BTD 7

585 123 96
                                    

Seonghwa berjalan-jalan melimpasi pintu yang berada di sebelahnya. Sebenarnya dia tidak tahu mahu ke mana. Sudah banyak bilik dia melihat namun satu pun tiada apa dalam bilik itu. Semuanya kosong. Sudah satu pusingan dia mengelilingi kawasan di tingkat bawah ini namun tiada apa-apa pun disini.

Asalnya dia mahu pergi bersama dengan Yeosang namun Yeosang terlebih dahulu menghilangkan dirinya. Mahu pergi bersama Hongjoong dan Jongho tidak dapat juga kerana talian rangkaian disini agak teruk.

Dia mengeluh. Di mana lagi harus dia pergi selepas ini untuk mulakan permainan kedua dia?

"Agaknya kat mana lagi aku patut pergi? Kalau tadi aku dikejar pastu tiba-tiba masuk dalam bilik then jawab. Sekarang ni apa pula ya?"

Seonghwa detik dalam hati. Tiba-tiba dia ternampak pintu di hadapannya terbuka sendiri. Dengan rasa ingin tahu apa yang ada dalam bilik tersebut, Seonghwa terus menghampiri.

Sebaik sahaja Seonghwa masuk, pintu itu pun mula terkunci sendiri. Seonghwa lihat dalam bilik itu memang kosong namun anehnya bilik ini ada banyak kesan darah. Ia membuatkan Seonghwa berasa tidak sedap hati.

"Seramlah pula bilik ni." gumam Seonghwa dalam hati. Jantungnya mula berdegup kencang.

Dia mahu keluar namun apakah daya pintu itu sudah pun tertutup rapat. Sedang Seonghwa cuba untuk membuka pintu, dia tiba-tiba terdengar sesuatu terjatuh dari atas di belakangnya.

Dengan berasa yang sangat takut, Seonghwa cuba menoleh ke belakangnya untuk lihat apakah yang berada di belakangnya itu. Mata Seonghwa terbutang luas melihat benda itu.

"AAAHHHH!!! SAN AHH!!!"

Alangkah terkejutnya dia melihat San sudah terbaring di belakangnya dengan badan yang sudah berlumur darah itu. Seonghwa segera menghampiri San lalu memeluknya.

"Yahh!! San ahh??!! Gwenchana?!" soal Seonghwa dengan panik. Tiba-tiba dia terdengar satu suara di sebelah kanannya.

"Seonghwa hyung!! Hati-hati!! Itu bukan aku hyung!!"

Seonghwa terkaku. Suara yang dia dengar tadi adalah suara milik San.

Jadi siapakah yang Seonghwa peluk sekarang ini?

Seonghwa perlahan-lahan mengalihkan anak matanya untuk melihat siapakah yang berada dipeluknya kini. Kemudian, dia terus menolak orang itu dengan kasar.

"Argh!! Kau lagi ke?!" soal Seonghwa terkejut. Dia mengusap dadanya perlahan. Orang yang ditolak oleh Seonghwa tadi tersenyum sinis.

Rupanya itu adalah hantu yang mana bersama dengan Seonghwa dalam permainan pertama tadi.

"Hahahah!!! Selamat datang untuk permainan kedua kau, Park Seonghwa!!"

•••••

Yeosang mengesat air mata yang dari tadi membasahi pipinya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menangis. Apa punca itu semua dia tidak tahu.

Apa yang dia tahu, selepas dia menjawab soalan untuk permainan pertama dia tadi, air matanya terus mengalir dengan deras tanpa dia sedari.

Dia mula teringat masa dia menjawab soalan itu tadi.

•••••

"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Kang Yeosang!!"

"A-apa?"

Yeosang keliru sekarang. Dia sudah berada dalam permainan sekarang? Macam mana? Hantu yang menyerupai Jongho itu tersenyum sinis kearahnya.

Yeosang terkebil-kebil matanya melihat roh itu. Sebenarnya mahu sahaja dia menjerit tetapi entah kenapa mulutnya terkunci rapat.

"Sebelum mulakan permainan ini, kau akan ada 3 permainan. 2 permainan biasa iaitu soalan dan 1 permainan kejujuran. Biasanya itu yang last."

"Aku akan bagi soalan berkaitan dengan orang yang kau nak selamatkan."

Yeosang terkedu. Orang yang dia nak selamatkan? Agaknya siapakah orangnya itu. Jujur dia sendiri tak tahu nak selamatkan siapa.

Yeosang angguk kecil tanda faham. Mungkin dia akan tahu selepas ini.

"Nae."

"Baiklah. Siapakah orang yang paling Jung Wooyoung rapat sekarang?"

Yeosang terkaku selepas roh itu menyoalnya. Soalan itu berkait dengan Wooyoung!

Baginya mudah sahaja nak jawab kerana Wooyoung rapat dengan San. Tetapi, entah kenapa mulutnya terasa berat untuk jawab soalan itu.

"Kenapa kau diam? Kau tak tahu jawapannya kah?"

Yeosang tersedar dari lamunannya. Dia terus memandang roh itu dengan pandangan yang tajam sebelum dia jawab.

"Senang jer! Jawapannya Choi San. Mereka berdua tu sangat akrab sehinggakan mereka digelar sebagai WooSan."

Jawab Yeosang dengan selamba. Tanpa dia sedar air matanya terus mengalir membasahi pipi. Yeosang terkejut. Hantu yang menyerupai Jongho itu hanya mendiamkan diri sahaja melihat Yeosang begitu.

"Eh? Kenapa aku menangis ni?" Yeosang cuba untuk menghentikan tanggisannya namun tidak berjaya. Roh itu mula bercakap dengan Yeosang.

"Kau macam ada problem dengan Jung Wooyoung." ujar roh itu. Yeosang hanya mengangguk kecil.

"Aku memang ada problem dengan dia tapi dia langsung tak ambil kisah pasal aku. Aku cuma takut kalau dia dah berubah."

Jawab Yeosang perlahan. Roh itu mengeluh perlahan sebelum dia membuat keputusan atas jawapan Yeosang dalam soalannya tadi.

"Kau dah boleh keluar. Pergi ke soalan seterusnya."

Pintu yang tadi tertutup rapat tadi kini dibuka perlahan-lahan oleh roh tersebut. Yeosang tanpa membuang masa bingkas bangun untuk keluar.

Namun, langkahnya termati sebaik sahaja dia terdengar kata-kata roh itu dari belakang.

"Harapnya kawan kau tu akan faham perasaan kau terhadap dia."

Yeosang terus menoleh ke belakang. Roh yang tadi kini menghilang dari padangannya. Yeosang mengeluh lalu keluar dari bilik tersebut.

Sebaik sahaja Yeosang keluar, dia ternampak Seonghwa juga berada di luar dan kini menghampirinya. Yeosang cuba untuk menutup mukanya dengan topi supaya mukanya tidak dapat dilihat oleh Seonghwa.

"Yah, kau menangis ke tadi?"

Yeosang dengan pantas menggeleng. Lalu dia berjalan meninggalkan Seonghwa yang masih lagi hairan dengan dirinya.

•••••

Yeosang mengeluh. Kalau betullah dia kena selamatkan Wooyoung, mestilah dia berasa pelik. Lagipun dia tahu bahawa Wooyoung sekarang sudah tidak sama seperti dia kenal dulu.

Yeosang mengeluh perlahan. Sedang dia berjalan melimpasi pintu-pintu yang berada di sebelahnya, dia tiba-tiba terdengar satu suara memanggilnya dari belakang.

"Yeosang..."

Langkah Yeosang tiba-tiba mati. Dia terus menoleh kebelakang untuk melihat siapakah yang memanggilnya. Namun, di belakang tiada sesiapa pun.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang kini berada di hadapannya. Dan bunyi suara itu amat menyeramkan baginya.

"Sinilah, Kang Yeosang..."

Jantung Yeosang mula berdegup dengan kencang. Badannya sudah terketar-ketar. Peluh juga sudah membasahi di dahinya.

Perlahan-lahan Yeosang mengalihkan pandangannya ke hadapan untuk melihat siapakah yang berada di hadapannya kini.

"AAAARRGGHHHHH!!!!"

Akibat terkejut dan berasa takut sangat, Yeosang tiba-tiba pengsan dan rebah di atas lantai. Roh yang kini berada di hadapannya itu tersenyum sinis lalu membawa Yeosang pergi masuk ke dalam satu bilik untuk mulakan permainan yang kedua.

"Permainan kedua akan bermula sebentar lagi. Hehehehe."

[C] Behind the Door  ☾박성화☽Where stories live. Discover now