Part 9

5 1 0
                                    


 Perayaan pesta menuai berakhir dengan baik sekali.tetamu yang datang sudah lama bersurai.barry mengiringi langkah suli pulang,kebetulan simpang di antara desa tindal dan usukan hanya bersebelahan.angin malam yang dingin membelai lembut tubuh suli yang terdedah di bahagian lengan.gadis itu  mengeletar lalu mengosok kedua belah lenganya.
pantulan cahaya bulan yang penuh bagaikan menyuluh perjalanan mereka.
melihat suli mengeletar kedinginan barry menanggalkan baju lengan panjangnya lalu baju itu dipakaikan suli.kini badan sasa barry hanya dilitupi  oleh sehelai t-shirt nipis yang berwarna putih.suli seakan terkedu melihat tindakan lelaki itu."sejuk?" Barry memulakan perbualan apabila berasa janggal kerana tidak ada sebarang komunikasi di antara mereka dari tadi.suli hanya tersenyum."oling,kau ada kekasih tak di thailand"
mata bulat suli mengamati wajah barry untuk menanti jawapan.barry mengetap bibir.
suli seakan tidak sabar menanti jawapan yang akan terpancul dari bibir lelaki itu.barry mengurut-ngurut dagunya."hurmmm....ada...namanya tiffany" degupan jantung suli seakan terhenti.air mukanya berubah serta-merta.lidahnya seakan kelu untuk meneruskan perbualan.pelik hatinya seakan tidak dapat menerima kenyataan itu.barry merenung wajah suli sambil tersenyum senget.dia mula berpeluk tubuh.wajahnya dirapatkan ke arah suli yang sudah tertunduk.
"tapi itu beberapa bulan yang lalu sebelum saya menjejakkan kaki ke sini",barry berbisik halus ke telinga suli.suli mendongak mengejut.hampir sahaja dia tercium pipi jejaka itu.dengan sepontan suli menolak kasar tubuh barry sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.barry ketawa terkekeh-kekeh.suli merengus lalu membelakangkan barry.tanpa disedari senyuman terukir di bibir.langkah suli dipercepatkan,barry mula berlari-lari anak mengejar suli yang sudah jauh meninggalkanya di belakang.
    Langkah suli termati apabila tiba di hadapan sebatang pokok rendang sebesar pemeluk orang dewasa.langkah barry turut terhenti.pasangan itu terpegun melihat ribuan kelip-kelip yang berterbangan umpama hamparan bintang di langit malam.
"hin hoi...??" Suli memandang ke arah barry."apa maksud hin hoi??" Barry menekup seekor kelip-kelip menggunakan kedua belah telapak tanganya."hin hoi ialah kelip-kelip dalam bahasa siam".beberapa detik kemudian barry melepaskan kelip-kelip itu dari tanganya." Suli,adakah kau berminat untuk mempelajari bahasa thailand?",barry tersenyum lagi.melihat senyuman barry,suli teringat tentang kelibat jejaka berlesung pipit yang kerap bertandang ke dalam mimpinya.

                                                                        Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now