh... Kalau macam tu saya panggil abang 'degil' lah. Abang, siapa yang hantar abang?"
"Kau ingat aku barang ke nak orang hantar?!" Tengking lelaki itu. Wajah Taufan berkerut apabila gegendang telinganya dipalu kuat.
"Macam ni lah. Abang ni bukan dikira pengkhianat negara tau? Ini dah sampai tahap galaksi, abang nak kena buang galaksi ke?" Tangan jejaka bermata biru langit itu mencengkam kuat rambut lelaki di hadapannya sehingga terdengar erangan halus.
Rahang diketap kuat oleh Taufan. Geram dan amarah bila-bila masa sahaja boleh menguasai dirinya tetapi masih lagi cuba disembunyikan dengan senyuman. Dadanya jelas kelihatan naik dan turun, cuba dikawal pernafasannya.
"Susah betul nak buka mulut. Rela jadi pengkhianat, baik kau cakap sebelum pedang 'makan' tuan." Hujung bilah pedang diacu tepat dibelakang leher lelaki itu.
Peluh dingin mula merenik di dahi. Pandangannya jatuh pada Taufan, berharap lelaki itu menghentikan tindakan kembarnya. Tetapi hampa. Tatapan mereka berdua sedingin ais.
"A-Ad-ADELINE!!!" Dalam kegentaran, suaranya kuat berteriak suatu nama.
Ais dan Taufan memandang sesama sendiri. Perkara yang sama bermain di fikiran mereka.
"Bukan ke dia-"
"Jom Ais!" Taufan segera mengheret Ais keluar dari lorong tersebut. Dengan kencang mereka berlari ingin pulang ke rumah. Tetapi, tiba-tiba sahaja Ais menukar arah.
"Hoi Ais, asal patah balik?"
"Airil bongok! Tertinggal budak tu, namanya tempah kubur sendiri. Setakat renjat dengan Hali ok lagi, tapi aku tak sanggup kena tanam hidup-hidup oi!"
Taufan automatik bergidik ngeri. Dapat dilihat dengan jelas yang masa depannya bakal gelap-gelita jika tertinggal budak tu. Dia mengorak langkah menyusul jejak Ais.
🌸🌸🌸🌸🌸
"GEMPA!" Bergema suara Ais dan Taufan melaung nama Gempa apabila tiba di rumah.
"Kenapa yang korang gelabah sangat ni?" Blaze menyambut kepulangan mereka dengan seribu persoalan. Airil dijelingnya, tetapi jawapan yang diterima hanya cebikan dari budak lelaki itu sebelum dia berlalu pergi.
"Gempa mana?" Soal Taufan.
"Sabar, dia ada dalam bilik dia. Kor-"
"Ha! Kau pergi panggil yang lain, jumpa dekat bilik Gempa." Selepas memberi arahan, Taufan dan Ais terus berdesup, lenyap dari pandangan lelaki bermata jingga itu.
"Ha! Bagus, palau lagi. PALAU! Aku macam mana tak apa. Heh!" Dengan perasaan sebal, Blaze membawa diri ke tingkat atas. Ingatkan kental, rupanya 'koyak' jugak bila kena palau.
YOU ARE READING
Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)
Fiksi PenggemarBila kau terpaksa hidup satu bumbung, satu rumah, satu ruang tamu, satu dapur dan satu- aip, lain-lain bilik bersama keluarga sepupu kau. Semua kerana rancangan si datuk yang mahu ahli keluarga kau berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama. "Mic...