BAB 6

345 7 10
                                    

  Hari ini Nuril memulakan rutin kerjanya seperti biasa. Seawal jam 6.45 pagi, dia sudah memanaskan enjin kereta Toyota Vios hitam kesayangannya. Dia sempat menyiapkan sarapan mee goreng untuk umminya sebelum bersiap-siap untuk ke tempat kerja di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau PSA.

  Sesudah menyalami umminya, dia mula bertolak keluar dari perkarangan rumah mereka menuju ke destinasi. Bayu pagi yang menghembus lembut menyegarkan matanya. Kedamaian waktu dinihari begini amat digemari oleh Nuril. Dia akan mengambil peluang menikmati keindahan alam sambil mulutnya tidak lepas mengalunkan selawat dan zikir.

  Jarak perjalanan ke tempat kerjanya hanya mengambil masa setengah jam sahaja jika tiada kesesakan lalu lintas. Nuril memakirkan keretanya di tempat parkir Jabatan Perdagangan PSA. Sebelum melangkah keluar, dia sempat melihat sekali imbas wajahnya di cermin untuk memastikan penampilannya. Dia segera berlalu menuju ke pejabatnya.

  Setelah meletakkan tas tangan dan beg kerjanya di dalam almari kerja, Nuril menyemak jadual kelas dan subjek untuk hari ini. Dia perlu memastikan lecture notes untuk subjek yang diajar lengkap dan sudah dikemaskini. Persediaan sebelum masuk ke kelas adalah penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini juga melambangkan kredibilitinya sebagai seorang tenaga pengajar. Tambahan pula,para pelajar zaman sekarang lebih advanced, segalanya hanya di hujung jari sahaja.

  Jam di tangannya menunjukkan pukul 7.45 pagi, masih ada 15 minit lagi sebelum kelasnya yang pertama. Email dalaman PSA dibuka untuk melihat sebarang hebahan dari pihak politeknik. Kelihatan 2 pemberitahuan baru iaitu mengenai minggu orientasi untuk pensyarah baru dan mesyuarat gerak kerja bagi program tersebut. 'Sibuk juga minggu ni ya' desis hati Nuril.

  Sebelum pulang ke rumah, Nuril bercadang untuk singgah di Aeon Mall Shah Alam sebentar. Dia sudah berjanji untuk bertemu dengan sahabat baiknya, Anis yang juga merupakan seorang pensyarah di UiTM, Shah Alam. Mereka sudah lama tidak bertemu kerana kesibukan masing-masing. Selalunya, sebulan sekali mereka akan meluangkan masa untuk 'coffee session'. Sesi bergosip sambil menikmati minuman kegemaran mereka sejak dari universiti lagi.

  Nuril sampai agak awal di Aeon Shah Alam, dia menghantar pesanan WhatsApp kepada Anis untuk bertemu di kedai buku. Hajatnya mahu mendapatkan buku rujukan terbaru untuk subjek yang diajarnya.

  Dia sempat melihat-lihat barisan majalah yang dipamerkan jika ada yang menarik hati untuk dibeli. Tiba-tiba, dia terpandang sebuah majalah yang ditempatkan di bahagian perubatan. 'Macam familiar je nama ni'. Dia mencapai naskhah dari rak yang dimaksudkan. Tertera di muka depan majalah itu, nama Doktor Ariff Hilmi, pakar jantung.

"Nuril, dah jumpa ke semua buku?" Tersentak apabila tiba-tiba disapa kawan baiknya Anis. Anis memandang kehairanan pada majalah di tangan Nuril.
"Eh, sejak bila pulak kau baca pasal medical ni?"
Nuril yang gelabah sudah tersipu-sipu.
"Err, saje je la Nis. Macam menarik je, tu yang aku tengok-tengok", dalihnya.
"Okay, if you say so". Anis tergelak kecil melihatkan gelagat sahabatnya itu. Pantang diusik pasti gelabah. Aduhai, Nuril ku sayang.
Cepat-cepat Nuril menuju ke kaunter pembayaran sebelum Anis bertanya lebih lanjut. Yang pasti, majalah perubatan itu juga turut dibelinya bersama.

  Selesai urusan di kedai buku, mereka berdua menuju ke cafe Starbucks. Masing-masing memesan minuman bersama kek red velvet dan kek keju. Sambil menikmati pemanis mulut dan kopi kegemaran, ralit mereka bercerita mengenai hidup masing-masing setelah lama tidak bertemu. Sesekali meletus ketawa apabila terselit gosip panas. Nuril bersyukur kerana mempunyai sahabat sebaik Anis. Persahabatan mereka bermula ketika sama-sama menyambung pengajian Sarjana beberapa tahun lepas. Hingga kini, mereka masih berkawan baik walau tidak sering berjumpa. Coffee session mereka berlanjutan sehingga lewat petang sebelum masing-masing meminta diri untuk pulang.

Ajari Aku CintaWhere stories live. Discover now