Dirgahayu Bab 5: Misi Bunuh Diri

150 11 0
                                    

Shiela yang sedang ditemani oleh Haizat tidak senang duduk, atau lebih tepat, tidak senang berdiri. Dia mundar mandir di luar wad kecemasan yang menempatkan Waqi dan Ieda di dalam sana. Haizat yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh sekadar memerhati tingkah Shiela itu. Aneh, sepengetahuan Haizat sendiri, Shiela dan Waqi tidaklah pernah rapat sehinggakan mampu memandu Shiela dilanda seribu gelisah.

"Shiela!" panggil seseorang membuatkan Shiela menoleh. Amie muncul lalu terus memeluk Shiela. Namun kali ini, dia datang dengan Shahmil, Azam, Natasha dan Safwan. Sungguh, bertambahlah keliru Haizat melihat kumpulan manusia. Bagaimana sekumpulan manusia dengan pelbagai latar, watak dan personaliti itu seperti boleh menjadi serapat itu, melawat antara mereka yang kemalangan.

"Macam mana... kau boleh langgar dia?" soal Azam di belakang.

"Aku... aku tak tahu... tiba-tiba dia muncul macam tu depan kereta aku dengan Haizat," luah Shiela.

"Haizat?" soal Shahmil sebelum matanya hinggap pada Haizat yang sedang duduk berpeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya.

"Maaf... aku tak nampak kau," ucap Shahmil lalu menghampiri Haizat dan menghulurkan tapak tangannya untuk bersalaman dengan Haizat. Tangan yang menyambutnya ketat, mencengkam seperti tidak mahu lepas. Sepertinya, huluran tangan dari Haizat yang dirasakan oleh Shahmil bukanlah bersifat persahabatan, lebih kepada dia cuba menyampaikan rasa curiganya terhadap Shahmil.

"Bukan kau dah putus dengan dia ke Haizat?" soal Safwan tiba-tiba sebelum Natasha disebelahnya sempat menghadiahkan sikuan tepat ke tulang rusuk. Lagilah berubah riak wajah Haizat apabila apa yang terjadi antara dia dan Shiela turut diketahui oleh ahli kumpulan itu.

"Shahmil... saya nak cakap dengan awak. Boleh?" pinta Shiela tiba-tiba. Serentak itu, Haizat bangkit menghampiri Shiela.

"Tak... bukan dengan awak Haizat. Saya nak... berdua jer dengan dia," pintas Shiela. Untuk seketika, Haizat seperti terpempan dengan permintaan Shiela. Dia menoleh seketika ke arah Haizat sebelum berundur beberapa langkah ke belakang.

"Dekat sana?" ucap Shiela yang sekadar dibalas anggukan daripada Shahmil. Lengan Haizat disambarnya, lalu ditarik jauh daripada lokasi rakan-rakan mereka berkumpul. Namun, apabila mereka sudah berdua, Shiela seperti sukar untuk mengungkapkan apa yang terpendam.

"Ya cik Shiela, ada apa ya?" Shahmil akhirnya terpaksa apabila Shiela tiba-tiba membatu di situ.

"Maaf... saya... Shahmil, janji dengan saya yang awak tak hantar saya jumpa psikitiari lepas saya cakap dengan awak?" Shahmil ketawa kecil mendengarkan respon Shiela itu.

"Awak ni kelakar. Cakap ajelah, insyaALLAH saya cuba jadi... open minded," kata Shahmil.

"Masa sebelum Haizat langgar Waqi tadi, saya nampak Aiman tengah berdiri kat tengah-tengah jalan," kata Shiela, takut-takut.

"Aiman Hakim yang... kita tanam semalam?" Shiela mengangguk.

"Tapi dia dah mati. Saya, Natasha dengan Waqi sendiri yang check nadi dia," kata Shahmil.

"Tak... tak... awak tak faham. Masa saya nampak si Aiman tu, dia macam... hantu," kata Shiela.

"Hantu ya? Interesting..." gumam Shahmil.

"Saya sambung?" Shahmil mengangguk.

"Muka dia pucat. Rambut dia macam ada... kesan tanah. Lidah dia terjelir keluar. Lepas tu kepala dia, berpusing 360 darjah, dengan masih segar kesan darah dia semalam," jelas Shiela menjelaskan satu-persatu setiap butir penyaksikannya semalam.

"Mungkin awak terlalu fikirkan...

"Saya pun ingat macam tu. Tapi, Waqi bagitahu benda yang sama. Dia nampak Aiman jugak masa dia kemalangan," tambah Shiela lagi. Shahmil terdiam sejenak sebelum menoleh ke arah rakan-rakannya yang lain yang sedang berkumpul menunggu keputusan dan keadaan Waqi.

DirgahayuWhere stories live. Discover now