BAB 5

228 5 3
                                        

  Usai ke tandas,Nuril ingin mengatur langkah kembali ke cafe hospital. Tidak betah dia meninggalkan umminya bersendirian. Kedudukan tandas yang agak jauh membuatkan dia perlu berjalan laju untuk cepat sampai ke destinasinya.
"Nak, boleh tolong makcik tak?" Nuril menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan seorang makcik berkerusi roda sebaya umminya.
" Boleh, makcik nak masuk tandas ke? Jom saya tolakkan." Nuril tersenyum manis seraya membantu wanita itu.

  Ariff dan Firash masuk ke dalam cafe dan terus menuju ke bahagian sajian hidangan. Mereka sempat menyapa rakan-rakan sekerja yang kebetulan menjamu selera di situ.
"Riff, kau nak makan ape?"mata Firash sudah bersinar-sinar melihat segala macam makanan. Ariff masih berfikir-fikir samada mahu mengambil makan tengahari yang berat atau sekadar chicken mayo sandwich sahaja. 'Ah,karang ada yang lapar balik time meeting!'
Ariff akhirnya memilih set nasi ayam bakar bersama air limau suam. Manakala Firash pula mengambil nasi putih dengan ikan keli masak lemak cili padi.

  Sesudah membayar harga makanan dan minuman, mereka melihat sekeliling cafe  untuk mencari tempat kosong. Pandangan Firash segera tertancap pada sebuah meja yang berhampiran tingkap. Kelihatan seorang wanita sedang makan bersendirian di meja itu.
"Ariff, kat tepi tingkap sana tapi kau okay kan kalau kita share table?" Jari telunjuknya dihalakan ke tempat yang dimaksudkan.
"Okay je weh, janji tak makan berdiri!" Ariff ketawa kecil sambil cepat-cepat melangkah ke meja yang ditunjukkan oleh Firash. Bimbang orang lain juga mahukan tempat yang sama.

"Assalamualaikum, sini ada tempat kosong lagi tak?" Ariff menyapa mesra wanita yang duduk bersendirian di meja itu. Datin Zainun mengangkat wajahnya dan tersenyum.
" InsyaAllah nak, ada lagi ni. Duduklah." Dia segera mengalihkan handbagnya ke sisi sambil mempelawa pemuda itu duduk.
"Eh! La, Datin Zainun ke?" Firash sudah tersengih melihat susuk yang dikenali itu.
"Riff, ni patient aku Datin Zainun. Datin, ni Doktor Ariff. Kenapa datin sorang je, mana Nuril?"
" Nuril ke tandas sekejap. Ala,tak payah formal sangat la doktor. Panggil Aunty je,dah. Seganlah Aunty."
Ariff yang hanya mendengar tersenyum sambil mengangguk kecil. Kagum dia dengan kerendahan hati wanita itu. 'Sama macam arwah mama.' Getus hati kecilnya. Sungguh dia merindui arwah mamanya ketika ini.

  Mereka bertiga menjamu selera sambil berbual-bual. Sehinggalah hampir habis hidangan mereka, Nuril baru terkocoh-kocoh sampai di meja itu.
" Ummi, sorry sangat-sangat Angah lambat. Kesiannya ummi." Nuril menyentuh tangan umminya. Riak wajah dia kelihatan serba salah.   Dia perasan ada orang lain bersama umminya.
"Eh, Doktor Firash pun ada?", Nuril melemparkan senyum manis kepada doktor itu.
" Tak apa Angah, nasib baik ada doktor berdua ni temankan ummi. Angah ok tak?"
Nuril mengambil tempat bersebelahan umminya. 
" Angah okay je ummi. Tadi ramai orang dekat toilet." Nuril sengaja merahsiakan hal yang sebenarnya. Segan pula nanti dikatakan menolong tidak ikhlas.
"Thank you, doktor sebab temankan ummi saya makan." Dia bersyukur sekurang-kurangnya umminya tidak makan bersendirian. Kurang la sikit rasa bersalahnya.
"Alah, takde hal pun Nuril. Kami yang terhutang budi sebab Aunty sudi kongsi meja dengan kami. Kalau tak, makan berdiri la kami, kan Ariff!" Firash memandang sahabatnya yang hanya diam sedari tadi.
"Kenalkan Nuril, ni Doktor Ariff. Pakar jantung dannnnn pencuri hati wanita." Sengaja dia leretkan ayatnya untuk mengusik kawan baiknya itu. Nuril mengalihkan pandangannya ke arah lelaki di sebelah Doktor Firash. Dia senyum dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat. Mata mereka saling bertemu.
'Manis!' bisik hati Ariff. Dia masih memandang Nuril tanpa berkata apa-apa.
'Ah,sudah. Dia ni kenapa pandang aku macam tu. Buruk sangat ke aku ni!' fikir Nuril sendiri dan segera menundukkan wajahnya. Berdebar pula hatinya ditenung begitu.

  Datin Zainun yang faham sikap anaknya yang pemalu itu segera mencelah, "Angah taknak makan ke?"
"Takpalah ummi. Angah kenyang lagi  sebenarnya. Angah bungkus makan kat rumah ajelah." Ujar Nuril kepada umminya. Sebenarnya, dia tidak betah berlama-lama di situ. Dia pasti wajahnya sudah merona merah kerana malu. Segera dia bangun menuju ke kaunter untuk membungkus makanan dan minumannya.

Ajari Aku CintaWhere stories live. Discover now