BTD 4

608 120 69
                                    

Sejak semalam sehinggalah hari esoknya San, Wooyoung, Yunho dan Mingi tidak pulang ke dorm. Seonghwa sudah tidak dapat tahan lagi. Dia perlu cari kawannya yang lain itu.

Seonghwa meminta Hongjoong, Yeosang dan Jongho berkumpul di biliknya untuk membincangkan tentang kawan mereka yang masih lagi belum pulang sejak semalam.

"Aku rasa kita patut cari diorang. Dari semalam diorang tak balik-balik. Ni yang buat aku makin risau tahu!" kata Seonghwa seumpama rap.

"Aku setuju dengan Seonghwa hyung. Takkanlah diorang tidur kat luar semalam? Tak patut." balas Jongho.

"Mungkin diorang semua dah terperangkap dalam rumah hantu tu?" teka Hongjoong membuatkan semua orang terdiam.

Seonghwa mengeluh. Perasaan takut dan risau itu mula menguasai mindanya kini. Yeosang tidak berkata apa-apa kerana dia dapat rasakan ada sesuatu yang telah berlaku terhadap San, Wooyoung, Yunho dan Mingi.

"Aku rasa kita patut masuk dalam rumah hantu tu." mereka bertiga terkejut dengan cadangan Seonghwa itu.

"Hyung! Janganlah jadi gila!" bidas Yeosang.

"Hyung akan jadi gila sekiranya kita tak jumpa yang lain!" Yeosang terdiam dengan kata-kata Seonghwa tadi.

Jongho dan Hongjoong tidak berkata apa-apa kerana mereka juga tidak tahu mahu buat apa sekarang. Adakah mereka semua perlu masuk ke rumah hantu itu semata-mata untuk selamatkan San dan yang lain?

"Kalau korang semua tak nak ikut biar aku sorang jer yang pergi!"

Seonghwa sudah buat keputusan. Dan ia adalah muktamad. Dia bingkas bangun lalu menghampiri pintu biliknya. Baru sahaja mahu memulas tombol pintu, Hongjoong terus menghalang.

"Yah! Aku ikut kau!"

"Aku juga hyung!!"

"Haih dah semua ikut ni aku pun terpaksa jugalah kan?"

Seonghwa tersenyum nipis melihat kawan-kawannya setuju mahu ikut bersamanya. Bukan kerana mahu bermain di rumah hantu namun mereka mahu menyelamatkan kawan-kawan mereka yang sudah terperangkap di rumah hantu itu.

"Nae, kajja!"

•••••

Tak lama kemudian, Seonghwa, Hongjoong, Yeosang dan Jongho tiba di hadapan kawasan rumah hantu tersebut. Hongjoong ternampak ada kesan tapak kasut di atas tanah tersebut.

"Sah. Diorang semua terperangkap kat sini." ujar Hongjoong perlahan.

Seonghwa menelan air liur. Kakinya mula melangkah masuk ke dalam kawasan rumah hantu tersebut. Hongjoong, Yeosang dan Jongho hanya mengikut Seonghwa dari belakang.

Jongho segera buka pintu rumah hantu untuk masuk ke dalam. Baru sahaja mereka masuk ke dalam, pintu itu mula tertutup dan terkunci sendiri. Mereka terkejut sedikit namun dikawal agar kekal tenang.

"Betul ke yang diorang semua ada kat sini?" soal Yeosang dengan sedikit berasa takut. Tangannya digengam oleh Jongho.

"Hyung~ Hyung ada dalam ni tak?"

Jerit Jongho cuba memanggil yang lain. Namun keadan di dalam kawasan rumah ini sangat sepi. Suara Jongho tadi bergema di kawasan rumah hantu ini.

Seonghwa menyalakan lampu di phonenya. Dia terkejut di dalam rumah ini terdapat banyak pintu. Di tingkat atas juga turut banyak pintu yang masih lagi tertutup rapat.

"Banyaknya pintu..." gumam Seonghwa dalam hati.

Mereka berasa takut sedikit kerana terdapat banyak kesan darah yang terdapat di dinding, lantai dan sekitar kawasan di sini.

"Macam mana kita nak cari diorang?" soal Hongjoong. Seonghwa mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Tiba-tiba mereka terdengar satu suara perempuan yang nyaring berdekatan dengan mereka.

"Selamat datang ke House of Hell. Adakah korang semua sudah bersedia untuk mulakan permainan ini?"

"Hehehehehh."

Seonghwa, Hongjoong, Yeosang dan Jongho tersentak sedikit. Dari mana datangnya suara itu? Seonghwa terus melawan.

"Kitorang tak nak main game yang bodoh ni! Kitorang nak cari kawan kitorang yang terperangkap kat sini!"

Entah mengapa Seonghwa begitu berani berkata begitu. Yang lain masih lagi mendiamkan diri mereka. Seonghwa menunjukkan riak wajah yang serius. Dia tidak main-main.

"Baiklah. Kalau kamu semua mahu cari kawan kamu yang masih terperangkap di sini. Kamu perlu main juga."

"Kalau tidak, nyawa kawan kamu dan kamu akan jadi taruhan kami."

Hongjoong, Seonghwa, Yeosang dan Jongho mengangguk kecil tanda setuju. Lampu yang dari tadi tertutup itu kini dibuka secara tiba-tiba. Mereka terkejut. Begitu banyak pintu yang masih lagi tertutup rapat.

"Berpecah. Carilah kawan kamu yang lain dan selamatkanlah mereka."

Mereka berempat berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Seonghwa dan Yeosang berada di bawah dan manakala Hongjoong dan Jongho berada di atas. Mereka mula berpecah untuk mencari kawan-kawan mereka yang lain.

•••••

Di situasi Seonghwa, Dia berjalan menuju ke arah pintu pertama. Dia lihat pintu itu sudah terbuka sedikit. Dia menolak dengan perlahan-lahan untuk melihat apa atau siapakah yang berada dalam bilik itu.

Dia ternampak ada seorang lelaki berada di penghujung bilik sambil memeluk tubuh. Seonghwa seperti mengenali lelaki tersebut. Lantas dia berjalan mendekati lelaki itu.

"Yah! San ah! Gwenchana?" soal Seonghwa risau. Lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang respond. Seonghwa bertanya lagi.

"Choi San?"

Lelaki itu mula mengangkat kepalanya lalu menunjukkan riak wajahnya yang sebenar. Seonghwa yang melihat terkejut.

"Yah!! Choi San? Kenapa muka kau penuh dengan luka ni?"

"Bersedia untuk mati hyung! Hehehehehe!"

Seonghwa bingkas bangun lalu berlari menyelamatkan dirinya. San pula mengejarnya dari belakang. Tangannya kananya memengang pisau untuk dia menikam Seonghwa nanti.

Seonghwa dengan sedaya upaya cuba memecutkan lariannya agar dia dapat menyembunyikan dirinya daripada di jumpai oleh San. Tiba-tiba dia terdengar satu suara di kirinya.

"Hyung! Itu bukan aku! Selamatkan aku hyung!"

Seonghwa terkedu. Suara yang dia dengar tadi ialah suara San! Jadi yang kini mengejarnya sekarang adalah hantu yang menyerupai San.

Seonghwa berlari menuju ke bilik kedua lalu terus masuk. Pintunya dikunci rapat supaya hantu itu tidak dapat mengejarnya.

Namun, dia tersilap. Hantu yang menyerupai San kini berada di belakangnya. Dengan senyuman yang sinis serta tanganya masih lagi memengang pisau itu membuatkan Seonghwa terkejut.

"Aaaaahhhh!"

"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Park Seonghwa."

[C] Behind the Door  ☾박성화☽Where stories live. Discover now