"Alhamdulillah!"
Selesai sudah urusan kenduri perkahwinan adik perempuan bongsu keluarganya, Aya Atiqah bersama pilihan hati, Ahmad Fathi.
Segala perancangan selama 2 bulan dari tarikh pertunangan berjaya direalisasikan malah majlis berjalan dengan sungguh meriah sekali. Yang paling gembira dan bahagia pastinya Datin Hajjah Zainun, Ummi kesayangan kepada Nuril Aliaa. Majlis ini memberi peluang untuk mereka seisi keluarga bertemu semula saudara mara yang jauh dan kenalan lama keluarga itu.Namun dalam keriuhan dan kemeriahan majlis, terselit selautan rindu pada arwah Baba kesayangannya, Dato' Roslan. Sudah 3 tahun Baba pergi menemui Ilahi. Tidak pernah sehari pun berlalu tanpa mereka merindui dan mengenang Baba. 'Ba, hari ini adik telah jadi isteri kekasih hatinya. Pemuda sama yang turut serta memandikan dan mengkafankan jasad Baba. Rest assured she is in good hands Ba'.
'Ya Allah, kami mohon agar arwah Baba ditempatkan bersama para solehin, dilapangkan serta diterangi kuburnya.'Diam-diam Nuril menitip doa buat arwah Babanya. Butir jernih di matanya pantas diseka, bimbang jika disedari ahli keluarga yang lain.
"Thank you Angah, you've done so much for me. Semoga Allah balas kebaikan Angah dengan segala kebaikan di dunia ni dan akhirat nanti", ucap Aya Atiqah atau lebih mesra digelar Adik kepada Nuril.
"Anything for you,Adik. You know we all love you so much,right?"balas Nuril. Baginya, setiap apa yang diusahakan dan dilakukan hanya untuk kebahagiaan ahli keluarganya terutama Ummi. Senyum mereka,senyum lah dia. Gundah hati mereka maka gundah jua la hatinya. Memang itulah janjinya terutamanya selepas pemergian arwah Baba." Welcome to the family,Fathi. Jaga adik Angah baik-baik ya",pesan Nuril kepada adik ipar barunya. "Jangan macam-macam tau,awas!",usik Nuril lagi.
Fathi pantas mengangkat kedua tangannya seperti seorang pesalah lagaknya. Serentak semuanya ketawa dengan aksi spontan Fathi itu. Adik iparnya sudah lama dikenali dan dianggap seperti adik sendiri. 8 tahun tempoh percintaan antara Tiqah dan Fathi bukanlah suatu waktu yang singkat. Tambahan, Fathi juga merupakan seorang yang santai dan senang diajak bergurau. Sesungguhnya, Nuril bersyukur adiknya bertemu jodoh dengan lelaki sebaik Fathi. Dia berdoa agar perkahwinan adiknya itu akan sentiasa dilimpahi kebahagiaan dan diserikan dengan kehadiran zuriat yang comel. InsyaAllah.Sedang ralit bergurau senda dengan ahli keluarganya yang lain, tiba-tiba Nuril terasa tangannya disentuh. Dia berpaling kepada gerangan yang memegang erat tangannya. Kelihatan Umminya memandang Nuril dengan pandangan seribu makna.
" Kenapa Ummi pandang Angah macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke Ummi?"gusar hati Nuril bila Umminya memberikan pandangan begitu. Sebolehnya dia hanya mahu Ummi gembira tanpa ada sebarang duka yang mengganggu.
" Terima kasih Angah. Ummi tahu Angah dah bersusah payah dan kurang tidur selama 2 bulan ni demi majlis Adik",ucap Ummi.
Nuril meraih kedua tangan Umminya,disalami dan dikucup lama tangan itu. Kemudian diusap penuh kelembutan. Setiap satu garis di tangan itu diperhati dan diamati.
"Ummi, its the least I could do for this family. Keluarga ini jantung dan jiwa Angah. Yang paling penting, Angah cuma mahu Ummi bahagia dan gembira selamanya", balas Nuril dengan penuh kasih sayang.
Datin Zainun memandang Nuril yang tersenyum manis kepadanya. Dia tahu dan cukup mengerti anak sulung perempuannya itu. Baginya, dia dan arwah suaminya cukup bertuah dikurniakan dengan anak-anak yang terlalu sayangkan mereka. Walau dibesarkan dengan penuh disiplin dan ketegasan, kelima-lima anaknya itu membesar menjadi manusia yang berjaya.
Buktinya, anak sulungnya, Idd Afizi bekerja sebagai pengurus kanan di sebuah syarikat multinasional milik German. Sudahpun mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan anaknya iaitu Rose Sofea yang juga bekerjaya hebat. Kebahagiaan mereka juga diserikan lagi dengan kehadiran puteri comel, Kyra Alisa.
Manakala, anak keduanya iaitu Nuril Aisha bekerja sebagai seorang pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin, Selangor.
Anak ketiganya iaitu Nurin Suraya dan menantunya, Nick Endy pula menjawat jawatan sebagai jurutera kanan di jabatan kerajaan. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang bijak dan keletah, Zarith Hayyan dan Zaria Hadira.
Anak keempatnya, Faid Dean lebih meminati seni muzik. Dia merupakan seorang pemuzik profesional di RTM selain aktif sebagai freelancer untuk konsert-konsert besar. Manakala pengantin baru, Aya Atiqah juga merupakan seorang pensyarah rekabentuk di Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Menantu barunya, Fathi pula bekerja sebagai merchandiser untuk jenama besar luar negara.
Datin Zainun tersenyum memandang kesemua anak menantunya. Dalam hatinya, memanjatkan kesyukuran di atas limpahan rahmat dan kebahagiaan yang dianugerahkan kepadanya dan juga suami. Namun, sayangnya arwah suami tercinta sudah tiada bersamanya. Sayu dan rindu menggigit tangkai hatinya setiap kali mengenangkan hakikat kehidupan itu. Dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ya Khaliq. Dia tidak jemu mendoakan kesejahteraan untuk suaminya dan berharap dia akan disatukan semula dengan kesayangannya di Jannah nanti.
"Ummi, senyum!", Nurin menghampiri Umminya bersama yang lain sambil menunjuk ke arah kamera di hadapan mereka. Dengan riang, mereka melakukan pelbagai aksi untuk jurukamera yang turut serta terhibur dengan gelagat sporting keluarga itu.
Assalamualaikum, saya masih baru kat sini. Tapi minat menulis tu dah lama ada. Sudi² kan lah baca karya pertama saya ye. Kalau suka, sudilah vote & komen ok. Tq in advanced guys! Anyways, stay at home,stay safe & stay healthy ok 😃🥰
YOU ARE READING
Ajari Aku Cinta
Fiksi UmumCinta ialah suatu hal yang asing buatnya. Bukan dia menolak jauh sekali membenci cinta. Usianya sudah 30 tahun, namun sehingga ke hari ini belum ada yang sudi menghulur salam cinta buatnya. Hina benarkah dia? Buruk sangatkah dia? Atau mungkinkah ker...