Part 3

17 2 1
                                    

CHAOPRAYA RIVER

Part 3

Barry dan tiffany meredah lautan manusia yang sudah membanjiri tapak festival loy krathong di persisiran sungai chaopraya.sesekali mata gadis-gadis muda yang berada di situ menyorot pandangan mereka ke arah jejaka yang tinggi lampai persis model international itu.tiffany menjengilkan mata apabila menyedari kekasih hatinya dipandang.lantas tiffany merangkul mesra lengan sasa jejaka itu.barry hanya tersenyum tawar melihat gelagat teman wanitanya.kemunculan 2 orang jejaka menyapa mesra tiffany tanpa memperdulikan barry,"hey beautifull Nang ek! (Pelakon cantik wanita)" rangkulan gadis itu dileraikan dari tangan."hei...sawadee ka!,korang pn ada dekat sini jugak?" Kegedikan tiffany mula timbul.perbualan tiffany semakin rancak di antara 2 jejaka asing itu.sorotan mata barry tidak diendahkan.bibit-bibit cemburu mulai timbul di hati.barry segera angkat kaki dari situ kerana risau apabila api cemburu merebak hingga mengundang kepada pergaduhan.
Bakul berbentuk bunga teratai yang berisi lilin dan bunga po dok malee (jasmine) dilepaskan,bakul itu bergerak perlahan dibawa kocakan air lembut.fikirannya melayang jauh.sampai bila dia bertahan dengan perangai sosial kekasihnya tiffany? Bagaimana dia jatuh hati dengan gadis seperti itu masih belum terjawap oleh logik akalnya.mungkin betul kata orang,cinta itu buta.tapi sampai bila dia menjadi dayus membiarkan kekasihnya dirangkul pelbagai jenis lelaki?.bila kemarahan tidak dapat dibendung berlakulah pertelingkahan.jawapan untuk membela diri tetap sama."saya tidak akan curang dekat awak,apa yang saya mahu ialah mengaut keuntungan dari jejaka-jejaka bodoh yang cair bila digoda.semua yang saya lakukan untuk kebaikan bersama bukan?" Barry mengeluh lalu melabuhkan punggung di atas tangga tepi sungai.bakul yang dilepaskan barry tadi sudah hanyut jauh ke tengah."nampaknya kau akan bertemu jodoh dari orang jauh orang muda".kehadiran seorang sami mengejutkan barry yang leka melayan perasaan.barry melutut lalu menyusun rapat jari sebagai tanda hormat.sami yang sudah dimamah usia itu tersenyum memandang barry."sekiranya ikatan tali yang engkau genggam semakin ketat,baik lepaskan sahaja sebelum ia tambah menyakiti kamu".kening tebal tapi kelihatan kemas berkerut sedikit.apa yang dikatakan oleh sami itu seakan terkena dengan dirinya,tapi bagaimana sami itu tahu tentang itu? enggan melayan persoalan yang semakin berat barry hanya berpendapat mungkin itu hanyalah secara kebetulan.kemunculan tiffanny secara tiba-tiba membuatkan sami itu beredar meninggalkan barry."kat sini awak rupanya! Kenapa tinggalkan i sorang-sorang kat sana tadi? Awak buat i macam orang bodoh je lah!".barry hanya melapangkan telinga mendengar leteran tiffany,namun jauh di sudut hati,perasaannya merintih pilu.jika dia bersuara tentu saja gadis itu semakin memperotes.dia sudah letih melayan perangai tiffany.dia sendiri tidak menyangka sanggup bertahan selama 5 tahun menjaga hubungan mereka itu.sungguhpun bertahun berkasih sayang tidak terlintas pun di fikiran untuk melamar tiffany,sedangkan gadis itu ada segalanya.rupa,harta ,bentuk badan yang mengiurkan pada sesiapa sahaja jejaka hidung belang yang memandang.

Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now