part 8

6 1 0
                                    

Part 8

CHIANG MAI THAILAND.APRIL 2017
  
    Tiffany tidak senang duduk apabila mengetahui siapa sebenarnya barry bekas kekasihnya itu.semalam dia menghadiri majlis keramaian orang-orang kenamaan.sebagai  seorang model sepenuh masa tidak ada masalah untuk menghadiri majlis sebegitu untuk mencari "mangsa"baru.perbualan seorang wanita lewat 50 an di majlis itu menjengah ke dalam telinganya.
"madam chompophrea,mengapa tidak membawa anak madam ke majlis besar ini?" Wanita yang kelihatan kompleks dalam majlis sebegitu.cara berpakaian dan accesoriesnya sahaja sudah mencerminkan dia bukanlah wanita sembarangan.rantai berlian bersalut emas yang dipakainya sahaja sudah mencecah ratusan ribu bath."barry prathanna surasat mengembara ke luar negara kerana berselisihan faham dengan teman wanitanya beberapa bulan yang lalu.disebabkan itulah dia tiada menyertai kita malam ini", kumpulan wanita itu saling berpandangan sambil mengangguk-angukkan kepala.
Selama bertahun menjalinkan hubungan,barry tidak pernah menyatakan latar belakang keluarganya.selama ini tiffany beranggapan barry adalah golongan biasa-biasa sahaja.
Disebabkan berasa amat geram tangan gadis itu dihempaskan di atas permukaan meja yang diperbuat daripada kaca.dia mesti merancanakan sesuatu agar lelaki itu jatuh ketanganya semula.
  
     Bunyi gong yang dipalu memainkan irama muzik traditional yang menarik minat barry.ondu tidak dapat menghadiri keramaian pesta menuai yang diadakan di desa usukan tahun ini kerana dia terpaksa bertugas semula sebagai anggota kerajaan di bandar.barry kelihatan segak dengan pakaian traditional suku kaum tindal.sesekali hatinya disapa perasaan rindu dengan tempat kelahiranya thailand.jikalau disitu perayaan sebegini jarang dilihat di bandar,melainkan pesta songkram.barry seakan jatuh cinta dengan tempat ini,dan yang paling penting....
    Barry membuang pandangan ke arah sekumpulan gadis muda yang sedang menari mengikut rentak alunan muzik yang dimainkan.suli ketawa girang.gadis itu kelihatan amat menyerlah di antara mereka.seorang gadis molek berambut panjang melepasi punggung.sepasang mata yang berwarna coklat terang dihiasi pula dengan alis bulu mata yang lebat dan melentik.hidungnya kelihatan mancung bak seludang dan berleher jinjang.setiap kali berkomunikasi dengan gadis itu degupan jantung barry semakin pantas.permuafakatan penduduk di situ pun tiada tolok bandingan.bayangan tiffany semakin hilang dari kotak fikiran.
Sepasang mata yang penuh dengan hasad dengki memandang barry di hujung penjuru pondok yang diperbuat daripada pokok kelapa.api permusuhan semakin merebak apabila melihat suli tersipu malu memandang jejaka siam persis actor negara gajah putih Nadech Kugimiya itu.

                                                                 
  Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now