Part 7

5 1 0
                                    

Part 7

Pagi-pagi lagi barry sudah bangun.rancangan pada hari ini ialah jogging mengelilingi desa yang bernama USUKAN.barry menyarungkan seluar sukan paras lutut.kasut sukan berjenama NIKE dipakai.barry mula menghayun langkah meninggalkan ondu yang masih berdengkur di dalam bilik tidur.pantas benar barry membiasakan diri dengan suasana di sana.sungguhpun baru beberapa kali mengelilingi desa itu,barry sudah menghafal susun gaur jalan di situ.langkah barry semakin pantas,sehingga sampai di 1 jambatan sungai yang diperbuat dari buluh.kabus pagi masih menebal di kawasan itu.panorama pagi yang dihiasi kabus dan diserikan pula dengan kicauan burung hutan amat mengusik jiwa.barry memberhentikan langkah,tuala kecil yang diletakkan di bahu ditarik lalu peluh yang membasahi pipi dilap sehingga kering,kulit wajah barry yang licin bersih kelihatan sedikit kemerahan.bunyi aliran air di sungai yang berair jernih itu amat mendamaikan."nampaknya masih ada kazanah alam yang dijaga di tempat ni."  Barry bersuara di dalam hati sambil tersenyum.
    Bunyi kocakan air dan gelak ketawa yang lantang membuatkan barry terkejut.nun jauh di tengah sungai yang tidak jauh dari tempatnya berdiri seorang gadis berkemban sedang diusik 2 orang lelaki di tepi sungai."pergi! Jangan ganggu saya lah gorud! Sya bagitau dekat mama kau kamu mengendap saya mandi!!" Gelak ketawa semakin kuat.lelaki yang bernama gorud itu mencapai 1 bekas kecil yang berisi sabun dan beberapa helai kain basuhan.dicampaknya barang -barang itu ke dalam sungai."nah...ambilh barang-barang kau ni" ketawa mereka semakin galak.barry turun ke tepi sungai yang dipenuhi batu-batuan berbentuk bulat.barang-barang yang dicampak tadi hanyut dibawa arus sungai namun barry dapat mencapai kesemuanya.mata jejaka itu memandang tajam ke arah gorud.menyedari ada orang yang melihat perbuatan mereka gorud menyusun langkah seribu lalu hilang di balik hutan tebal yang menjadi laluan orang kampung untuk memburu.
     suli berenang ke arah barry yang masih duduk mencangkung di atas batu sungai.gadis itu tersenyum manis memandang barry."terima kasih..kalau kau tidak ada tadi tidak tahulah apa jadi dekat saya". Melihat barry telopong memandangnya suli mula tersentak.baru dia perasan dia hanya berkemban.suli merendamkan tubuhnya hingga ke paras bahu.bibir kecil yang kemerahan terkatup rapat.
"Suai mark..."(sangat cantik) terpegun melihat kecantikan yang berada di hadapan mata,kata itu terpancul dari bibir barry.kening suli berkerut."err...mister..." suli memetik jarinya berapa kali,barry tersedar dari lamunan.melihat barry yang masih kebingungan suli ketawa kecil.mata mereka bertentangan lagi.masing-masing menguntum senyuman.
   "Oh....kau yang singgah di warung mak saya minggu lalu kan?" Suli bersuara selepas menghayati betul-betul paras rupa jejaka yang berada di hadapanya.barry mengangguk,sambil tersenyum."kau bukan orang sini? Siapa nama kau?" Renungan suli membuatkan pipi barry terasa hangat."saya dari bangkok thailand.panggil barry saja" suli mengangguk-anguk kepalanya."comel nama kau,tapi kalau di sini mungkin ada janggal sedikit kalau sebut nama tu,kalau saya panggil kau dengan nama lain boleh?" Suli mengulum senyuman."nama?" Kening tebal barry berkerut sedikit.suli diam sejenak sambil otaknya liar memikirkan nama panggilan untuk rakan barunya.suli menepuk tangan."hah...kalau saya panggil kau oling?" Barry tersedak sedikit."kolotnya nama" barry bersuara di dalam hati.lama dia berfikir.suli menanti persetujuan barry.barry menganggukan sahaja kepala.

                                                                      
  Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now