"Baiklah kelas. Ini sahaja tugasan untuk hari ini. Jangan lupa buat," pesan Cikgu Lee kepada anak-anak muridnya kelas 5-1. Dia bingkas mengemas barangnya untuk keluar dari kelas kerana sekarang adalah waktu untuk pulang ke rumah.
"Nae! Kasahamnida!"
Ucap semua pelajar kelas 5-1. Mereka segera mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah.
Selesai sahaja mengemas barang, Seonghwa mula mengambil beg sekolah dan membetulkan semula kedudukan kerusi untuk bergerak pulang ke rumah. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari kelas, kawan baiknya, Hongjoong memanggilnya.
"Yah! Park Seonghwa! Hari ni kau bertugas," kata Hongjoong membuatkan Seonghwa terkejut sedikit.
"Aduh! Aku terlupa pulak. Thanks reminded."
Ujar Seonghwa lalu kembali masuk ke kelasnya semula untuk mengemas kelas. Hongjoong masih lagi berada di kelas untuk menemani Seonghwa supaya dia tidak berasa sunyi nanti.
"Uii, tolonglah aku. Tak laratlah aku nak kemas kelas ni seorang," ajak Seonghwa. Tangannya mencapai batang penyapu yang terletak di belakang pintu kelas.
"Nae."
Hongjoong hanya akur. Dia mengambil kain untuk mengelap tingkap dan lap meja. Sedang mereka berdua sibuk mengemas, Yunho dan Yeosang menegur mereka dari luar kelas.
"Eh? Aku ingat Hongjoong hyung dan Seonghwa hyung dah balik," tegur Yunho. Yeosang yang berada di sebelahnya angguk kepala.
Hongjoong dan Seonghwa tersentak sedikit selepas Yunho tegur mereka secara tiba-tiba tadi.
"Belum lagi. Korang pula buat apa kat sini?" soal Hongjoong.
"Kitorang baru habis kelas. Kelas San, Mingi, Wooyoung dan Jongho dah lama habis. Sekarang ni diorang semua kat kantin tengah tunggu kita," terang Yeosang.
Seonghwa dan Hongjoong mengangguk tanda faham. Lalu mereka menyambung semula kerja mereka untuk mengemas kelas. Sementara Yunho dan Yeosang pula menunggu kedua-dua abang mereka di luar kelas sambil bermain phone.
Sedang Yunho bermain Instagram, satu mesej daripada San masuk dalam notifikasi. Yunho terus buka mesej itu lalu baca apa yang dihantar oleh San. Tetapi dia mula berasa hairan dengan mesej tersebut.
"Yah, Yeosang. Cuba kau baca mesej San ni."
Yunho memberikan phone nya kepada Yeosang. Tanpa membuang masa, Yeosang terus baca. Selepas sahaja baca mesej itu, Yeosang berkerut dahi.
"Dia ada something nak share ngan kita?" soal Yeosang hairan. Yunho angkat bahu tanda tidak tahu.
"Baik kita suruh Hongjoong hyung dan Seonghwa hyung cepat sikit." Cadang Yeosang. Yunho setuju lalu memanggil Hongjoong dan Seonghwa.
"Hongjoong hyung! Seonghwa hyung! Dah nak habis kemas ke?" soal Yunho.
"Haah. Kenapa?" soal Seonghwa.
"Tak ada lah. Cuma kalau boleh cepat sikit sebab San dengan yang lain nak bincang something kat kita," kata Yunho membuatkan mereka berdua hairan.
"Pasal apa pula ni?" tanya Hongjoong pula.
"Entahlah. Kitorang pun tak tahu. San send mesej kat Yunho," jawab Yeosang.
Hongjoong dan Seonghwa saling berpandangan sebelum mereka angkat bahu tanda tidak tahu. Mereka pun mencepatkan kerja mereka untuk mengemas kelas sebelum keluar bersama Yunho dan Yeosang.
"Okey dah settel."
"Jom hyung!"
Hongjoong, Seonghwa, Yunho dan Yeosang pun berjalan menuju ke kantin untuk berjumpa dengan kawan mereka yang lain.
•••••
Di kawasan kantin sekolah, kelihatan San, Mingi, Wooyoung dan Jongho berada di situ. Mereka sedang menunggu ketibaan kawan mereka yang lain.
Sepatutnya mereka sudah pulang waktu begini namun San beritahu bahawa dia ada sesuatu yang ingin membincangkan bersama. Jadi yang lain pun akur. Tak lama kemudian, hyung line pun tiba di kantin.
"Sampai pun korang," ujar Wooyoung. Hongjoong, Seonghwa, Yunho dan Yeosang tersenyum nipis sebelum duduk bersama.
"Ada apa suruh kitorang berkumpul kat sini?" soal Seonghwa ingin tahu.
San yang mendengar itu tersenyum. Dia sudah agak pasti Seonghwa akan bertanya soalan itu kepadanya.
"Haa... sini-sini. Aku nak cerita something ni."
Ajak San. Semua pun merapatkan diri mereka untuk mendengar cerita yang ingin disampaikan oleh San. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan ceritanya.
"Aku nak tanya korang semua ni berani atau penakut?" soal San membuatkan ATEEZ yang lain hairan.
"Nak kata aku ni berani tak jugak. Kenapa?" soal Hongjoong.
"Hmm... sikitlah," ujar Seonghwa.
"Setakat ni aku belum pernah takut dengan apa-apa lagi," jawab Yunho.
"Aku sama dengan Hongjoong hyung," kata Yeosang.
"Semestinya aku adalah penakut," jawab Mingi.
"Tak sangat," ujar Wooyoung.
"Rasanya aku yang paling berani kat sini," kata Jongho.
San yang mendengar jawapan semua kawannya itu tersenyum lagi. Berasa puas dengan jawapan mereka tadi.
ATEEZ yang lain mula berasa pelik dengan San yang dari tadi tersenyum. Apa benda yang ingin disampaikan oleh San ni sebenarnya?
"Tahu tak rumah hantu kat simpang sekolah kita tu?" soal San lagi. Mereka semua angguk tanda tahu.
"Aku dengar cerita yang ada orang pernah masuk dalam rumah tu. Ada banyak pintu dalam rumah tu. Dan setiap pintu ada permainan sendiri."
"Anehnya bila dia masuk jer dalam rumah tu, dia tak jumpa pintu keluar. Dia mesti habiskan permainan dalam rumah tu. Kalau tak..." San terdiam seketika membuatkan yang lain berasa gugup sedikit.
"Kalau tak apa?" soal Mingi.
"Kalau tak, dia akan mati dalam rumah. Atau kalau dia kalah dalam permainan tu, dia akan terperangkap dalam rumah itu buat selama-selamanya." sambung San lagi.
Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, Mingi, Wooyoung dan Jongho berasa seram sejuk selepas mendengar cerita San tadi.
"Dah kenapa kau cerita fasal rumah hantu ni kat kitorang?" tanya Yeosang.
"Sebabnya aku nak uji keberanian korang kat sana."
"Mwoya?!"
YOU ARE READING
[C] Behind the Door ☾박성화☽
Horror❝ Choose you want to play or not? ❞ ✧*:.。.✎ ateez seonghwa's horror fanfiction Start : 1 April 2020 End : 1 April 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover