Haera POV.
Sejak dari jimin bagi aku kad nombor dia hari tu, kami sekarang ni dah rapat. And aku dah terbiasa panggil dia aku-kau, itu pun dia yg paksa. Dia kata cliche lah, tak selesa lah,lain macam lah. Hah yelah banyak lah alasan kau jimin. Tapi ingat , perasaan aku dekat dia tak hilang lagi, tak semudah tu tau. Time rapat ngan dia pon jantung dah degup kencang apa lagi bercakap. Cuma di cover je semua tu supaya tak ketahuan.
Oh ye, kitorang dah habis universiti. And sekarang aku bekerja di seven eleven sebagai casher dengan lina , bestfriend sehati sejiwa katakan, jimin pula amik alih pekerjaan appa dia sebagai CEO dekat syarikat appa dia. Maklum lah anak orang kaya senang lah dapat kerja. Aku ni nak cari kerja pun direct sana sini. Last last dapat pula casher. Takpelah asal rezeki aku halal.
🎶eh eoh gajyowa bring the pa-🎶
Haera : yeobosaeyo jimin.
Jimin : ha , angkat pon. Tadi kenapa tak angkat aku call?
Haera : sory lah tdi aku sibuk layan customer(?)
Jimin : oh yelah. Aku faham. Kau buat apa ni?
Haera : tengah jual carpet tengah jalan ni hah... aku tengah rehat lah ni, kau ni pon tgk lah jam , kan dah tau aku selalu nya rest jam berapa.
Jimin : hahahaha, ko melawak apa siak , yelah yelah lain kali aku tengok jam. Aku malas tengok jam bagus aku tanya dekat tuan dia je.
Haera : yelah jimin... oh okeylah, bye, aku nak sambung kerja. Dah lama agaknya aku rest ni.
Jimin : eh jap, petang nanti jam 5 kita jalan nak? Aku jemput ko kat rumah. Siap siap tau.
Haera : hah yelah, ok ok.. byee..
Jimin : bye..-call end-
-------
5:00 p.m
Ni aku tengah siap siap ni nak tunggu si jimin pemilik hati aku ni ehek lebih benoq. Tak lama tu jimin dah sampai. Tepati masa betul eh. Bagus gak jadi laki ni. Eh belum apa apa dah macam macam ko haera.
"Dah siap?" Soal jimin, tak nampak ke aku dah siap ni? Aiyo.
"Belum, ish dah siap lah ni.. lama tau tak aku tunggu kau" bohong ku padahal baru je aku siap sebelum dia sampai ni.
"Hah yelah sorry princess.." kata nya dengan tenang. Holamakkk dia baru panggil aku apa tadii?? Princess? Yahh hati aku dipenuhi taman dan bunga bunga yangg indah. Ahh maigodd, first time dia panggil aku princess.
"Oii!" Jimin menolak kepala akibat aku berangan sambil tengok muka dia, siap senyum senyum lagi aku ni. Mak aii maluu akuu.
"Ko pehal, baru cakap princess sikit dah macam orang kena lamar cinta, tu pipi tu asal merah? Hahaha suka eh aku panggil cam tu? Okey lepas ni aku panggil ko princess setiap kali kita jumpa key?" Aku terus menggeleng.
"Eh tak payah tak payah. Aku bukan suka lah, pipi aku merah tadi just nak tahan gelak sebab kau panggil aku princess, ape nya princess, hubungan pon takde apa apa" kata ku. Sambil gelak fake. Supaya dapat juga lah back up malu aku tu.
"Yelah yelah, sukati kau lah nak gelak ke nak malu ke bukan urusan aku. Dah jom masuk kereta" dia berlalu pergi ke kereta nya tapi aku sempat bebel pasal dia sebelum dia masuk kereta.
"Eleh urusan kau gak ni, kau yang buat aku cair. Sape suruh panggil princess, ingat aku punya perasaan dekat kau dah hilang ke??" Bebel ku perlahan lahan.
"Ape kau kata tdi?" Soal jimin smbil memandang ku. Aku terus menggeleng dengan senyuman.
"Takde" aku pun masuk ke dalam kereta sebaik sahaja jimin dah masuk kereta.
------
"Jiminnnnnnnnnnn !" Tengok tak pasal pasal aku jerit panggil dia, boleh pula dia lari lepas letak aiskrim tu dekat muka aku. Tengok hodoh dah muka aku ish.
"Jimin jangan lari, kang kalau aku dapat kau sumpah aku penyek penyek kan kau macam aku buat roti canai yang nak di penyek penyek tuuu, argh !" Jerit ku tapi sayang nya jimin mungkin tak dengar sebab jimin takde kat situ. Hmm mana dia pergi.
"Aduh, hilang pula dah dia. Aku nak balik macam mana ni. Dah lah sorang sorang. Harap takde yang nak colek aku lah nanti bila aku nak naik teksi." Then lagi sekali aku bebel sorang sorang sambil mulakan langkah ke depan. Eh tibe tibe pula ada bunyi tapak kaki kat belkang aku ni. Bila aku pandang belakang takde pulak orang nya, maigod jangan lah colek aku, umur aku masih muda ni. Khawin pon belum.
"Argh jimin, kau tinggalkan aku kenapa. Tak kesian ke dekat aku ni. Aduh. Jangan lah colekk akuuu" kata ku sambil berjalan ke hadapan dengan laju. Tapak kaki tu pun makin laju dan laju dan laju. And sampai lah mulut aku kena tutup dengan kain, tapi kain tu takde ubat apa apa pon buat aku terpengsan. And ye aku tak pengsan.
Orang tu tutup mulut aku , mata aku dan tangan aku di ikat. Dia bawa aku masuk dlm sebuah kereta , ye aku tau kereta sebab aku dapat rasa tempat aku duduk tu. Asal lah aku juga yang kau nak amik. Amik lah orang lain. Aku nak juga hidup.
Beberapa minit kemudian, penutup mulut ,mata dan ikatan dekat tangan kena buka. Aku tengok orang yang buka tu, maigod jimin rupanya. Dia ke yang colek aku?? And kereta ni,... kereta dia. Ape yang jadi sebenarnya??
"Jimin ! Kau ke yang colek aku?" Tanya ku dengan tegas. Aku tadi mati mati ketakutan sebab takde jalan hidup dah lepas ni, rupa rupanya kerja si jimin ni. Ish
"Ha'ahh haha best gak kena kan kau, double kill" ish jimin ni. Aku jeling dia. Punya lah suka usik aku. Makin aku rapat ngan dia ni makin menjadi jadi perangai dia.
"Yang kau nak colek aku buat apa?? Aku tau lah aku penakut, takpayah lah nak buat plan colek aku bagai. Nak menangis aku tadi dibuatnya" kata ku dengan nada yang sedikit marah+merajuk.
"Eleh tadi sempat pula kau cakap cakap pasal aku kan, cakap aku tinggalkan kau lah, tak kesiannkan kau lah. Hah ni aku tunjukkan ni yang aku takkan tinggal kan kau dan akan kesiankan kau, lagi pun aku tak suka ada orang amik kawan aku" katanya, wow so sweeett. Ni lah perangai jimin bila dekat dengan aku , baru baru ni. Sweet semacam.
"Yelahk thanks, aku jngat ko dah lupakan aku" dia menggeleng. Hehe happynya aku kalau kitorang ni dah satu hati antara satu sama lain. Tapi dia maybe just anggap aku sebagai kawan baik dia, but bagi aku tak. Aku dah buka hati untuk dia. Tinggal tunggu dia masuk je, hurmm. Bila lah dia nak tau eh?
---------
TBC
---------_______________________________________
THANKS READERS II SEKALIAN SEBAB SUDI BACA. SUPPORT AUTHOR TAU UNTUK PUBLISH PART SETERUSNYA. THANKYOU TAU. VOMMENT TAU. GOMAWOO. BYE JALJJAYO ! ;)
YOU ARE READING
[C] Mr.Crush Annoying || PJM
FanfictionThanks sbb sudi baca fanfic ni ;) jangan lupa vomment ye readers thankss back <3