Hari ini Nuril akan menemani umminya ke temujanji di Hospital Universiti. Seusai subuh, dia segera menyiapkan sarapan. Mujurlah semalam dia sudah menyiapkan bahan-bahan untuk membuat sandwich tuna lebih awal. Tinggal gabungkan inti tuna dengan roti sahaja pagi ini. Memang sengaja dia memilih hidangan ringkas seperti itu kerana Ummi memang kurang gemar mengambil sarapan berat jika ada hal di luar. Yang penting, cepat, mudah dan berkhasiat.
Selesai menyediakan sarapan, Nuril naik menuju ke biliknya untuk bersiap. Dia membelek barisan bajunya yang tergantung di dalam almari. Sedang berfikir baju yang mana ingin disarung. 'Yang kuning la,ke yang hijau pastel ni?'
Nuril tepuk dahi sendiri. 'Eh, dah kenapa aku pulak yang kalut pasal baju ni! Bukannya nak pergi dating Nuril oi!'Gumamnya sendiri. Dia terus memilih baju blouse kuning lembut berbunga bersama slack berwarna khakis. Sesudah itu, diambilnya sehelai selendang satin dari nada yang sama.Dia hanya bersolek ringkas dan mengenakan gincu warna nude. 'Kalaulah aku cantik macam Neelofa,kan best!' Sambil menggayakan shawl, sempat dia berangan memiliki badan dan muka secantik selebriti pujaan ramai itu. Nuril melihat imbasan wajahnya di cermin solek dan memastikan pakaiannya agar kemas. Baginya, biarpun berbadan besar tapi kekemasan perlu diutamakan. Yakin dan berpuas hati, dia mengambil beg tangannya dan melangkah keluar dari biliknya.
Umminya sudah berada di meja makan untuk bersarapan. Nuril menyapa ummi yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Assalamualaikum ummi ku sayang!,"sapa Nuril dan pantas mencium dahi umminya.
"Waa'laikummussalam anak ummi yang cantik."
"Ala cantik apanya ummi ni. Angah ni dahlah gemuk, buruk pula tu. Sebab tu la tak ada orang nak" Nuril mencapai teko berisi teh 'o' panas dan menuangkan ke dalam cawan di hadapan umminya. Datin Zainun mengerutkan keningnya dan menggelengkan kepala.
"Angah, tak baik cakap macam tu. Allah dah jadikan anak ummi ni cukup cantik. Tak payah pedulikan mulut orang lain. Yang penting, hati kita yang Allah pandang". Panjang bicara umminya.Nuril hanya tersenyum memandang umminya. Fikirnya, mana ada ibu di dunia ini yang berkata buruk tentang darah dagingnya sendiri. Ummi memang tidak suka mendengar dia memperkecilkan dirinya. Dia sudah lama kalah bicara jika ummi berkata begitu. Walau pasrah kerana dirinya masih single namun dia bersyukur mempunyai ummi yang sangat menyayanginya.
"Okay, okay maafkan Angah ye ummi. Janji tak buat lagi. Sayang ummi!" Nuril memeluk erat umminya. Bimbang jika ummi berjauh hati dengan sikapnya tadi. Dia mengambil sekeping sandwich dan meletakkan di atas piring kecil di sisi umminya.
"Jemput makan ummi, hari ini kan kita ada appointment. Lambat pula nanti."Datin Zainun faham sangat perangai anak keduanya itu. Nuril Aliaa memang sangat menjaga perasaannya. Jarang sekali dia berkecil hati terhadap Nuril. Memang dia akui, Nuril berbadan gempal tapi anaknya itu tetap kelihatan manis dan menawan. Namun sifat low self-esteem Nuril kadang-kadang membuatkan dia sedih. Hati ibu mana yang tidak lirih mendengar kata-kata begitu.
Jauh di sudut hatinya, Datin Zainun sentiasa berdoa agar Nuril dikurniakan jodoh yang akan menyayangi dan menghargai anaknya selayaknya. 'I believe that it takes a very special man who can see your true beauty, darling child'
Tengahari di Hospital Universiti
Nuril berpimpingan tangan dengan umminya selesai temujanji mereka di hospital. Temujanji yang berikutnya ialah selepas 6 bulan. Dia berasa lega dan gembira dengan penerangan doktor yang merawat umminya, Doktor Firash. Doktor memaklumkan bahawa keadaan saraf umminya semakin baik. Sebenarnya, Ummi pernah terjatuh ketika ingin mengambil wudhu' pada penghujung tahun lalu. Akibat daripada itu, kaki umminya agak lemah.
Setelah berjumpa dengan Doktor Firash dan melakukan check-up hari ini, Nuril mengucap syukur apabila dikhabarkan berita gembira itu. Dia tahu pada usia ummi sekarang memang perlu lebih berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sungguh dia takut dan trauma jika teringat kembali peristiwa itu. Dia cuma punya ummi sahaja setelah kepergiaan arwah Baba. Masih belum hilang derita kehilangan yang ditanggung. Mana mungkin dia mampu menghadapinya sekali lagi. Nauzubillah.
Doktor Firash ada berpesan bahawa umminya masih perlu meneruskan sesi physiotherapy bagi menguatkan fungsi kaki. Walau tidak seratus peratus pulih seperti sebelumnya tapi jauh lebih baik jika diteruskan. Dia bersetuju dengan pendapat doktor tersebut kerana baginya sesi itu bukan sahaja untuk melatih semula fungsi cara kerja. Malah umminya kembali bersemangat dan ceria setelah melalui beberapa sesi. Mungkin sikap dan layanan baik juruterapis yang tidak jemu melatih dan mendorong para pesakit pada setiap sesi terapi yang memberikan hasil yang positif.
Dia juga amat berterima kasih kepada Doktor Firash yang amat peka dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada umminya setiap kali sesi konsultasi. Dahlah kacak, baik pula tu. Untungnya isteri dia. Dia terperasan frame gambar di meja yang memaparkan potret bahagia keluarga doktor itu ketika sesi konsultasi. Sama cantik sama padan mereka suami isteri. Anaknya pun comel. 'Bilalah nak merasa semua tu', bisik hatinya sendiri.
"Ummi, dahaga tak? Nak singgah minum dekat cafe?" Nuril bertanya kepada umminya kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Agak lama juga mereka menunggu giliran untuk temujanji tadi. Perut pun dah mula berdendang tanda lapar. Maklumlah, pagi tadi hanya bersarapan dengan sandwich. Perut Melayu lah katakan!
"Ummi rasa kita lunch teruslah kat sini, okay tak?" Umminya mengusulkan.
"Angah ikut je, ummi. Jom!"Mereka menapak masuk ke dalam cafe hospital tersebut. Mata Nuril melilau mencari meja kosong. Sekarang waktu lunch hour, pastinya keadaan agak sesak dengan pengunjung yang terdiri dari kalangan staf dan pelawat.
Mata Nuril pantas terpandang sebuah meja yang baru sahaja kosong. Dia segera memimpin tangan umminya ke arah meja tersebut yang terletak berhampiran dinding cermin cafe. Nasib baik sempat kalau tidak kesian nanti ummi perlu menunggu lama.
Dia bertanyakan pesanan makanan dan minuman daripada umminya lalu bergerak ke arah tempat pilihan hidangan. Cafe hospital itu agak berlainan daripada kebiasaan kafeteria hospital. Menerapkan dekorasi bercirikan moden dan selesa, cafe itu kelihatan seperti restoran mahal. Tidak hairanlah dengan pengunjungnya yang ramai.
Pilhan makanan yang ada pula berkonsepkan fusion. Pelanggan bebas memilih antara makanan barat ataupun masakan Melayu. Terdapat juga infografik mengenai jumlah kalori bagi setiap pilihan makanan dan minuman yang disediakan.
Nuril memilih set nasi ayam penyet bersama non sugar Iced Americano. Manakala untuk umminya, set nasi ikan kembong bakar bersama air limau nipis ais tanpa gula. Selesai memilih dan membayar, dia menghantar hidangan yang dipilih ke meja.
"Ummi, makan dulu ye. Angah nak pergi tandas kejap." Dia segera menuju ke tandas di luar kawasan cafe tersebut. Tak mahu berlama-lama membiarkan umminya sendirian menjamah hidangan.
Ariff membetulkan urat saraf di leher bagi menghilangkan lenguh. Sesi konsultasi hari ini ramai seperti kebiasaannya. Setelah mencatat di fail pesakit, dia menyerahkan kepada jururawat yang bertugas. Tidak lupa melakukan rutinnya iaitu berterima kasih atas kerjasama yang diberikan ketika mengendalikan konsultasi bersama pesakit.
Terjengol kepala Farish di sebalik pintu ketika dia sedang mengemaskan beg sandangnya. Hari ini mereka bercadang untuk makan tengahari di cafe hospital sahaja memandangkan dia mempunyai mesyuarat yang perlu dihadiri pada jam 2 petang nanti. Sebolehnya dia tidak mahu terlambat kerana mesyuarat itu akan melibatkan doktor pakar jantung dari hospital universiti lain juga. Dia perlu menjaga nama baiknya dan hospital itu terutamanya.
Alamak, terpanjang pulak chapter ni! Sorry² dah janji heroin nk jumpe hero kan chapter ni. Kena sambung di next chapter la plak. Sorry tau. Tp promise dah on the way nk jumpe dah ni 😁. Jgn bosan ok.
Anyways, harapnya sudi vote & comment ye. Sy budak br blajar. Banyaaaakkkkk lg kurangBtw, PKP dah sambung round 3. Please stay safe, healthy & clean okay.😄
Lets us flatten the curve together.
#kitajagakita
YOU ARE READING
Ajari Aku Cinta
General FictionCinta ialah suatu hal yang asing buatnya. Bukan dia menolak jauh sekali membenci cinta. Usianya sudah 30 tahun, namun sehingga ke hari ini belum ada yang sudi menghulur salam cinta buatnya. Hina benarkah dia? Buruk sangatkah dia? Atau mungkinkah ker...