Part 1

25 3 0
                                    

Title:

Kampung tindal 1890 (borneo)

        Suli menatap dalam-dalam wajah ibunya dengan perasaan hiba.kakinya seakan berat meninggalkan kampung halaman sendiri,namun apakan daya,kini dia sudah bergelar seorang istri.adat di kampung tindal,sekiranya seorang wanita yang sudah menginjak dewasa dan sudah mendirikan rumah tangga akan mengikut suami berhijrah ke tempat lain untuk mengaut peluang pekerjaan yang lebih baik.oling hanya memerhati suli.sebagai seorang suami oling amat mengerti apa yang membelengu gadis yang amat dicintainya itu.lelaki yang tinggi lampai dan berkulit cerah itu mengimbas semula pertemuan pertamanya dengan suli.
   Suasana hingar-bingar di rumah makcik rombituon membuatkan peluh jantan oling mengalir deras.baju pertunangannya sudah lecun dibasahi peluh.bukan itu sahaja yang membuat dia gementar.sebelum ini tidak ada sekelumit pun terlintas di fikiran yang dia akan bertunang dengan pilihan ibunya iaitu anak kepada rakan baik  ibu sendiri.kononya untuk memupuk permuafakatan di kalangan rakyat kampung tindal.mengikat jodoh di saat dalam perut lagi dianggap sebagai perkara biasa oleh masyarakat setempat.selaku seorang anak oling tidak dapat memerangi keputusan orang tuanya,disebabkan malas hendak berbalah dengan keputusan orang tua,oling iakan sahaja permintaan ibu dan ayahnya yang memang sudah nekad untuk menjodohkan anak tunggal mereka dengan anak perempuan makcik rombi.di saat leka melayan fikiran yang kian membengkak di kotak fikiran,sorakan tetamu di ruang tamu mematikan lamunan oling.kelihatan seorang gadis muda yang lengkap berpakaian traditional kaum tindal diusung oleh makcik rombituon.lirikan mata gadis itu menyentak jantung."ini....ialah tunangan saya?" Oling bersuara di dalam hati.seorang gadis yang berwajah bujur sirih dan berkulit putih melepak kini sudah duduk di hadapanya.gadis itu tertunduk memandang lantai buluh rumah,menyerlahkan lagi alis bulu mata yang lebat dan lentik.rambutnya yang hitam lebat hingga melepasi paras punggung dibiarkan terurai.oling terkedu melihat kejelitaan bakal tunanganya.perasaan gundah gulana yang menjengah sejak semalam hilang dengan serta-merta.satu perasaan ganjil mula tumbuh di dalam hati.oling Jatuh cinta pada pandang pertama.
    "Abang!" Suara merdu suli kedengaran.oling kembali ke dunia nyata.suli memandang oling dengan wajah yang kebingungan sedikit,matanya sudah bengkak sedikit.oling mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal."marilah kita gerak,hari dah nak gelap".oling menuruti sahaja arahan istrinya.
    Suli melambai tangan ke arah ibu dan ayahnya.tangisan yang sudah terhenti tadi tumpah semula,kereta lembu yang ditumpang oling dan suli bergerak semakin jauh meninggalkan desa tindal sehingga bayangan orang tuanya tidak kelihatan lagi,perjalanan pasangan pengantin baru itu dipayungi awan mendung yang berarak pantas.seakan mengerti emosi yang mengawal fikiran suli di saat itu.

                                                              
Bersambung.........

SOULMATEWhere stories live. Discover now