part 10

8 0 0
                                    

Part 10

    Suli  menutup rapat kelopak matanya.dia mengimbau   kembali mimpi-mimpi aneh yang sentiasa bertandang di dalam tidur.setelah berdiam sebentar suli membuka mata secara perlahan-lahan.memang sah lelaki yang berada di dalam mimpinya selama ini seiras barry.baru- baru ini lelaki itu menitipkan sesuatu di dalam mimpi.

"ANDAINYA INI TAKDIR SAYA PERGI.INGATLAH DI KEHIDUPAN YANG AKAN DATANG SAYA TIDAK AKAN MEMILIH SESIAPAPUN UNTUK MEMILIKI HATI SAYA.MELAINKAN KAU SEORANG.ITU JANJI DAN SUMPAH SAYA!"

Suli mengiringkan posisi badan di atas tilam bilik tidur.bilakah dia berani berterus terang tentang itu? perasaan ganjil sedang mencengkam diri dan perasaanya. secara jujur.Sejak pada pandangan kali pertama,lelaki berdarah siam itu sudah mencuri hatinya.bukan kerana ketampanan lelaki itu,tetapi ada sesuatu perasaan yang tidak dapat dijelaskan berlegar-legar di dalam jasad dikala dia bertentangan mata dengan barry.
Suli cuba untuk menipu perasaan itu namun semakin dia cuba menepisnya semakin menebal rasa yang timbul.ditambah lagi jejaka itu sering menyapanya di dalam mimpi,seolah-olah mereka pernah menjalinkan sebuah ikatan di masa yang lampau.adakah keajaiban atau kemungkinan tentang itu?. Suli tidak dapat bayangkan sekiranya dia cuma bertepuk sebelah tangan.

Madam chompophrae berjalan mundar mandir di ruang tamu  rumah agam miliknya.ada sesuatu yang menganggu fikiran.kedatangan tiffany membawa berita yang amat mengejutkan.tiffany memberitahu yang dia telah berbadan dua dan ingin barry bertanggungjawap atas segala perbuatanya.jika tidak gadis itu akan menghebohkan anak tunggal pemilik company pemasaran kedua terbesar di negara itu telah merosakkan seorang gadis yang naif.rayuan dan esak tangisan masih bergema di corong telinga wanita itu.kedatangan seorang lelaki botak dan memakai suit berwarna hitam membuatkan madam chompophrae berpaling." Kau dah dapat apa yang saya minta pagi tadi?" Lelaki itu mengelengkan kepala.respon itu membuatkan darah wanita itu mendidih."bodoh! Info senang macam itu pun susah nak cari?? Saya bagi kau masa sehingga malam ini!  Kalau masih tidak dapat maklumat di mana barry berada gunakan sahaja kuasa wang ! Faham?!!" Wanita itu merengus kasar lalu meninggalkan ruang tamu.
      Ketika menikmati makan malam yang serba mewah, bunyi Deringan telefon membuatkan kunyahan madam chompophrae terhenti.disambutnya panggilan itu dengan sopan.wanita itu tersenyum sebelum mematikan talian telefon.ayah barry hanya memerhatikan gelagat istrinya." Ada berita baik? Senyuman kau seakan berisi" madam chompophrae menjeling ke arah suaminya." Ya.berita baik.anak kesayangan kau berada di borneo sekarang.saya akan gunakan cara halus dahulu untuk membawa dia pulang.tetapi sekiranya dia tidak mahu meninggalkan tempat tu saya kena melakukan sesuatu untuk mendesak dia balik semula ke sini" wanita itu tersenyum sumbing."apa maksud mu itu?" Sudu dan garfu diletak perlahan.wanita itu memandang suaminya dengan pandangan tajam."barry sudah mengembara ke seluruh dunia.London,Amerika,jepun,ataupun korea?? Saya kenal dengan anak saya.sekiranya dia melancong jauh sekalipun  dia tidak akan tinggal dalam jangka masa yang panjang.tetapi di tempat yang 1 ini? Kau tau dah berapa lama dia meninggalkan thailand??" Kening ayah barry berkerut.dia cuba memahami isi tersirat di dalam setiap kata yang terpancul dari mulut istrinya."mesti ada 'sesuatu' di sana sehingga anakku barry tidak pulang ke sini!". Lelaki berumur namun masih kelihatan gagah itu bingkas bangun dari tempat duduknya.seleranya seakan termati."apa sebenarnya yang kau nak lakukan pada anak kita?".madam chompophrae memgelap tepi bibirnya dengan tisu lalu bangkit dan terus  meninggalkan meja makan.ayah barry merasa tidak sedap hati.mesti ada perkara buruk yang akan berlaku nanti.

                                                                
Berambung....

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOULMATEWhere stories live. Discover now