BAB 2

264 5 0
                                    

   Hari ini suasana di unit Kardiologi, Hospital Universiti agak sibuk. Kelihatan para pesakit memenuhi ruang menunggu yang disediakan. Masing-masing sabar menunggu giliran untuk temujanji bersama doktor di unit itu. Mata mereka tertumpu pada fronter yang memaparkan nombor giliran dan bilik konsultasi. Kelihatan juga beberapa orang sedang beratur di kaunter pendaftaran di pintu masuk unit tersebut. Terkadang, ada katil pesakit yang ditolak masuk untuk menjalani ujian Ecocardiography atau imbasan jantung.

" Makcik apa khabar hari ini?",sapa seorang doktor kacak penuh ramah sambil mempersilakan seorang wanita dalam linkungan umur 60an untuk masuk ke bilik konsultasi 6. Didadanya tersemat tag nama Ariff Hilmi. Seorang jururawat sudah sedia menanti untuk membantu sambil menghulurkan fail rekod kesihatan pesakit kepada doktor itu.

" Khabar baik,doktor",balas  wanita itu dengan mesra. Hari ini, dia datang untuk sesi temujanji bulanannya dan mengetahui keadaan jantungnya yang terkini.

  Doktor Ariff Hilmi atau lebih mesra dipanggil Doktor Ariff di kalangan staf merupakan salah seorang pakar jantung di hospital universiti itu. Reputasinya sebagai seorang Cardiologist walau baru berusia 33 tahun sering dikagumi oleh rakan sejawatnya. Malahan dia sering disalah anggap sebagai doktor pelatih apabila menjalankan sesi konsultasi bersama pesakit.

  Kebanyakkan pesakit di unit itu terdiri daripada golongan warga emas. Doktor Ariff faham benar karenah mereka setiap kali sesi konsultasi. Perbualan ringkas seperti bertanya khabar mampu memecahkan suasana kekok antara doktor dan pesakit. Baginya, amat penting untuk mewujudkan kepercayaan di kalangan pesakit bagi memudahkan proses rawatan. Sebagai seorang perawat, dia perlu peka dengan sensitiviti pesakit dan seboleh mungkin akan membuatkan mereka berasa selesa dengannya.

2 jam kemudian

  Ariff sedang menulis sesuatu dalam fail rekod kesihatan pesakit selesai sesi konsultansi. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Jururawat yang bertugas bersamanya di bilik konsultansi 6 hari ini, Staff Nurse (SN) Jamilah masuk dan mengambil fail yang sudah siap diisi oleh Ariff.

" Doktor, itu pesakit yang terakhir hari ini", ujar     SN Jamilah atau mesra disapa Kak Mila.
" Alhamdulillah. Terima kasih Kak Mila ye untuk hari ini," jawab Ariff. Itulah kebiasaannya setelah selesai sesi konsultasi. Ucapan terima kasih yang menunjukkan penghargaan kepada jururawat yang membantunya selain tanda hormat untuk staf yang lebih berusia daripadanya.

"Sama-sama,Doktor Ariff. Terima kasih juga ya dari Kak Mila, jumpa lagi ye doktor",balas SN Jamilah sambil tersenyum. Dia sudah maklum akan sikap doktor itu yang berbudi bahasa dan sangat menghormati orang tua. Alangkah bertuahnya mana-mana ibubapa yang memiliki anak sebaik Doktor Ariff. 'Sayangnya anak-anak aku semua lelaki, kalau tak memang dah chupp buat menantu',getus hatinya.

  Pintu bilik diketuk, Ariff lantas memandang dan kelihatan sahabat baiknya, Doktor Farish sudah tersengih kepadanya.

" Wei,jom lunch! Laparnya aku. Patient kau dah settle kan?"ujar Firash sambil menggosok perutnya.

  Ariff hanya ketawa kecil melihatkan gelagat sahabatnya. Sudah masak dengan perangai Firash yang tidak tahan lapar itu. Firash merupakan orang yang paling rapat dengannya selain orang tuanya. Keakraban mereka sejak dari kecil lagi sehingga sama-sama memilih jurusan perubatan di universiti. Namun Firash lebih meminati bidang Neurologi atau sering dipanggil sebagai doktor saraf oleh para pesakit.

" Dah, kau ni tak menyabar betul la kalau pasal makan!"jawab Ariff.
 
  Dia bangun dari kerusinya sambil menggalas beg sandang Samsonite hitam pemberian mama tersayang. Stethoscope hanya disumbat masuk ke dalam poket seluarnya. Dia berjalan beriringan dengan Firash yang kelihatan sudah tidak sabar.

"Burppp!!! Ahamdulillah",Firash sendawa kekenyangan. Makan tengahari mereka hari ini  memang kegemarannya iaitu selera kampung. Ulam segar dan lauk masak lemak ikan keli memang on top of the world!

" Amboi, mentang-mentang favourite. Sendawa besar kau ek!"kata Ariff sambil menggelengkan kepalanya.

" Eh,mestilah! Mana tahan wei tengok lauk dengan ulam tu semua",balas Firash sebelum menayangkan ibu jarinya tanda bagus.

" Alah kau ni,apa susah. Minta sajalah Marlina kesayangan kau tu masak lauk ni hari-hari. Hah,kan senang!"cadang Ariff pada sahabatnya.

"Memanglah isteri pujaan hati aku tu masak sedap tapi agak-agaklah takkan nak hadap makanan sama je setiap hari. Kadang-kadang nak juga tukar selera. Tapi Marlina tu masak apa pun sedap tau. Bertuahkan aku! Tak macam orang tu"jawab Firash bangga sambil menjungkitkan keningnya berulang kali.

"Eleh, dah mula la tu nak sindir aku. Sudahlah kau," Ariff sudah buat muka menyampah pada sahabatnya itu.

"Alah, janganlah marah wei tapi betulkan apa aku cakap. Kau sampai bila nak single ni. Kau tengok aku, kawan-kawan kita, juniors kita. Semua dah kahwin, ada anak. Tinggal kau je yang belum. Aku bukan apa Ariff, kita dah kawan lama kan, aku hanya nak kau bahagia" Firash memandang Ariff yang hanya tunduk sambil menguis straw minumannya.

   Firash mengerti Ariff akan sentiasa mengelak bila hal ini diutarakan dalam perbualan mereka. Tapi sebagai seorang sahabat yang sudah melalui suka duka bersama, dia merasakan Ariff layak untuk mengecapi kebahagiaan sepertinya. Padanya, Ariff sudah memiliki apa yang didambakan oleh wanita. Rupa yang kacak, kerjaya yang hebat serta sikap yang baik yang seringkali menjadi pujian staf di hospital mereka. Ibarat petik saja jari, pasti ramai yang datang menghampiri.

" Kau tahu kan Firash aku malas lah nak fikir pasal ni semua", balas Ariff acuh tak acuh.

   Sungguh dia bosan bila seringkali topik yang sama muncul. Bukan dia tidak cemburu melihat kebahagiaan Firash dan isterinya, Marlina serta anak comel mereka, Farish Asyraf. Dia punya segalanya tapi hanya itu yang kurang dalam hidupnya. Sebagai lelaki normal dan manusia biasa, sudah pasti dia menginginkan kebahagiaan yang sama untuk dirinya. Lagipun, itukan salah satu tuntutan kesempurnaan dalam beragama.

  Namun duka di hatinya teramat dalam untuk diubati. Firash tahu benar akan hal itu kerana dia ada bersama Ariff ketika melalui detik sukar dalam hidupnya. Bukan sekali hatinya dicarik duka tapi dua kali yang membuat dia sukar untuk pulih. Hatinya kini jadi kosong. Dia  jadi trauma dengan pemergiaan insan yang dikasihi. Hanya kepada Allah diserahkan segalanya agar suatu hari nanti akan kembali bahagia yang telah lama pergi.

 




Ajari Aku CintaWhere stories live. Discover now