Hongjoong dan Jongho berjalan bersama-sama di tingkat atas untuk mencari bilik manakah harus mereka masuk untuk permainan kedua ini.
Sedang mereka berjalan, mereka tiba-tiba terdengar bunyi jeritan yang berada di bawah mereka. .
"Aarghh!! Kau lagi ke?!!"
"AAARRGGHHHH!!!"
Mereka terhenti seketika. Sungguh mereka sangat mengenali bunyi jeritan itu tadi. Hongjoong mengeluh. Begitu juga dengan Jongho.
"Tu suara diorang dua." ucap Hongjoong perlahan.
"Jeritan Yeosang hyung tadi serius kuat. Mesti dia terkejut sangat kat bawah tu." sampuk Jongho pula. Hongjoong mengangguk kecil.
Mereka meneruskan perjalan mereka yang terhenti tadi. Sesekali mereka berbual untuk menghilangkan rasa sunyi melanda.
"Agaknya apa permainan kita yang seterusnya seterusnya?" tanya Hongjoong.
"Entahlah. Oh ya, macam mana hyung jawab soalan Mingi hyung tu?"
Hongjoong terkaku sebaik sahaja Jongho menyoal dia tadi. Lalu dia mula teringat bagaimana dia menjawab soalan dalam permainan pertama tadi.
•••••
"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Kim Hongjoong!!"
Hongjoong terkejut. Mingi yang berada di hadapannya kini tersenyum sinis. Tali yang tadi mengikat lehernya di buka meninggalkan kesan ikatan itu.
Mata Hongjoong dari tadi terkebil-kebil. Mingi mula datang menghampirinya.
"Ka-kau..."
Kata-kata Hongjoong terus dipotong oleh Mingi.
"Jangan risau. Aku ni bukan kawan kau. Aku cuma menyerupai Mingi jer." jawabnya selamba.
"Eh??"
"Biar aku terangkan kat kau. Kawan baik kau, Song Mingi tu sekarang dalam bilik lain. Kau akan jumpa dengannya dalam permainan terakhir nanti."
"Apa maksud kau permainan terakhir?"
"Disini, kau akan main sebanyak 3 permainan. 2 permainan biasa dan 1 permainan kejujuran. Biasanya yang itu last sekali."
"Kalau kau silap jawab atau kalah dalam salah satu permainan ni, nyawa kau akan dibunuh oleh kawan kau."
Hongjoong terkejut selepas sahaja roh itu menerangkan tentang permainan ini. Roh yang menyerupai Mingi itu tersenyum. Suka dia melihat reaksi Hongjoong begitu.
Hongjoong menelan air liur. Perasaan takut itu mula menguasai badannya kini. Mahu tak mahu, dia terpaksa bermain demi menyelamatkan kawannya yang sudah terperangkap itu.
"Baik. Mulakan permainan pertama!" kata Hongjoong dengan nada yang serius.
"Baik, mengapakah Song Mingi mahu mengikut kawannya ke sini sedangkan korang semua tahu bahawa Song Mingi itu penakut orangnya?"
Terkaku Hongjoong dibuatnya selepas sahaja ia menyoal. Bagaimana hantu itu tahu bahawa Mingi penakut orangnya?
Dan bagaimana ia tahu nama Mingi? Adakah hantu ini jenis stalker orang?
"Kejap! Macam mana kau tau nama aku dan nama kawan aku?"
"Kau tak perlu tau. Jawablah soalan aku atau kau akan mati disini."
Roh itu mula mengugut Hongjoong untuk jawab soalannya. Tanpa membuang masa, Hongjoong pun menjawab.
"Walaupun dia takut, dia tetap mahu pergi ke sini kerana dia dapat rasakan bahawa apabila dia bersama dengan Yunho, dia berasa selamat sedikit." jawabnya lebar.
"Ada apa lagi yang kau tak puas dengan jawapan aku ni?"
Soal Hongjoong kepada roh tersebut. Ia terdiam. Dia membuat keputusan dengan jawapan yang telah diberikan oleh Hongjoong tadi. Kemudian, dia tersenyum nipis kearah Hongjoong.
"Baik. Kau boleh keluar dan pergi ke soalan seterusnya."
Mulut Hongjoong ternganga setelah hantu itu memberikan dia keluar dari bilik ini. Jujur dia berasa pelik dan pada masa yang sama lega sebab dia dapat keluar dari bilik ngeri ini.
Hongjoong terus melangkah keluar dari bilik tersebut. Lalu dia pergi mendekati Jongho yang baru sahaja keluar dari bilik itu.
•••••
"Laa macam tu ke?" tanya Jongho setelah dia mendengar semua cerita daripada Hongjoong.
Kalau nak dibandingkan dengan dia masa jawab soalan tadi lebih kurang sama sahaja. Lepas sahaja jawab terus dapat green light. Namun, kata-kata hantu yang menyerupai Yunho itu tadi mula terniang-niang di telinganya.
"Pastinya kalau korang tak bergaduh, korang akan bahagia kan..."
Ia membuatkan Jongho tertanya. Kenapa hantu itu tadi berkata begitu padanya? Dan, ia seperti tahu bahawa dia ada masalah sedikit dengan Yunho.
Lamunan Jongho serta-merta mati setelah Hongjoong mencuitnya dari kiri.
"Kau termenung apa lagi tu? Jomlah kita mulakan permainan seterusnya. Ikut aku."
Jongho hanya akur. Dia pun hanya mengikut langkah Hongjoong untuk mulakan permainan keduanya sebentar lagi.
Mereka berjalan sehinggalah mereka tiba di satu bilik ini. Pintu itu mula terbuka sendiri perlahan-lahan. Hongjoong terus masuk. Diikuti oleh Jongho dari belakang.
Anehnya mengapa dia perlu mengikut Hongjoong masuk ke dalam bilik ini? Bukankah sepatutnya mereka perlu berpecah dan bukannya bersama?
Jongho segera menghampiri pintu bilik untuk keluar. Namun, pintu itu sudah pun terkunci rapat. Jongho cuba buka tetapi tidak dapat. Dia mula berasa takut.
Hongjoong yang berada di belakangnya tersenyum sinis. Jongho mula mengalihkan pandangannya ke arahnya. Dia terkejut melihat hadapannya sekarang bukanlah Hongjoong namun roh yang dia jumpa dalam permainan pertama tadi.
"Kau lagi?!" soal Jongho terkejut.
"Selamat datang untuk permainan kedua kau, Choi Jongho!"
•••••
Hongjoong dari tadi berjalan. Dia asalnya mahu berjalan bersama dengan Jongho namun Jongho terlebih dahulu menghilangkan dirinya. Dia pula tidak tahu mahu kemana sekarang ini.
"Mana aku patut pergi?" soal Hongjoong dalam hati.
Tiba-tiba kakinya ditangkap oleh seseorang. Hongjoong terkejut. Dia diheret dengan kasar lalu masuk ke dalam satu bilik. Pintu itu terus ditutup dengan rapat.
"Yaahhh!!! Apa ni?!"
Hongjoong berasa sangat takut. Dia dimana sekarang ini? Siapakah yang mengheretnya kesini? Sudahlah dalam bilik ini gelap. Sejuk lagi.
Orang yang mengheret Hongjoong tadi hanya memandang Hongjoong dangan pandangan tajam. Hongjoong mula berasa seram sejuk melihat orang itu.
"Kau yang tarik aku kesini dah pahal?!" soal Hongjoong geram.
"Rilekslah. Selamat datang untuk permainan kedua kau, Kim Hongjoong."
YOU ARE READING
[C] Behind the Door ☾박성화☽
Korku❝ Choose you want to play or not? ❞ ✧*:.。.✎ ateez seonghwa's horror fanfiction Start : 1 April 2020 End : 1 April 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover