part 6

6 1 0
                                    

Suli terjaga dari tidur yang lena.dia bangkit perlahan-lahan dari hamparan rumput yang menghijau.kini dia berada di satu kebun sayuran yang luas.kepalanya dipusingkan ke kiri dan kanan,kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang duduk di bawah sepohon pokok yang rimbun.sesekali gelak ketawa pasangan itu bergema dibawa arus angin yang bertiup lembut.suli menghayati betul-betul gadis yang berpakaian lengkap suku kaum tindal.dia terkedu.gadis yang dilihatnya itu ialah dirinya sendiri.suli kebingungan,"tunggu dulu...siapakah gerangan jejaka yang mengucup dahinya ketika itu?" Seorang lelaki berbadan sasa,memakai seluar baldu berwarna hitam.dahinya diikat sehelai kain berwarna merah.wajah lelaki itu kelihatan samar-samar.namun senyuman yang dihiasi lesung pipit di kedua belah pipi mencairkan sesiapa sahaja yang melihat.lelaki itu memegang sebatang seruling.seruling ditiup memainkan alunan muzik nan merdu.perasaan suli ketika itu bagaikan dejavu.bunyi enjin pesawat di udara membuatkan suli mendongak ke atas langit.puluhan kapal terbang yang mengibarkan bendera jepun sedang membelah awan yang membiru.bunyi tembakan dan dentuman bedilan  yang mengegarkan alam maya membuatkan suli menjerit nyaring.dari pandangan ekoran mata suli dapat melihat lelaki yang dilihat tadi merangkul erat bayangan dirinya yang sedang menangis ketakutan.
   Suli terjaga dari tidur.wajahnya sudah dibasahi keringat.dadanya masih berombak kencang.jam dinding menunjukkan detik 3 pagi.suli mengeluh."mimpi rupanya...tapi..apa maknanya? Siapa gerangan lelaki itu? Suli mula memerah otak,namun hampa.suli menghempaskan semula badan di atas permukaan tilam yang sudah kempis sedikit.berapa minit kemudian gadis itu terlelap semula.
    Sudah seminggu barry tinggal di desa tempat rakanya ondu.rumah tinggalan mendiang ibu dan ayah ondu masih kukuh.rumah yang diperbuat dari buluh namun tampak moden.perhiasan di dalam rumah bertemakan ENGLISH STYLE.dari apa yang diberitahu oleh rakanya itu,mereka bercadang menjadikan rumah tersebut homestay untuk pelancong luar yang melawat ke sana,namun sayang.ibu dan  ayahnya terkorban serentak dalam kemalangan jalan raya sebelum sempat melancarkan pembukaan tempat penginapan itu.telefon pintar bergegar di dalam kocek seluar.barry mengeluarkan handphone lalu melihat di skrin telefon.
"Toe eangg..khun ja pai nai?
Chun ru...chun pid eang...chan ko tod.khun ruk chan cai mai??" (Sayang kau pergi ke mana? Saya tau saya salah.saya minta maaf.kau sayang saya bukan??)

Barry melepaskan keluhan berat.tiffany masih tidak putus asa memujuk.mengapa gadis itu masih menganggu ketenteraman? hatinya sudah tawar.disaat melayan perasaan yang bercampur baur,barry terkenang pertemuannya dengan gadis di warung tepi jalan tempo hari.dia seakan pernah melihat gadis itu.renjatan halus mengalir di seluruh badan    apabila bayangan gadis itu menerjah ke dalam ingatan."ah..tidak mungkin.mustahil pernah bersua muka sedangkan ini adalah lawatan pertamanya ke bumi sabah borneo."
   
                                                                        
  Bersambung......

SOULMATEWhere stories live. Discover now