BTD 2

878 144 139
                                    

"Uji keberanian kitorang untuk apa?" tanya Yunho.

"Untuk pergi rumah hantu itulah. Kita main game kat sana." jawab San dengan senyumannya yang sinis.

Semua terkejut selepas sahaja San menceritakan tentang kisah rumah hantu yang terletak di simpang sekolah dan juga dia mahu menguji keberanian mereka semua.

Adakah San sudah gila? Lagipun dia dari tadi tersenyum sinis seperti orang gila hari ini.

"Dah kenapa hyung nak uji keberanian kitorang pula ni?" soal Jongho pelik.

"Entah. Kau kena ingat yang kita semua ni masih sekolah," balas Yeosang pula kurang senang.

"Aku bosan weyh asyik sekolah and main game yang sama. Aku cuma nak cuba benda baru jer."

Jawab San membuatkan semua terdiam. Sebenarnya mereka berasa seram sejuk dengan San. Lagipun, mereka semua tahu yang San ni penakut orangnya.

Rasa pelik pula bila San tiba-tiba mahu cuba benda baru seperti pergi ke rumah hantu itu.

"Aku tak kisah kalau korang semua tak nak. Aku cuma bagi cadangan jer." sambung San lagi. Tiba-tiba Wooyoung bersuara.

"Okey! Kalau tu yang San nak, aku ikut." kata Wooyoung dengan yakin.

"Okeylah. Aku join sekali." ujar Yunho.

"Aku pun." sapuk Mingi.

Hongjoong, Seonghwa, Yeosang dan Jongho terkejut tiba-tiba sahaja yang lain setuju dengan cadangan San tadi. Lantas Seonghwa bertanya kepada mereka berempat.

"Yah! Kenapa korang tiba-tiba nak pergi rumah hantu tu? Bukan kita dah tahu yang rumah hantu tu boleh meragut nyawa kita?" soal Seonghwa dengan berasa sedikit risau.

"Haah. Dan kau, Mingi. Bukan kau ni penakut ke? Kenapa kau nak join diorang sekali?"

Tanya Hongjoong kepada Mingi. San berasa ingin tahu kerana dia juga hairan kenapa Mingi tiba-tiba mahu sertainya sekali. Dia memang dah tahu yang Mingi sangat takut dengan hantu ni.

"Sebab kalau ada Yunho, aku rasa selamat sikit." jawab Mingi namun ia menimbulkan rasa curiga terhadap Hongjoong yang mendengar jawapannya tadi.

Yeosang dan Jongho hanya mendiamkan diri sahaja. Bukan kerana mereka berdua tidak mahu serta yang lain sekali tetapi berasa pelik dan seram sejuk. Seperti ada aura yang menyeramkan pada semua kawan mereka itu kecuali Hongjoong dan Seonghwa.

Seonghwa yang perasan Yeosang dan Jongho dari tadi tidak bercakap itu mula menegur mereka berdua.

"Kalau korang berdua nak sertai diorang sekali atau tak?" tegur Seonghwa membuatkan Yeosang dan Jongho tersentak sedikit.

"Mati pun aku takkan join."

Jawab Yeosang dengan ayat yang pedas. Mukanya hanya menunjukkan reaksi selamba. Seonghwa angguk tanda faham lalu dia berpaling ke arah Jongho pula.

"Kau Jongho?"

"Tak naklah. Aku rasa seram sejuk pula." jawab Jongho.

Seonghwa mula berpaling ke arah Hongjoong yang berada di sebelahnya. Baru sahaja dia ingin bertanya, Hongjoong terus memandangnya lalu mengangkat bahu. Seonghwa angguk tanda faham.

Dia juga tidak mahu ikut serta San sekali kerana jawapannya sama seperti Jongho. Dengar sahaja jawapan Yeosang, Jongho dan Hongjoong tadi cukup membuatkan Seonghwa berasa lega sedikit kerana bukan dia seorang yang tidak mahu sertai Wooyoung, San, Yunho dan Mingi.

"Yah, kitorang tak nak join." beritahu Seonghwa kepada San.

"Okey. Jom korang kita pergi sekarang." ajak San kepada Yunho, Mingi dan Wooyoung.

[C] Behind the Door  ☾박성화☽Where stories live. Discover now