Seonghwa, Hongjoong, Yeosang dan Jongho mengunjungi restoran yang terletak berhampiran dengan dorm mereka untuk makan malam bersama. Hongjoong sudah memaklumkan kepada manager mereka bahawa mereka mahu makan di luar hari ini.
Memandangkan Seonghwa mahu belanja mereka hari ini, mereka bercadang mahu makan makanan yang sedap-sedap. Biar duit Seonghwa habis. Hahaha!
"Thanks hyung belanja kitorang makan hari ni," ucap Yeosang dengan mulut yang penuh. Seonghwa tersenyum suka.
Suasana di antara mereka senyap kerana menikmati makanan yang telah di sediakan dalam restoran itu. Selesai sahaja habis makan, mereka berbual kosong terlebih dahulu sebelum bergerak pulang ke dorm.
Hongjoong yang mula teringat sesuatu itu terus beritahu kepada Seonghwa, Yeosang dan Jongho.
"Yah, aku nak tanya ni. Apa sebab korang tak join yang lain pergi rumah hantu tu?" soal Hongjoong kepada mereka bertiga.
"Itu sebab aku tak suka sangat pergi rumah hantu ni." jawab Seonghwa tenang.
"Aku walaupun aku tak takut hantu, tapi aku rasa macam ada yang pelik jer kat diorang tadi." jawab Jongho pula.
Hongjooong terus bertanya kepada Yeosang yang belum lagi jawab soalannya itu.
"Yeosang pula?"
"Jujur aku cakap yang aku ni penakut sebenarnya. Ingat tak yang aku pergi rumah hantu dengan Yunho dan Mingi sebab aku kalah dalam game hari tu?" ujar Yeosang.
"Ingat! Kasihan kau demam seminggu masa tu."
Sambung Seonghwa membuatkan yang lain tertawa. Yeosang pula hanya menahan malu. Rasa kelakar pula bila dia teringat semula dia pergi ke rumah hantu dulu. Haih...sungguh memalukan masa itu.
"Tapi kan bukan ke kau kata yang jeritan Mingi lebih menakutkan daripada hantu?" tanya Hongjoong lagi.
"Yup. Dan itu boleh jadi salah satu sebab yang aku tak nak ikut."
Tertawa Hongjoong, Seonghwa dan Jongho setelah Yeosang berkata begitu. Yeosang juga turut tertawa sedikit.
"Oh ya, apa maksud Jongho yang kau rasa pelik dengan diorang tu?" soal Seonghwa membuatkan mereka semua terdiam serta merta.
"Entahlah hyung. Aku tengok San hyung tiba-tiba cerita pasal rumah hantu tadi dan yang ikut semua tu penakut. Lepas tu rupa San hyung macam teruja semacam pulak." terang Jongho.
"Haah. Lagipun kalau bab rumah hantu ni San lah yang paling takut. Aku tak tau apa anak tu makan waktu rehat tadi sampai dia boleh-boleh kata nak uji keberanian kita."
Balas Yeosang. Dia juga sependapat dengan Jongho. Seonghwa dan Hongjoong yang mendengar itu terdiam seketika.
Ada betulnya juga kata Jongho dan Yeosang tadi. Lagipun dia juga sudah lama mengenali San. Dan hatinya masih lagi tidak tenang. Adakah semua di sana okey? Betulkah mereka mahu masuk kedalam rumah hantu untuk cuba benda baru?
Hongjoong yang ternampak reaksi Seonghwa sudah berubah itu segera menegurnya.
"Kau tak perlu risau sangat. Percayalah kata aku ni. Diorang mesti akan balik malam ni." kata Hongjoong dengan tenang.
Niatnya mahu untuk menenangkan Seonghwa sahaja namun ia membuatkan Seonghwa tertanya lagi. Dan dia pun keliru sama ada mahu percayakan Hongjoong ataupun tidak.
"Boleh percaya ke budak ni?"
•••••
Sekarang sudah pukul 11:30 malam. Namun San, Yunho, Mingi dan Wooyoung belum pulang lagi. Seonghwa berasa sangat risau. Kalau boleh dia mahu keluar untuk cari mereka namun manager tidak benarkan dia keluar malam ini.
Seonghwa mengeluh. Kemanalah mereka berempat tu pergi? Adakah mereka sudah masuk ke dalam rumah hantu atau terperangkap di sana seperti yang telah dicerita oleh San petang tadi?
Yeosang yang baru sahaja mahu pergi ke dapur untuk membasahkan tekaknya itu terlihat Seonghwa berada di luar jendela sambil termenung. Dengan perasaan yang ingin tahu, Yeosang berjalan menghampiri Seonghwa.
"Termenung jauh nampak." tegur Yeosang membuatkan Seonghwa tersentak sedikit.
"Kau buat aku terkejutlah, Sang." marah Seonghwa sedikit. Yeosang tersengih.
Seonghwa menghela nafasnya yang berat. Yeosang yang melihat itu hairan.
"Kenapa hyung?"
"Takderlah. Cuma kenapa diorang belum balik lagi? Hyung risau." jawab Seonghwa mendatar. Yeosang yang mendengar itu sekadar angguk.
"Mungkin diorang akan balik lepas ni. Hyung sabar jelah." pujuk Yeosang. Seonghwa mengeluh.
Yeosang berjalan menuju ke dapur untuk minum air kerana tekaknya dari tadi berasa dahaga. Selesai sahaja cuci cawan, dia kembali menuju ke luar jendela.
"Kau tak nak tidur lagi ke?" soal Seonghwa.
"Aku belum rasa mengantuk lagi. Jongho dah tidur. Hongjoong hyung pula?" jawab Yeosang dan pada masa yang sama menyoal Seonghwa.
"Dia ada kerja dalam bilik." jawab Seonghwa ringkas.
Seonghwa kembali termenung melihat pemandangan langit di malam hari. Bintang menghiasi langit yang gelap. Sungguh indah dan cantik pada malam ini.
"Hyung... memang rapat dengan kitorang semua kan?" soalan Yeosang membuatkan dia tersentak sedikit.
"Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu pula? Mestilah hyung rapat dengan korang semua." ujar Seonghwa hairan. Yeosang menghela nafas.
"Aku sebenarnya cemburu kat Yunho dan Mingi." kata Yeosang lagi.
"Kenapa?"
Seonghwa yang berasa ingin tahu lagi terus bertanya kepada Yeosang. Dia lihat riak wajah Yeosang menunjukkan sedikit sedih. Dia ada masalah dengan sesiapa ke?
"Yunho dan Mingi tu kawan sejak kecil. Diorang dari dulu sampailah sekarang masih akrab. Aku pula Wooyoung tu kawan lama aku. Memanglah dulu kitorang rapat tapi entahlah sekarang ni dia makin rapat dengan San pula."
"Aku bukan nak kata yang aku tak suka tengok dia rapat dengan San. Aku okey jer cuma dia dah tak macam dulu. Kalau nak buat kerja atau menari ke dia mesti nak bersama dengan San. Bila dengan aku dia macam nak tak nak jer."
"Kalau dulu dialah tempat untuk aku luahkan perasaan, sekarang ni Jongho dan hyung lah tempatnya. Aku takut kalau dia dah berubah. Aku cuma nak rapat dengan Wooyoung macam dulu."
Luah Yeosang lebar membuatkan Seonghwa terdiam seribu bahasa. Rupanya Yeosang cemburu sebab Wooyoung lebih rapat dengan San berbanding dia. Dia terasa kasihan terhadap Yeosang pula.
"Gwenchana. Cuba kau tegur Wooyoung. Bincang dengan dia atau apa. Mana tau yang mungkin Wooyoung akan faham perasaan kau tu." nasihat Seonghwa. Yeosang yang mendengar itu hanya akur.
"Mungkin aku patut. Thanks hyung sebab dengar luahan mengarut aku ni. Aku nak tidur. Hyung janganlah risau sangat pasal diorang tu okey? Jaljayo."
Yeosang melangkah masuk ke dalam dorm semula untuk menuju ke biliknya.
Seonghwa hanya tersenyum tawar. Namun, hatinya masih lagi risau dengan keadaan San,Wooyoung, Yunho dan Mingi.
"Agaknya manalah korang semua pergi ni?"
YOU ARE READING
[C] Behind the Door ☾박성화☽
Horror❝ Choose you want to play or not? ❞ ✧*:.。.✎ ateez seonghwa's horror fanfiction Start : 1 April 2020 End : 1 April 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover