Yunho, Mingi dan Wooyoung sudah pun terselamat daripada permainan ini. Begitu juga dengan Hongjoong, Yeosang dan Jongho.
Kini hanya tinggal San dan Seonghwa sahaja untuk menamatkan permainan terakhir ini. Mereka berharap agar mereka berdua selamat habiskan permainan yang terakhir ini.
Seonghwa mula menghampiri San yang dari tadi terkaku di hadapannya. Dia tertanya sama ada San dapat mendengar atau tidak agaknya?
"San ah, kau sebenarnya tak sedar kan dalam ni?" soal Seonghwa. Namun, San tidak memberikan apa-apa reaksi. Seonghwa mengeluh.
"San, kau tahu kan yang permainan kat sini bahaya? Kenapa kau nak juga datang sini? Hanya sebab kau bosan asyik buat benda sama ke kau datang sini? Hyung geram dengan kau tahu tak?"
"Kau kena faham, yang hyung ni risau sangat bila korang tak balik-balik. Yeosang, Hongjoong dengan Jongho selalu bagitau hyung yang korang akan selamat tapi kau tengok sekarang ni! Ni ke yang dikatakan SELAMAT?"
"Ish! Kau memang tak sah kalau tak buat hyung ni risau kan? Kau tahu kan yang hyung ni jenis cepat risaukan fasal kawan hyung? Hyung sentiasa ambil berat pasal korang!"
"Hyung ni boleh jadi gila sebab asyik risaukan pasal korang! Hyung yang ajak diorang kesini semata-mata untuk selamatkan korang yang terperangkap sekarang ni! Nyawa kitorang ni pun hampir nak melayang sebab asyik terkejut dengan benda seram kat sini!"
"Tolonglah jangan buat benda teruk macam ni lagi! Hyung tak sanggup nak kena macam ni lagi tahu tak!"
Luah Seonghwa. Namun, San masih lagi tidak menunjukkan apa-apa balas.
"Hyung rasa kau memang dalam keadaan tak sedar diri. Tapi, jangan risau. Hyung tetap akan selamatkan kau. Kau nak tahu sebab apa?"
"Sebab hyung sayangkan kau. Hyung dah anggap kau ni macam adik hyung yang nakal. Bila hyung dapat tahu korang semua terperangkap kat sini, hati hyung tak tenang."
"Hyung kalau boleh nak--"
Belum habis lagi Seonghwa berkata, San terus memeluknya secara tiba-tiba membuatkan Seonghwa terkejut.
"Mianhae, hyung... San janji San takkan buat macam ni lagi Mianhae hyung..."
Ucap San sambil memeluk Seonghwa dengan erat. Seonghwa hanya mampu tersenyum. Dia mengusap kepala San dengan lembut.
"Tak apa, tak apa. Asalkan kau dah sedar, hyung tetap maafkan korang."
Ujar Seonghwa lembut. Lalu dia membalas pelukkan San.
ATEEZ yang melihat mereka berdua dari jauh itu hanya tersenyum. Mereka berasa lega kerana semuanya sudah berakhir dengan bahagia.
"Park Seonghwa dan Choi San selamat."
•••••
Sudah beberapa minggu berlalu selepas kejadian mereka berada di rumah hantu itu dulu, ATEEZ kini sudah berubah sepenuhnya.
Hongjoong yang dahulu asyik sibuk dengan kerjanya kini dia dapat membahagikan masa dengan baik bersama kawan-kawannya yang lain.
"Hyung, macam mana dengan rap aku ni? Boleh hyung tengokkan?" soal Mingi kepada Hongjoong yang berada di sebelahnya.
"Sini. Jom pergi ke studio hyung."
Ajak Hongjoong. Mingi hanya akur lalu mengikut Hongjoong pergi menuju ke studio untuk dia melihat bagaimana dengan rap nya untuk lagu baru nanti.
•••••
Yunho dan Jongho yang dahulunya sering bergaduh kini mereka menjadi lebih rapat. Setiap kali mereka mahu main, mereka akan bermain bersama-sama.
YOU ARE READING
[C] Behind the Door ☾박성화☽
Horror❝ Choose you want to play or not? ❞ ✧*:.。.✎ ateez seonghwa's horror fanfiction Start : 1 April 2020 End : 1 April 2020 Cover : Thanks @precioussoobin_ for this beautiful cover