Part 2

16 3 0
                                    

Mei 1945 (Borneo)

Oling mendakap suli dengan erat.bunyi bedilan dan tembakan yang bersahut-sahutan membuatkan suli diselubungi ketakutan.sungguhpun tubuhnya telah dimamah usia,tanggungjawapnya untuk melindungi suli istri tersayang tidak akan dilepaskan dari genggaman.tubuh tua mereka sudah tidak sekuat dahulu,dalam berbekalkan doa suami istri itu berharap peperangan yang membawa malapetaka dan penjajahan jepun di tanah borneo ketika itu cepat berakhir,namun bunyi senjata dari penjajah itu seakan tidak ada titik noktah,"adakah ini detik terakhir saya mendakap dan melindungi istri saya?"
Oling merasa perasaanya serba tak kena,air matanya mengalir membasahi pipi."suli,andainya ini detik terakhir kita saya nak mengucapkan terima kasih kerana kau sanggup hidup smati mahupun bersusah senang dengan saya",oling memandang wajah suli yang sudah berkedut seribu,namun masih terngiang-ngiang kejelitaan gadis itu di waktu muda mereka."suli,andainya ini takdir saya pergi ingatlah,di kehidupan yang akan datang saya tidak akan memilih sesiapapun untuk memiliki hati sya,melainkan kau seorang.itu janji dan sumpah saya" suli memandang oling.ketakutan yang membelengu diri membuatkan dia diam seribu bahasa.air matanya bercucuran jatuh,"jikalau kelahiran yang akan datang memisahkan kita beribu batu sekalipun,saya akan menanti kau oling.semoga malaikat mendengar doaku ini",sungguhpun kata hati suli tidak dapat dikeluarkan,kata-kata itu seakan terpahat di dalam hati.bunyi dentuman semakin kuat,suli dan oling saling berdakapan dan...BOOOMMMMM!!!! Sebiji bom yang digugurkan dari kapal tentera udara jatuh di tapak perumahan pasangan itu.medan tempur yang wujud tanpa diduga itu berlarutan seakan tidak mengerti malam dan siang.

BANGKOK THAILAND November 2016

Deringan telefon pintar iphone membuatkan seorang jejaka terbangun dari tidur.dia mengosok-gosok matanya sebelum mencapai telefon yang diletakkan di atas meja tidur biliknya.punat berwarna hijau ditekan,"Hello...awak buat apa tu?? Kenapa tak balas whatsapp i??" Lelaki itu mengeluh,teman wanitanya yang bersifat opportunist itu mula membebel.namun itu sudah perkara biasa baginya,"maaf saya letih,tak sedar tertidur tadi.x sempat bagitahu awak," wanita itu merengus,"oklah...bersiap cepat! Kita pergi LOY KRATHONG FESTIVAL malam ni,i akan ambil awak dekat rumah sejam dari sekarang!" Perbualan mereka termati di situ.telefon pintar dicampak di tepi katil.perlahan-lahan jejaka itu bangkit lalu duduk di penjuru katil.suasana hening seketika.pandangan jejaka itu dihumban jauh ke luar pintu kaca yang terbuka sedikit.
"Pelik," dalam setahun dua ini jejaka itu kerap disapa mimpi yang sama,sebuah rumah yang beratapkan daun nipah dan berdinding dan lantai yang diperbuat dari pokok buluh berada di dalam hutan,panorama tempat itu damai sekali.seorang gadis yang berpakaian baldu berwarna hitam disulami manik yang berwarna-warni sering kelihatan di penjuru anjung rumah.apabila didekati gadis itu tersenyum manis padanya."apakah makna mimpi itu?" Jejaka itu mengeluh lagi.mungkin hanya mainan tidur.baik bersiap dulu.jejaka itu bingkas bangun lalu langkahnya diayun menuju ke bilik mandi.

Bersambung....

SOULMATEWhere stories live. Discover now