part 4

5 1 0
                                    

Sabah Borneo.JANUARY 2017

 Suli melonjak gembira apabila melihat tapak warung sudah siap didirikan.Ibu angkatnya mauren turut berasa teruja bercampur gembira."mak,dengan cara ni dapatlah kita tambah pendapatan kita.suli janji akan naikkan makanan tradisi kita di kalangan pelancong nanti" mauren memandang suli.senyuman manis anak angkatnya itu tidak lekang di bibir,sesekali tiupan angin lembut mengusik rambut hitam dan lebat gadis itu."suli," mauren memanggil nama gadis sunti tersebut,bulu mata yang redup dan anak mata yang bewarna coklat terang membalas pandangan mauren.pandangan wanita separuh usia itu berbau sayu."kenapa mak? Kenapa mak nampak sedih? Suli ada buat salah ke mak?" Suli kelihatan sedikit gelisah,lalu bergegas  mendapatkan maureen.mereka mula duduk di pangkin kayu yang berada di tepi jalan berhadapan dengan warung."kenapa nak susahkan diri tolong mak di tempat terpencil ni nak? Kalau suli terus tinggal di bandar suli boleh dapat pekerjaan dan pendidikan yang lagi baik." Suli menjuihkan bibir memandang mauren.lantas kepalanya disandarkan di bahu orang tua tersebut."suli lagi suka tolong mak di kampung ni.harta saya cuma mak seorang.suli sanggup buang kesemuanya dari berjauhan dengan mak." Mauren melepaskan keluhan.dia memang sudah menjangka keputusan anaknya itu.kini dia hanya menurut keputusan suli.

                              *    *     *     *      *      *    *
Petengkaran barry dan tiffany berlaku lagi.namun kali ini kesabaran barry benar-benar tergugat.api amarahnya membuak-buak.pada awalnya barry menyusun strategi untuk membuat kejutan sambutan hari jadi tiffany yang ke 23 tahun.namun apa yang dilihat amat mengejutkan.tiffany didapati membawa lelaki mat saleh tinggal di rumahnya.sekiranya barry tidak menjejakkan kaki ke rumah sudah tentu perkara itu tidak diketahui.bila diminta penjelasan tiffany memberi alasan yang tidak masuk akal.kononya dia membantu mat saleh itu dari kesusahan kerana duit dan dokumen penting lelaki itu telah disamun oleh orang yang tidak dikenali.disebabkan rasa simpati tiffany memberi bantuan tempat tinggal sementara polis menjejaki barang yang dicuri sehingga ditemui barulah dia mengusir lelaki itu keluar dari kediamannya.
   Barry memandu kereta BMW menyusuri malam yang semakin pekat.tembok kejantananya bagaikan runtuh apabila air mata jatuh berlinangan."bodohnya saya selama ini!" Bentak barry sambil menumbuk stereng kereta.dah cukuplah dia bertahan.gadis seperti tiffany tidak akan insaf dengan segala perbuatan yang dia lakukan.biarlah saya pergi jauh dari bangkok untuk mencari ketenangan jiwa yang sudah rapuh.dalam fikiran jejaka itu bangkok menyimpan 1001 memory antara dia dan gadis yang bernama tiffany.sekiranya dia pergi jauh segala memory itu akan lenyap ditelan masa.dia nekad untuk pergi jauh.pergi ke tempat yang sesiapa pun tidak akan menjangka dia akan berada di sana.

                                                               
Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now