Kami sekeluarga tiba di hadapan sebuah rumah agam. Besar gila! Sampai terbeliaklah biji mata aku. Wow! Sejak bila atok ada rumah sebesar ni? Last aku tengok antik je. Ni rumah mana pulak yang atok rembat ni?
"Woah, besarnya!" Jadi bukan aku seorang je yang teruja tengok rumah ni. Adik-adik aku lagi excited. Diorang siap main lari-lari lagi di halaman rumah itu. Luas la katakan.
"Michelle, tunggu apa lagi dekat situ? Jom masuk!" Papa menegur aku. Aku segera membuka langkah mengikuti mama dan papa dari belakang. Adik-adikku juga melakukan perkara yang sama.
Kami berjalan sehingga tiba betul-betul dihadapan pintu rumah itu. Sumpah, pintu saja pon dah besar dinasour! Kau boleh bayang dia punya kebesaran dan keluasan tu macam mana?
Okey, kenapa reaksi aku melebih sangat? First of all, aku tak pernah tengok rumah agam secara real. Second, dah tengok pon tak pernah, tinggal apatah lagi!
"Aisyah, Marquiss? Korang dah sampai. Lia! Diorang dah sampai!" Seorang lelaki menyambut kami sekeluarga. Rambut lelaki itu hitam dan terdapat beberapa helai rambut putih. Unik! Itu apa yang terlintas dalam fikiranku.
"Apa? Diorang dah sampai? Hah, Aisyah! Lama tak jumpa." Seorang wanita yang baru turun dari tingkat atas terus menerpa ke arah mama dan memeluknya.
Aku dan adik-adikku hanya menjadi penonton secara tak langsung rancangan Jejak Kasih di hadapan kami.
Yang peliknya adik-adik aku tak panjang kaki pulak nak merayau. Selalu, semua tempat diorang redah je. Ini masing-masing join aku jadi tunggul. Mungkin rumah ni besar sangat kot, jadi diorang takut sesat mungkin. Who knows.
"Eh, Michelle? Michelle ke ni, Aisyah?" Wanita itu merungkaikan pelukannya pada mama lalu menghampiri aku. Aku hanya mampu tersenyum sambil membalas soalannya dengan anggukan. Dia berpaling memandang mama semula, meminta kepastian.
"Yelah Kak Lia. Kalau bukan dia, siapa lagi? Anak-anak Aisyah yang lain semua Kak Lia dah kenal. Tinggal yang ini seorang je." Mama mengiyakan saja. Kejap, Kak Lia? Sah, ini Aunty Marlia!
"Err.... Hai aunty." Kekok benar sapaan aku. Nervous punya pasal. Nasib baik tak gagap. Korang mesti pelikkan kenapa aku nervous sangat jumpa family sendiri.
Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu. Bagi aku ini adalah kali pertama aku berjumpa dengan keluarga sepupu aku yang sebelah papa ni. Aku tak ingat langsung yang aku pernah berjumpa dengan diorang, walaupun waktu aku masih kecil. Aku tak tahulah yang aku ni ada gangguan saraf otak ke amnesia ke. Yang pasti, aku memang tak ingat apa-apa pasal keluarga diorang.
"Ish, dah besar dah! Cantik pulak tu. Aunty 'cup' buat calon menantu, boleh?" Aunty Lia mengenyitkan sebelah matanya ke arah aku, mengundang tawa mama, papa dan Uncle Amato. Adik-adik aku? Mereka dah mulakan misi merantau rumah. Tapi, aku bersyukur mereka tiada di situ. Kalau tidak, mahu kena 'bahan' aku cukup-cukup.
Muka aku tak payah cakaplah, dah macam ayam berak kapur (eh, ayam ke? Tibai jelah!). Aku elok-elok datang sini nak tinggal dengan family, silap-silap tidur bawah jambatan malam ni sebab lari dari rumah! Bab 'mak mertua dengan menantu' mohon jangan dibuka lagi ya. Aku masih sekolah lagi okey!
Sedang diorang seronok gelakkan aku tiba-tiba, jelas kedengaran bunyi kaca terhempas ke lantai. Bergema satu rumah. Kemudian, disambung pula bunyi orang ketawa. Eh, lawak sangat ke kaca jatuh? Itu apa yang aku terfikir.
Riuh-rendah kedengaran dari tingkat atas bunyi orang ketawa, menjerit dan berlari. Aku yang berada di tingkat bawah ni pulak yang speechless. Mana tidaknya, ini rumah agam kot! Diorang punya tahap riuh tu sampai setiap pelosok rumah boleh dengar.
YOU ARE READING
Destiny Tied❤️(Boboiboy Fanfic)
FanfictionBila kau terpaksa hidup satu bumbung, satu rumah, satu ruang tamu, satu dapur dan satu- aip, lain-lain bilik bersama keluarga sepupu kau. Semua kerana rancangan si datuk yang mahu ahli keluarga kau berkumpul dan meluangkan masa bersama-sama. "Mic...