Seonghwa sekarang berada di permainan kedua. Hantu yang menyerupai San itu seperti biasa tidak mulakan permainan ini terlebih dahulu. Ia mestilah serentak. Barulah menarik.
Seonghwa pula hanya mampu mendiamkan dirinya. Dia sekarang berada di permainan kedua. Adakah dia berpeluang untuk menyelamatkan kawannya yang lain?
Bagaimana sekiranya dia kalah dalam permainan ini? Pastinya dia akan mati secara percuma nanti.
Dia tidak mahu mati disini! Dia perlu menang! Dia perlu pulang bersama kawannya lain.
"Permainan kedua ni sama macam pertama tadi ke?" soal Seonghwa kepada roh itu.
"Kau akan tahu lepas ni. Tapi bagi aku, sama jer. Cuma ada beza sikit." jawab roh itu tanpa memandang Seonghwa.
Seonghwa tergugup. Ada beza sedikit? Agaknya macam mana ya?
Hantu yang menyerupai San itu mula tersenyum selepas dia mendengar jeritan kawan Seonghwa yang lain. Seonghwa terkejut mendengar. Antara semua bunyi jeritan itu, dia hanya dapat menangkap bunyi jeritan paling kuat sahaja.
"AAARRGGHHH!!!"
Iaitu jeritan Yeosang. Baru sekarang dia dengar Yeosang menjerit. Sewaktu permainan pertama tadi tiadalah pula dengar.
"Teruk juga kawan kau tu jerit." ujar roh itu kepada Seonghwa.
"Dia jarang menjerit sebenarnya. Dia jerit pun sebab dia takut sangat kat korang." jawab Seonghwa selamba.
Roh itu hanya tersenyum. Rasa kelakar pula baginya selepas mendengar jawapan Seonghwa tadi. Lalu dia mula memetik jari membuatkan Seonghwa hairan.
"Baiklah! Kita akan mulakan permainan kedua kau!! Sebelum itu, biar aku terangkan kat kau terlebih dahulu!"
Seonghwa angguk tanda setuju.
"Disini kau akan diberi sebanyak 5 soalan. Kau hanya perlu jawab YA atau TIDAK dalam masa 3 saat. Kalau kau salah atau terlambat, sila ucapakan selamat tinggal kat kawan kau!"
Seonghwa tergamam selepas sahaja roh itu menerangkan tentang permainan kedua ini. Dia berdoa agar soalan kali ini tidak terlalu susah baginya.
"Baiklah! Aku akan mulakan sekarang!" kata Seonghwa dengan penuh serius.
Roh itu terus menunding jarinya kearah pintu bilik ini. Seonghwa menoleh ke belakang. Di hadapan pintu ini terdapat 5 soalan yang perlu Seonghwa jawab.
Seonghwa bingkas bangun lalu baca apakah soalan pertamanya.
1. Adakah warna kegemaran Choi San ialah ungu?
YA / TIDAK
Seonghwa segera menekan butang YA. Soalan itu terus pergi ke nombor dua.
2. Adakah Choi San menyukai makan sayur?
YA / TIDAK
Sedang Seonghwa menjawab soalan itu, hantu yang menyerupai San itu hanya memandang Seonghwa dengan tatapan kosong.
Dia dapat rasakan betapa bezanya situasi dia bersama kawannya yang sudah terperangkap itu dengan Seonghwa.
Mereka banyak salah menjawab soalan. Berbanding dengan Seonghwa, dia dapat jawab soalan dengan betul.
Seonghwa sudah pun berada di soalan terakhir. Dia baca dengan teliti sebelum dia menjawab soalan terakhir itu.
5. Adakah kamu tahu bahawa Choi San mengambil kisah tentang kamu?
YA /TIDAK
Seonghwa terkaku. Dia tidak tahu untuk jawab sama ada YA atau TIDAK. Roh itu seperti dapat mengagak bahawa Seonghwa akan terhenti untuk soalan yang terakhir.
"Kenapa kau tak jawab? Kau nak mati kat sini ke?"
"A-aku tak tahu nak jawab apa soalan ni. Biasanya aku yang ambil kisah pasal dia. Tapi, aku tak tahu dia ambil kisah pasal aku atau tak." jawab Seonghwa. Roh itu hanya memandang Seonghwa dengan pandangan tajam.
"Aku tak kisah pasal tu. Aku akan kira sampai 3 untuk kau jawab! 1..."
Seonghwa masih lagi terkaku. Dia tidak tahu sama ada mahu jawab apa. Dia bingung sekiranya dia salah jawab.
"2..."
Tangan Seonghwa mula diangkat, dia terketar-ketar untuk jawab soalan terakhir.
"Ti.."
Seonghwa terus menekan butang YA sebelum roh itu menyebut nombor tiga. Jantungnya mula berdegup kencang. Adakah dia jawab soalan dengan betul?
Atau...adakah dia salah menjawab soalan ini?
Roh itu hanya tersenyum melihat reaksi Seonghwa begitu. Dia pun datang menghampiri Seonghwa yang masih terkaku itu.
"Kau tak perlu rasa takut lagi. Sekarang ikut aku."
Seonghwa terkedu selepas roh itu berkata begitu kepadanya. Hantu yang menyerupai San itu menyuruh Seonghwa mengikutnya dari belakang.
Seonghwa hanya akur. Dia hanya mengikut roh itu dari belakang. Kemudian, dia ternampak Yeosang baru sahaja keluar dari bilik, Hongjoong dan Jongho pula meneruni tangga. Mereka mula berkumpul di ruang utama rumah tersebut.
Seonghwa mula berasa pelik. Begitu juga dengan yang lain. Seonghwa segera mendekati Yeosang, Hongjoong dan Jongho.
"Kenapa kita kena berkumpul kat sini?" soal Seonghwa. Yang lain sekadar angkat bahu tanda tidak tahu.
Seonghwa mula perasan yang muka Yeosang pucat sedikit. Dia sakit kah?
"Yeosang, kenapa muka kau pucat ni?" soal Seonghwa risau.
"Aku pengsan tadi, hyung." jawab Yeosang selamba. Dia cuba untuk menyembunyikan mukanya daripada dilihat oleh yang lain.
Sungguh sewaktu dia terkejut melihat hantu berada di hadapannya tadi, dia terus pengsan. Agak lama juga dia baru sedar dari pengsannya. Aduh...malunya
Kemudian, roh yang menyuruh mereka berkumpul di ruang utama itu tiba dengan membawa San, Mingi, Yunho dan Wooyoung.
Mereka berempat terkejut melihat kawan-kawan mereka dalam keadaan yang selamat. Baru sahaja mereka mahu menghampiri kawan mereka yang lain, Seonghwa segera menghalang.
"Yah! Tunggu dulu!" halang Seonghwa membuat yang lain hairan.
"Kenapa hyung?" soal Jongho.
Seonghwa menunding jarinya kearah tangan kawannya yang lain. Terdapat pisau dan peralatan tajam berada di pegangan San, Mingi, Yunho dan Wooyoung. Mereka yang melihat itu terkejut sedikit.
Tiba-tiba mereka terdengar satu suara berada di atas mereka.
"Korang semua berada di permainan terakhir iaitu permainan kejujuran. Korang mesti jujur dengan kawan korang perasaan korang selama ini terhadap mereka."
"Kalau tidak, mereka akan membunuh kamu semua tanpa mereka sedar!"
Seonghwa, Hongjoong, Yeosang dan Jongho terkejut selepas mendegar arahan daripada roh itu tadi. Nampaknya mereka semua dalam keadaan tidak sedar diri!
Seonghwa bingung. Bagaimana dia mahu menamatkan permainan ini untuk selamatkan kawannya yang lain?
Dia menghela nafasnya terlebih dahulu sebelum berkata sesuatu.
"Baiklah. Mari kita mulakan." ajak Seonghwa kepada yang lain.
Mereka angguk tanda setuju. Mereka pun mula menghampiri kawan mereka yang berada di hadapan mereka.
YOU ARE READING
[C] Behind the Door ☾박성화☽
Horror❝ Choose you want to play or not? ❞ ✧*:.。.✎ ateez seonghwa's horror fanfiction Start : 1 April 2020 End : 1 April 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover