BAB 3

225 6 0
                                    

  Hujung minggu di kediaman Datin Zainun meriah dengan gelak tawa anak menantunya. Sudah menjadi kebiasaan untuk mereka sekeluarga berkumpul bagi meluangkan masa bersama. Inilah masanya mereka berkongsi cerita dan bergurau senda.

  Nuril sedang menyediakan bahan-bahan masakan untuk hidangan tengahari nanti. Dalam kepalanya sudah membayangkan kelazatan gulai ayam kampung, daging goreng kunyit, ulam-ulaman dan diregu bersama sambal belacan. 'Ah, bertambahlah makan hari ni'. Nuril tersenyum sendiri.

"Angah,nak masak apa untuk lunch nanti?" Nurin menyapa sambil menarik kerusi untuk duduk membantu kakaknya. Tangannya sempat  mencapai seketul cucur bawang baki sarapan pagi tadi. Ahli keluarga mereka yang lain sedang membersihkan laman di luar. Sambil menjaga kebersihan rumah dapat juga mereka mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan.

" Gulai ayam kampung, daging goreng kunyit, ulaman dengan sambal belacan. Amacam? Tempted much?" Nuril sedang memotong dan mencuci ayam kampung yang diberikan oleh jiran mereka, Aunty Aini yang sangat baik hati. Ayam kampung itu perlu direbus sekejap bagi menghilangkan liatnya. Barulah feel nak meratah isinya nanti.

"Wow sangat!" Nurin mengangkat tangan ke bahu dan dijulingkan matanya ke atas. Pecah ketawa Nuril melihatkan gelagat adiknya itu. Dia menarik kerusi di sisi Nurin untuk mengupas bawang sebagai rencah masakan.
Nurin memandang ke arah kakaknya yang sedang fokus melakukan kerja.

" Ngah, hari tu aku dengar Aunty Nor sindir kau kan?" Geram sungguh dia dengan kawan umminya yang seorang itu. Setiap kali berjumpa, pasti ada sindiran yang ditujukan kepada kakaknya. Semenjak dia 'melangkah bendul' kerana menjadi orang pertama yang berkahwin dalam keluarga, ada diantara kenalan umminya terutama makcik itu tak pernah melepaskan peluang untuk berbuat demikian.

  Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia membalas dengan kata-kata pedas kepada Aunty Nor. Biar dia tahu sakitnya hati bila kakaknya diperlakukan sebegitu. Kalaulah mereka tahu besarnya pengorbanan Angah kepada keluarga pasti malu sendiri kerana sanggup menyakiti hati Angah.

"Apahal kau tak balas balik Ngah dekat Aunty Nor tu biar tau diam dia. Geramlah aku!"
Lagi menambah sakit hatinya, kakaknya hanya diam sahaja setiap kali disindir. Makin menjadi-jadilah yang tengah mengata tu.

Nuril menoleh kepada adiknya yang sudah kelihatan sebal. Dia hanya tersenyum tawar sambil tangannya masih laju menyiapkan barang masakan. Bukan dia tak rasa kecil hati bila sakan disindir, dahlah suara makcik itu pula high pitch. Namun dia lagi bimbang nanti terkurang ajar kalau dia menjawab. Karang ada drama airmata Hindustan percuma pulak. Jadi, selagi mampu sabar dia akan bersabar.

"Ateh, kau tahu kan Ummi tak suka kita kurang ajar dengan orang tua. Kita dah kenal Aunty Nor dah lama, dah masak sangat dengan perangai dia. Kalau kita pun melayan sampai bila pun tak habis, silap haribulan Ummi juga yang malu. Kan dah dapat dosa tu menyakitkan hati mak sendiri."

  Nuril seraya bangun untuk memulakan kerja memasak, kalau asyik bersembang sampai ke sudah tak siap makan tengahari mereka. Nanti tak pasal ada yang kena gastric. Tambahan pula perut umminya juga sensitif. Kesian pula nanti. Nurin melepaskan keluhan kecil mendengar jawapan kakaknya. Kadang-kadang dia merasa hairan dengan perangai Nuril yang seperti tiada perasaan sahaja kalau disindir. Telinga dia pula yang berdesing bila terdengar mengenai hal itu. 'Ish, Angah ni baik sangat la',getus hatinya.

Suasana di meja makan

  Masing-masing sedang berselera menikmati hidangan makan tengahari yang disediakan. Menu hari ini memang kegemaran keluarga itu lagi-lagi air tangan Angah. Memang tak boleh tolaklah. Malah, kena ada nasi tambah pula. Angah memang mewarisi bakat ummi yang handal memasak. Sebagai anak perempuan sulung, dia memang sudah diajar memasak sejak dari sekolah rendah lagi.

"Ummi, hari Isnin nanti ada appointment tau dekat Hospital Universiti. Its just your usual monthly check-up." Nuril memandang umminya yang sedang melayan cucu-cucu kesayangan.

  Nuril memang sudah berpesan kepada adik-beradiknya agar hanya dia yang menemani ummi ke mana-mana temujanji di hospital. Ini kerana, dia ingin mendengar sendiri segala perkembangan mengenai kesihatan umminya tanpa ada maklumat yang tertinggal. Bukan tidak pernah abang dan adik-adiknya menawarkan untuk bergilir tapi dia yang menolak. Tidak ada yang susah pun menemani ummi. Dapatlah juga dia meluangkan masa bersama Ummi.

"Ngah, nanti update ye pasal appointment tu,"pinta Along sambil yang lain mengangguk setuju.
"Ok,beres bos!" Nuril sengih dan menunjukkan tanda OK kepada abangnya.

  Mereka menyambung makan dan bersiap-siap untuk solat Zuhur berjemaah. Hari ini giliran menantu baru, Fathi yang akan mengimamkan solat mereka. Itulah rutin yang sudah disemai sejak arwah Baba mereka masih ada. Pesan Baba, solat jemaah itu lebih besar pahalanya selain menguatkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi membaca karya picisan saya ni. 😄. Nervousnya tak tau nk cakap! Tapi harapnya korang sudi vote & comment ye. Anyways, next chapter akhirnya hero & heroin akan jumpa. Yeay! Till next chapter ok.
#stayhome
#kitajagakita

Ajari Aku CintaWhere stories live. Discover now