BTD 5

608 118 65
                                    

Di situasi Yeosang, sedang dia berjalan melimpasi pintu yang berada di tepinya, dia terkejut melihat Seonghwa kini dikejar oleh seseorang. Dan orang yang mengajar Seonghwa dari jauh itu adalah San.

"Seonghwa hyung!"

Dia tidak dapat membantu Seonghwa kerana Seonghwa sudah masuk ke dalam salah satu bilik yang terdapat tingkat bawah ini.

Dia mengeluh. Dia berharap agar semua kawannya dalam keadaan yang selamat. Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam bilik pertama baginya, dia ternampak ada sesuatu berada di kakinya. dia menunduk untuk melihat.

"Eh? Ni macam loket Wooyoung." gumam Yeosang lalu mencapai loket Wooyoung itu.

Dia buka untuk lihat gambar apa yang ada pada loket milik kawannya itu.

Dia terkedu seketika.

Dia terkedu seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yeosang mengeluh. Gambar San dan Wooyoung kelihatan sungguh comel. Tapi, entah kenapa Yeosang terasa sedikit sedih.

"Wooyoung makin rapat dengan San..." keluh Yeosang dalam hati.

Sungguh dia amat cemburu melihat Wooyoung semakin rapat dengan San. Baginya, nak rapat dengan orang baru tidak mengapa. Cuma Wooyoung semakin menjauhkan diri daripadanya.

Yeosang hairan. Dia ada buat salahkah sehinggakan Wooyoung sudah tidak rapat dengannya seperti dulu? Dia amat rindukan sewaktu mereka bersama dulu...

Dia menyimpan loket Wooyoung di dalam kocek seluarnya. Dia bercadang mahu berikan kepada Wooyoung semula selepas sahaja dia habiskan permainan ini.

Dia membuka pintu bilik pertama itu untuk masuk. Kelihatan tiada apa-apa dalam bilik tersebut. Baru sahaja Yeosang mahu menoleh ke belakang, Jongho tiba-tiba muncul.

"Hyung." Yeosang terkejut dengan sapaan Jongho tadi.

"Aish! Kau buat aku terkejutlah!" marah Yeosang sambil mengusap dadanya. Jongho hanya tersengih.

"Eo? Bukan kau sepatutnya kat atas ke? Kenapa kau ada kat sini pula?" soal Yeosang hairan.

Jongho tersenyum sinis. Yeosang  mula berasa seram dengan Jongho terus mengundurkan dirinya ke belakang. Jongho pula semakin lama semakin mendekatinya.

Pintu yang dibuka oleh Yeosang tadi tertutup sendiri. Yeosang terkejut. Malah dia berasa pelik dengan Jongho. Kini badannya berada di belakang dinding. Jongho tersenyum sinis.

"Yah! Ke-kenapa dengan kau ni?!" soal Yeosang geram sedikit. Pada masa yang sama dia berasa sedikit takut.

Muka Jongho yang tadi kelihatan suci terus berubah. Darah kini berada di pipi serta mulut Jongho. Yeosang tergamam. Dia menutup matanya dengan erat. Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang nyaring.

"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Kang Yeosang."

"A-apa?"

•••••

Hongjoong melihat di tingkat bawah. Kelihatan Seonghwa dan Yeosang sudah mulakan permainan mereka. Namun Hongjoong masih lagi berada di luar.

Dia tak mahu masuk pun sebenarnya. Namun, dia terpaksa juga untuk menyelamatkan kawannya yang sudah terperangkap di sini. Dia juga dari tadi mencari kelibat Jongho namun tiada.

"Jongho dah masuk ke?" gumam Hongjoong dalam hati.

Dia meneruskan perjalanannya. Dia tidak tahu mahu masuk bilik mana satu kerana di tingkat atas ini terdapat banyak pintu yang masih lagi tertutup rapat.

Dia juga masih berfikir yang adakah mereka semua terperangkap dalam salah satu bilik ni? Sebab dia tidak mendengar suara jeritan orang. Malah, suasana di sini senyap sunyi.
Hanya bunyi detapan kaki sahaja yang didengari.

Baru sahaja Hongjoong melangkah satu persatu pintu bilik, dia terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

"Hiks... tolong aku..."

Hongjoong terkaku. Suara itu adalah suara Mingi! Dia terus buka pintu yang berada di sebelahnya untuk mencari kelibat Mingi.

"Yah! Mingi, kau kat mana?" soal Hongjoong risau. Dia terus masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu yang dibukanya tadi kini tertutup rapat.

Kelihatan Mingi berada di depan matanya sambil menangis. Hongjoong segera datang mendekati lalu memeluk Mingi.

"Mingi... Jangan risau. Hyung ada kat sini..." pujuk Hongjoong sambil memeluk Mingi.

"Hiks... hyung... be-belakang hyung!"

Hongjoong terkejut melihat Mingi menunding jari di belakangnya. Apabila ditoleh, kelihatan tiada sesiapa pun. Hongjoong menghela nafas.

"Mana ada apa-apa kat--"

Baru sahaja Hongjoong menoleh ke hadapan semula, dia terkejut melihat Mingi yang dipeluknya tadi kini tergantung di atas siling. Darah juga mula jatuh menitis kena padanya.

"MINGI!"

Hongjoong terkaku. Mingi... bunuh dirinya?! Tiba-tiba dia terdengar satu suara yang berada di hadapannya sekarang.

"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Kim Hongjoong."

•••••

Di situasi Jongho, dia masih lagi melilau di seluruh kawasan tingkat atas. Tadi dia baru sahaja ternampak Seonghwa berlari masuk ke dalam bilik. Kemudian, Yeosang mula buka pintu dan masuk. Malah, dia juga ternampak Hongjoong menjerit nama seseorang sebelum masuk ke dalam bilik.

Tetapi, selepas sahaja mereka masuk bilik, mereka terjerit ketakutan. Jongho hairan. Apa yang dah terjadi pada mereka sebenarnya? Kenapa mereka terjerit dari tadi?

Dengan perasaan yang ingin tahu , Jongho mula memulas tombol pintu pertama untuk masuk. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan kosong dan tiada sesiapa pun.

"Eh? Mungkin bukan bilik ni." gumam Jongho dalam hati. Dia mengeluh. Mana mereka pergi ni?

Baru sahaja Jongho mahu melangkah keluar, dia tiba-tiba terdengar satu suara yang amat dikenalinya.

"1...2...3..."

Jongho menoleh kebelakangnya. Dia terkejut melihat Yunho tiba-tiba muncul dalam bilik yang baru dimasukinya. Tetapi dia pelik kerana Yunho menutup mata sambil mengira?

"Dah ke belum?"

Jongho mula mendekati Yunho. Tangan Yunho masih lagi menutup mata. Jongho cuba untuk memegang tangan Yunho namun dia ditepis dengan kasar. Jongho hairan.

"Dah ke belum?"

"Yah! Kenapa dengan hyung ni? Hyung nak main sorok-sorok ke kat sini?" soal Jongho pelik. Namun tiada balasan daripada Yunho. Jongho mengeluh.

"Hyung... dah-dah lah tu. Jom kita balik."

Baru sahaja Jongho mahu mencapai, tangannya tiba-tiba digengam oleh Yunho. Jongho terkejut. Genggamman Yunho itu amat kuat membuatkan dia berasa sakit.

"Aaaahhhh! Kenapa dengan hyung ni?" marah Jongho sambil meronta-ronta untuk lepaskan tangannya.

Yunho yang dari tidak menunjukkan wajah itu kini mengangkat kepala. Jongho terkejut melihat muka Yunho yang berada di hadapannya sekarang.

"Yunho hyung?"

Alangkah terkejutnya Jongho melihat wajah Yunho sudah berluka dan berparut. Yunho tersenyum sinis melihat Jongho sudah ketakutan dengannya.

"Marilah kita main, Jongho~" ajak Yunho dengan tangannya masih lagi menggengam Jongho.

"ANIYA!"

"Selamat datang untuk permainan pertama kau, Choi Jongho."

[C] Behind the Door  ☾박성화☽Where stories live. Discover now